Sunday, March 15, 2009

wadah kita,kita punya.

wadah ini milik kita,
wadah ini bicara kita,
wadah ini medan kita,
wadah ini senjata kita.
teratak elektronik seluas dunia,
menciptanya bukan tiada berguna,
ramai menanti bicara kita,
mencari kebenaran membuka mata.
kita melakar kerana Allah,
kita menulis menyampai fikrah,
kerja mencoret kerja berkah,
kerja menyampai kerja pendakwah.
mari mencipta mari mereka,
mari berkongsi menyumbang idea,
medan sudah di depan mata,
gerakkan tangan menaip kata.

Saturday, March 14, 2009

KMK telah kembali bernafas.

Assalamualaikum sebenarnya sekadar ingin memaklumkan bahawa Kelab Media dan Komunikasi di bawah PMMs telah kembali dihidupkan dan akan berfungsi sebagai redaksi al Khatab untuk keluaran akan datang.

KMK kali ini dipengerusikan oleh Mohd Zariff Mohammad dan kumpulan yang terdiri dari Ahmad Sabiq Abdul Rahman, Mohammad Umar Aiman Osman, Nur Khalida Osman dan Aishahtur Raadhiyah Azman Shah.

Semoga kelab tunggal di bawah PMMS ini akan berfungsi seperti yang dirancangkan. Amin.