Tuesday, August 18, 2009

Bagaimana Kita Menyambut Ramadhan?

Disediakan Oleh : Wajdi Ghanim
Diterjemah Oleh : Nur Khalida Osman



.اللهم بلغنا رمضان

Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita agar berdoa اللهم بلغنا رمضان sebelum tibanya kedatangan ramadhan yang mulia.Yang mana kita bermohon kepada Allah agar memanjangkan umur kita sehingga kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang bakal menjengah tiba.

Tetapi,mengapa Nabi mengajar doa ini kepada kita?

Rasulullah s.a.w. bersabda : (انما الأعمال بالنيات ولكل امرئ ما نوى) Maka sesiapa yang berniat untuk berpuasa di dalam bulan ramadhan yang akan datang, bangun di malam harinya, beriktikaf dan mencari lailatul qadar serta mendapatkan segala kebaikkan yang akan datang bersama bulan yang berkah ini,sesungguhnya dia akan mendapatkan segala ganjaran kebaikkan yang terdapat pada bulan rahmat ini. Walaupun dia tidak sempat memasukinya dan beramal di dalamnya.


اللهم أهله علينا بالأمن والايمان

Seorang muslim selalu menginginkan kebaikkan, sepertimana sabda Nabi s.a.w :(Siapa yang berhajat kepada kebaikkan, akan diberi kepadanya …) Kemudian diajarkan Nabi kepada kita ketika melihat anak bulan agar menyebut doa yang bermaksud: (Ya Allah keluarkanlah bulan sabit ini dengan keberkatan dan keimanan, berikanlah keselamatan dan keislaman, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah s.w.t. inilah sabit yang boleh memberi petunjuk serta kebaikan.

Puasa Merupakan Suatu Tanda Kemuliaan Ramadhan.

Siapa yang ingin memuliakan bulan mulia ini, maka muliakanlah dengan apa yang dimuliakan Allah kepadanya.Sesungguhnya Allah memuliakannya dengan berpuasa.

Firman Allah : ( Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar mereka bertaqwa.)
(Al-Baqarah :183)

Allah menyebut : (يأيها الذين ءامنوا) Ini kerana mereka yang akan melaksanakannya, dan Allah tidak menyebut ( يأيها الناس) kerana kemungkinan mereka tidak akan melakukannya. Sesungguhnya orang-orang mukmin apabila mereka mendengar suruhan dan perintah Allah, mereka akan terus melaksanakannya.Firman Allah : (Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, mereka berkata, “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah oranng-orang yang beruntung.(51) Dan barangsiapa yang taat kepada Allahh dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya,mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.(52).(An-Nur : 51,52)

Dan firman Allah : (كتب عليكم الصيام) yang membawa makna diwajibkan, maka diwajibkan untuk semua muslim tanpa sebarang pengecualiaan untuk tidak melakukannya. Dan di sana tiada istilah yang dinamakan “ Saya Bebas”.Kamu merupakan seorang muslim, maka dimestikan ke atas kamu berpuasa di bulan ramadhan.Sesungguhnya perintah Allah itu merupakan satu kewajipan.Lalu Allah memerintahkan kita berpuasa,maka puasalah.

Dan firman Allah :( كما كتب على الذين من قبلكم) yang menunjukkan bahawa sesungguhnya puasa telah difardhukan kepada umat-umat terdahulu,akan tetapi Allah s.w.t. meringankannya ke atas kita.

Bagaimana?

Dahulu puasa adalah menahan diri daripada makan,minum dan bercakap,maka seseorang yang berpuasa sesekali tidak pernah dia berbicara.Inilah keringanan yang Allah kurniakan kepada kita, dan ini merupakan kelebihan anugerahNya.Allah s.w.t. berfirman pada akhir surah al-Baqarah : ( Ya Allah! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sepertimana yang Engkau bebankan ke atas orang-orang sebelum kami.) (Al-Baqarah : 286)

Wanita-wanita yang tidak dapat menahan diri mereka daripada berbicara maka dikurangkan ganjaran pahala puasa mereka pada syariat terdahulu,disebutkan firman Allah tentang Maryam Binti Imran : ( Jika engkau melihat seseorang,maka katakanlah,”Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih,maka aku tidak akan berbicara dengan sesiapa pun pada hari ini.)
(Maryam : 26).

Ketahuilah kita bahawa puasa itu merupakan satu jambatan atau tangga atau satu kenderaan yang akan kita gunakan untuk sampai ke perhentian taqwa,dan taqwa itu ialah takut kepada Allah.

Hubungan Taqwa Dengan Puasa

Bertanya sesetengah orang ,adakah di sana berlaku satu hubungan di antara taqwa dan puasa?

Jawapannya : Di sana terdapat satu hubungan intim di antara kedua-duanya.Puasa merupakan satu kewajipan yang tidak diketahui oleh seseorang pun melainkan Allah s.w.t., sama ada kita melakukannya atau pun meninggalkannya.Berbeza dengan solat, apabila kita melakukannya orang akan dapat melihat dan membuktikan perlakuan kita. Begitu juga zakat dan ibadah haji. Tetapi puasa bercanggah dengan ibadah-ibadah yang lain.Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada kita berpuasa ataupun tidak.Walaupun datang seseorang dan duduk di hadapan kita dan melihat kita tidak makan dan tidak minum dari subuh hingga ke maghrib, dia tetap tidak dapat menghukum sama ada kita berpuasa ataupun tidak.

Kenapa?

Kerana kemungkinan seseorang itu tidak berniat untuk berpuasa.Sesungguhnya ketahuilah oleh kita,bahawa niat itu tempatnya di hati. Jika kita tidak berniat untuk berpuasa dan dalam masa yang sama kita tidak makan dan tidak minum maka itu tidak boleh dikatakan bahawa kita berpuasa, kerana niat di dalam bulan ramadhan merupakan satu tuntutan berlawanan dengan hukum niat untuk berpuasa sunat.

Puasa Latihan Untuk Patuh

Allah tidak pernah mengazab kita dengan puasa yang telah difardhukan ke atas kita, dan Allah juga bukanlah menjadikan suruhan puasa itu untuk membiarkan hambanya berlapar dahaga,akan tetapi Allah menjadikan medan ramadhan ini sebagai satu medan untuk mendidik jiwa kita agar patuh kepadaNya.
Kita di dalam ramadhan menahan diri dari makan, minum, serta menahan syahwat kita dari terbit fajar hingga berkumandangnya azan maghrib. Kemudian,kita kembali makan dan minum,dan begitulah seterusnya dalam jangka masa sebulan di dalam ramadhan yang mulia.Sesungguhnya latihan ini merupakan satu latihan yang memerlukan kekuatan yang mendalam.Maka sesiapa yang mampu menahan dirinya dari sesuatu yang halal di siang hari, sudah tentu mudah baginya untuk menjauhi sesuatu yang telah diharamkan Allah kepadanya.

Perbicaraan ini sebenarnya ditujukan kepada mereka yang selalu mengatakan : Sesungguhnya kami tidak mampu untuk menahan diri kami dari merokok. Dan kamu sepanjang waktu berpuasa tidak mengisap walau sebatang cerut?.Sesetengah yang lain mengatakan kepada kamu : saya tunggu sehingga tibanya waktu berbuka. Saya telah sediakan rokok dan cerut.

Maha Suci Allah,Wahai saudaraku kamu sepanjang hari menahan diri daripada merokok, maka sempurnakanlah…Di mana ketaatan kamu di siang hari tadi?

Kamu menahan diri kamu dari sesuatu yang halal, maka jauhilah juga daripada sesuatu yang telah diharamkan Allah.

Sesiapa yang melatih diri untuk konsisten dengan memakai pakaian uniform sesuatu badan yang telah dikhususkan kepadanya, dan begitu jugalah keadaannya untuk sesiapa yang mahu melatih dirinya di dalam ramadhan.Wajib ke atasnya untuk menjauhi segala kejelikkan dan kemaksiatan.Tutuplah semua saluran-saluran kemaksiatan, dan katakanlah kepada diri masing-masing : kami tidak memerlukannya walaupun sedikit. Kami perlu mempersiapkan diri kami untuk berqiamullail,mengkhatam Qur’an dan mempersiapkan diri kepada segala kebaikkan.

Kemudian marilah kita melihat kepada firman Allah s.w.t :( كتب عليكم الصيام) (Al-Baqarah : 183) Ayat ini mengajak kita beriltizam dengan farhu-fardhu dan adab-adab puasa.Kegembiraan menyambut ramadhan membuatkan kita memperelokkan persiapan menyambutnya dengan penuh ketaatan. Sesungguhnya perintah dan suruhan Allah yang didatangkan kepada kita perlu dilaksanakan dengan penuh cinta dan patuh, dan tidaklah kita memilih darinya apa yang kita sukai dan meninggalkan apa yang tidak kita senangi.Dan janganlah kita beriltizam dengan suruhan puasa tetapi kita meninggalkan solat,jihad dan fardhu yang lain.

Segala Suruhan Allah itu Wajib Dilaksanakan

Firman Allah s.w.t : (Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam islam itu secara menyeluruh) (Al-Baqarah : 208) Firman ini membawa kefahaman agar kita mengambil islam itu secara keseluruhannya,sepertimana yang telah didatangkan Allah di dalam firmanNya :(Katakanlah (Muhammad) sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. (162) Tiadalah sekutu baginya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama berserah diri.(163).

Dan apabila kita tidak mempraktikkan firman di atas, maka ke atas kita firman Allah yang bermaksud : (Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan yang lebih sesuai bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu selain kenistaan dalam kehidupan dunia,dan di hari akhirat kelak mereka dikembalikan keepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan) (Al-Baqarah : 85)

Tidak bermanfaat jika seseorang muslimah mengatakan : Aku berpuasa dan dia tidak menutup aurat, bagaimana seseorang itu berpuasa dan pada waktu yang sama dia tidak menutupi auratnya?

Taat kepada Allah pada sesuatu perkara dan bermaksiat pada perkara yang lain pula?

Begitu juga bila seseorang mengatakan aku berpuasa tetapi ttidak melaksanakan solat.

Natijah Latihan Di Dalam Ramadhan

Selepas melalui medan latihan di dalam ramadhan, maka perlulah terzahir pada diri induvidu tersebut buah latihan dari madrasah ramadhaniyah. Selama 30 hari kita berpuasa di siang hari kemudian berbuka. Seterusnya menahan diri dari sesuatu yang halal kemudian kembali kepadanya.

Maka di mana natijah latihan ini?

Kita semasa ramadhan jauh dari sesuatu yang halal, oleh itu wajib ke atas kita untuk jauh dari sesuatu yang haram appabila kita keluar daripada ramadhan. Kita di dalam ramadhan bangun di tengah malam untuk bersahur. Sabda Rasulullah : ( Bersahurlah,sesungguh pada sahur itu ada berkah)

Sabda Nabi lagi : (Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah sahur)

Kita bangun untuk bersahur itu merupaka ibadah, maka selepas ramadhan sudah tidak ada lagi waktu bersahur yang disunatkan ke atas kita. Kebiasaan bersahur selama 30 hari di dalam ramadhan, membuatkan kita selepas ramadhan sentiasa bangun awal untuk melaksanakan fardhu subuh tepat pada waktunya.

Ini merupakan natijah ibadah yang kita perolehi dari madrasah ramadhaniyah.

Ramadhan juga mengajar kita, akrab dengan masjid, tarawih bersama dan ini sememangnya mendidik pemuda-pemuda kita mengenali masjid, dan selepas itu kefahaman ibadah mereka akan lebih meluas. Firman Allah s.w.t : (Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu) (Al-Zariat : 56)

Ramadhan juga turut mengajarkan kepada kita, erti pengorbanan. Pengorbanan masa tidur kita, mengorbankan syawat kita di jalan Allah.Ini semua merupakan natijah-natijah ramadhan.

Kita bermohon kepada Allah agar memberi kita kelapangan untuk ikhlas berpuasa kerana Allah semata-mata.

Dan bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum, tidak! Nabi s.a.w. bersabda : (Jika seseorang dari kamu berpuasa pada hari tertentu maka janganlah mengucap kata keji, dan janganlah marah….dan katakanlah : aku berpuasa)

Berita Gembira untuk Orang-Orang Yang Berpuasa

Akhir sekali wahai semua yang dikasihi kerana Allah ketahuilah kalian bahawa di sana terlalu banyak berita-berita gembira untuk orang-orang yang beriman yang taat dan patuh pada suruhanNya.Dan kegembiraan untuk mereka yang berpuasa di dalam bulan ramadhan,dan untuk mereka yang keluar dari madrasah ramadhan dengan penuh keinsafan serta diberi Allah lailatul qadar kepadanya. Sesungguhnya dia telah beroleh keberuntungan yang besar.

Kegembiraan juga untuk sesiapa yang keluar dari bulan mulia ini lalu dia diampunkan Allah atas segala dosa-dosanya, serta diberi Allah lailatul qadar kepadanya.

Cukuplah untuk kita dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : ( Siapa yang menjalani ramadhan dengan penuh keimanan dan menghintung-hitung kebaikkannya, maka diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah lepas.)

Sabda Nabi s.a.w. : (Dua kegembiraan untuk orang-orang yang berpuasa : kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan bila bertemu Penciptanya)

Sabda Nabi s.a.w lagi : ( Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama Ar-Rayyan, akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa… dan tidak akan masuk melaluinya selain dari mereka. Maka ia berkata : Dimana orang-orang yang berpuasa? Kemudian bangun orang-orang yang berpuasa ,selepas mereka masuk maka pintu itu ditutup dan tidak akan masuk seseorang pun selain mereka.)

Ketahuilah kita bahawa syurga itu ada lapan pintu dan neraka itu ada tujuh pintu.Berdoalah agar kita dapat memasuki salah satu daripada lapan pintu syurga.amin,amin ya Rabb.

Firman Allah s.w.t dalam hadith qudsi : ( Semua amal anak adam itu untuknya kecuali puasa, sesungguhnya ia untukKu dan Aku akan memberi ganjarannya.)

Sabda Rasulullah s.a.w : (Puasa dan Al-Quran adalah dua perkara yang akan memberi syafaat kepada seseorang hamba di hari kiamat…)

Akhir sekali sama-samalah kita bermohon kepada Allah supaya menjadikan kita di antara orang-orang yang berpuasa di siang harinya dan bangun di malam harinya.Dan menjadikan kita berada dalam golongan orang-orang yang beroleh kebaikkan.

Selamat menyambut dan beramal di dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.Moga kita berjaya melaluinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta keluar darinya dengann penuh keinsafan serta keimanan yang mendalam kepada Sang Pencipta.

Wallahualam.

Tuesday, August 4, 2009

Malam Nisfu Syaaban

Oleh : Presiden PMMS

Ringkasan dari risalah Imam Muhammad Zahid al Kauthari (dari Maqalat al Kauthari).

Malam nisfu Sya’ban adalah satu malam dimana ia telah menjadi satu adat kebiasaan bagi umat islam menghidupkannya dengan pelbagai bentuk ibadah, mengangkat doa-doa kepada Tuhan yang Maha menunaikan hajat, demikian kerana dari hadith-hadith yang warid tentang kelebihan malam ini. Dan malam ini (nisfu Sya’ban) memberikan khabar gembira dengan bakal ketibaan bulan puasa supaya kita bersiap sedia untuk menjemputnya.

Para ulama terdahulu dan terkemudian telah menulis karangan yang khusus tentang malam nisfu sya’ban ini dan di antaranya Najmuddin al Ghaithy, Ibnu Hajar al Makki, Ali al Qari, Salim as Sanhuri dan selain dari mereka. Dan sebaik karangan yang ditulis berkenaan dengan kelebihan malam-malam dan hari-hari yang mulia adalah kitab al Lataif karangan Ibnu Rejab al Hanbali, ia merupakan kitab yang masih dicetak dan mudah didapati pada hari ini.

Tidak mengapa untuk menganggap bahawa malam tersebut adalah waktu penyerahan buku amalan tahunan oleh dua malaikat pencatit amalan, seperti mana ianya disebut dari beberapa hadith-hadith. Seperti mana ianya juga diriwayatkan dari salafus soleh bahawa mereka meningkatkan ketaatan dan ibadah pada malam ini.

Telah diriwayatkan oleh at Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan selain mereka bahawa Rasulullah SAW keluar pada malam nisfu Sya’ban ke perkuburan Baqi’, dan baginda berdoa kepada Allah SWT. Begitu juga sabda baginda kepada Sayyidatina Aisyah RA akan banyaknya keampunan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang berdosa yang bertaubat pada malam tersebut. Terdapat banyak riwayat tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban ini di sisi ulama hadith, maka tidak dinafikan kelebihannya dan kelebihan berdoa , beristighfar dan perbanyakkan ibadah padanya. Oleh itu kita mendapati di dalam kitab-kitab ahli fiqh, mereka mengira menghidupkan malam ini adalah termasuk dalam malam-malam mulia yang lain, dan menghidupkan malam ini sebagai kehendak syara’. Maka hendaklah kita menghidupkan malam ini dengan penuh kesungguhan dengan ibadat-ibadat, yang mengundang redha Allah SWT dan keampunanNya.

Demikian juga sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Sayyidina Ali bin Abi Talib RA; sabda Rasulullah SAW:



“Sekiranya datang malam nisfu sya’ban, maka bangunlah oleh kamu akan malamnya (untuk dirikan solat), dan berpuasalah pada siang harinya, maka sesungguhnya Allah SWT turun pada tenggelamnya matahari ke langit dunia dan berkata; tiadakah hamba yang memohon keampunan, nescaya aku mengampunkannya, tiadakah hamba yang memohon rezki nescaya aku memberikannya rezki, tiadakah hamba yang diuji maka aku memaafkannya, tiadakah ini dan itu, hinggalah terbitnya matahari”.

Dan makna ‘turun’ di dalam hadith tersebut bermakna Allah membuka pintu istijabah kepada hamba-hambaNya, bukanlah turun dari atas ke bawah kerana ianya mustahil bagi Allah SWT. Dan sesungguhnya Allah SWT maha suci dari tempat, ruang dan sudut.

*sedikit ulasan berkenaan malam nisfu Sya’ban.

Seperti mana telah maklum pada kita, bahawa malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang mulia, seperti mana telah maklum pada kita juga bahawa bulan Sya’ban itu sendiri adalah bulan yang mulia, di mana Rasulullah SAW sendiri telah memperbanyakkan puasa dan bersedekah pada bulan ini.

Walaupun di sana tiada nas berkenaan dengan apa amalan khusus pada malam nisfu Sya’ban ini, tetapi yang jelas malam ini dituntut untuk perbanyakkan ibadah, doa, istighfar dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berkenaan dengan amalan2 yang telah menjadi kebiasaan dilakukan di sesebuah tempat (juga di negara kita) seperti membaca Yasin tiga kali atau selainnya, maka ianya bukanlah satu bid’ah atau perbuatan yang dilarang. Malah ianya satu amalan yang baik, termasuk di dalam perkara-perkara qurubat (yang mendekatkan diri kepada Allah SWT). Lebih-lebih lagi orang-orang awam yang jauh dari penghayatan agama, sekiranya tiada majlis-majlis seperti ini maka malam yang amat mulia ini boleh jadi berlalu begitu sahaja tanpa dipedulikan. Maka amatlah penting untuk menghidupkan syiar-syiar Islam terutama pada zaman kelalaian dan jauh dari ruh Islam. Apa yang pentingnya, hendaklah kita memperbanyakkan amal dan ibadah pada malam-malam yang mulia, dan sekiranya seorang raja turun ke medan besar di kampung, untuk member i hadiah-hadiah dan bantuan-bantuan kewangan yang amat banyak, apakah kita hanya duduk di rumah dan tidak mengambil hadiah dan wang tersebut? Malah berkata; “raja tidak akan datang pada hari ini untuk memberi hadiah dan wang”, sedangkan orang-orang yang lain pergi ke medan tersebut dan mendapat ganjaran masing-masing yang amat banyak.

Penentangan Terhadap Penjajahan British 1917-1920

Oleh : Siddiq Osman

1. Penentangan bersenjata yang pertama berlaku pada 1886 iaitu para petani mengusir Yahudi yang merampas tanah mereka pada ketika itu dengan campur tangan kerajaan Uthmaniyah.

2. Penentangan ini bertambah selepas kesedaran terhadap Projek Zionis tersebar. Pemuka-pemuka Islam di al-Quds menentang Risyad Basha yang merupakan pemimpin al-Quds ketika itu dalam memberikan milikan kekal ke atas tanah Palestin kepada Yahudi pada tahun 1860. Mereka mengutuskan bantahan kepada Perdana Menteri Kerajaan Uthmaniyah pada 24 Jun 1891 menuntut sekatan penghijrahan Yahudi Russia ke Palestin dan menegah pemilikan tanah pada Yahudi di bumi Palestin. Antara yang terlibat dalam penetangan ini : Rasyid Ridha, Yusuf Khalidiy, Muhammad Tohir al-Husainiy, Ruhiy Khalidiy dan Said al-Husainiy.Telah berlangsung beberapa seminar kesedaran sebelum perang dunia pertama 1914.

3. Pada 1917 British telah menjajah selatan dan tengah Palestin. Pada September 1918 utara Palestin pula jatuh ke tangan British. Tetapi mereka memasuki Palestin dengan tentera gabungan yang diketuai al-Syarif Husain. Oleh yang demikian penentangan oleh bangsa Palestin tidak tercetus kerana mereka menjanjikan kebebasan dan kemerdekaan bangsa Arab. Bagaimanapun British memungkiri janji mereka dengan membenarkan Yahudi membentuk kerajaan autonomi di Palestin.

4. Golongan pertama menentang Projek Zionis adalah Jamiah al-Fida’iyah pada awal 1919 yang terdiri dari beberapa cawangan di Yafa, alQuds, Ghazza, Nablus, Tulkaram, Ramlah dan al-Khalil. Pemimpin pertamanya adalah Muhammad ad-Dibagh, kemudian Mahmud Aziz al-Khalidiy dan berterusan dalam pelbagai bentuk sehinggalah tahun 1923. Gerakan inilah yang mencetuskan Intifadhah Musim Nabi Musa di al-Quds pada April 1920.

5. Diantara Disember 1919 - Mac 1920 Arab telah menyerang kem penjajahan Yahudi di al-Jalil bahagian atas sehingga mereka merampas kembali al-Mutillah,Tel Hayy, Kufru Jal’adiy dan Yahudi terpaksa melarikan diri. Dalam Intifadhah Musim Nabi Musa pada 10 April 1920, telah mengakibatkan kematian seramai 5 oranng Yahudi dan seramai 211 orang yang cedera termasuk 18 orang cedera teruk dan turut melibatkan kecederaan 7 tentera British. Walaupun gugur 4 orang dari pihak mujahidin dan cedera 24 yang lain tetapi Intifadhah ini dianggap berjaya dengan kegiatan yang terancang oleh kepimpinan Jam’iyah al-Fada’iyyah.

Sumber : Palestin Kajian Dasar Dalam Permasalahan Palestin.. (Oleh : Dr.Muhsin Muhammad Soleh)

Zainab al Ghazali al Zubaili Seksaan dihadapi bersama keimanan kepada Allah


Oleh : Musafir Kelana
Suntingan dan ringkasan oleh : ARAS ^^


Zainab al-Ghazali al Zubaili merupakan seorang suri teladan wanita yang begitu tabah dan kental dalam menjalani rintangan dan cabaran di medan dakwah. Beliau dilahirkan pada tahun 1917. Mula ditahan pada tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan, mereka menyangka umurnya lebih dari 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun. Ini menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jemaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

Meskipun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jemaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.


Tujuan jemaah ini ditubuhkan ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, supaya wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikuti contoh wanita salafus soleh.

Semasa beliau memimpin Jemaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir, mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah s.a.w

Di antara mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan Zainab al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb, ; Halidah Hassan al- Hudaibi, al-Hayah Sulaiman al-Zubair, Fatiraah al-Fath, Aminah al-Jauhati. al-Waliyah al-Hudaibi dan al-Afdah. Beliau sifatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun.

Ummu Ahmad salah seorang darinya, dia telah ditangkap oleh rejim Jamal Nasser ketika dia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, beliau memperkatakan bahawa ini adalah pertanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya sama sebagai musuh mereka.

Suami Zainab seorang yang dihormati, seorang alim lagi tinggi ilmunya dan sangat kuat memberi dorongan kepada isterinya untuk meneruskan dakwah di tengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan pelbagai cara untuk melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan beliau terpaksa dibawa ke hospital.

Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan kepadanya bahawa suaminya dipaksa menceraikan Zainab al-Ghazali,tetapi beliau bersumpah “sekali-kali tidak aku menceraikan isteriku”. Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab al-Ghazali masih dalam tahanan.

Kisah tahanan Zainab al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas seorang lelaki. Beliau menyebutkan sebelum ia ditahan, Jamal Nasser mengarahkan Jemaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Isytirokiyah. Zainab al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: “Dalam perjuangan aku tidak bercadang untuk menjadi menteri, aku hanya mahu berdakwah” Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab al-Ghazali untuk masuk ke Parti Isytirokiyah, Jamal Abdel Nasser mengeluarkan perintah untuk menangkap Zainab al-Ghazali

Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan. Sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab sekali lagi ditahan, setelah dibebaskan pada tahun 1964.

Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu beliau telah dimaki hamun dengan teruk, tidak dapat diterima oleh akal. Setelah sampai ke penjara beliau diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanamnya hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab al-Ghazali. Dengan kata-kata yang kasar, ia diheret ke bilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab al-Ghazali mengesahkan “Saya berdoa dalam hati saya. Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai”.

Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catatan, yang saya tahu itu adalah buku catatan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

Di waktu itu saya mendengar azan ‘Asar saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya dari “keganasan syaitan”. Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu ada tubuh-tubuh manusia yang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa “Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat.”

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa eletrik dinyalakan dengan kuat. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya, saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah s.w.t dalam hati saya dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa “Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati ini dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!”

Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah… itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa-apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah s.w.t bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkau wahai Tuhan ku.”

Beliau mengeluh dan merasai nikmat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah Ss.w.t kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.

Zainab al Ghazali menceritakan : “Syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merobak rabikkan daging engkau.. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.

Waktu itu hari hampir isyak kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai. Saya berserah bulat kepada Allahs.w.t kerana Dia lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam di dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk.

Beliau menyatakan, satu ketika melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser, kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk dan macam-macam lagi penyeksaan. Dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota menyebabkan Zainab al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata “Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali”. Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah penyeksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh seorang wanita. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab al- Ghazali: “Kamu sering berkata tentang neraka jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. Beliau dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama dengan seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Zainab al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeza sama sekali dengan layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatan mereka sebagai pengintip.

Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau untuk menanggung segala penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempuhinya adalah benar. Rasulullah s.a.w bersabda “Syaitan diharamkan menyerupai ku”. Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w adalah satu perkara yang benar.

Beliau telah menulis sebuah buku yang menceritakan tentang segala pengalaman selama berada dalam tahanan tersebut yang bertajuk : 'Hari-Hari dalam Hidupku'. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2005.

Demikianlah kisah jerih perih perjuangan Zainab al-Ghazali, seorang pejuang wanita yang sukar dicari ganti. Semoga kita dapat mengikut jejak langkah perjuangan beliau.

Teachers are born not made



Oleh : Nur Khalida Osman
Temuramah bersama : Puan Julia Jaffar

Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan menemuramah Pengetua OXFORD melalui beberapa rangkaian email antara kami, pada beberapa minggu yang lepas. Sesungguhnya perjalanan hidup untuk mencapai kejayaan diatur Allah dengan aturan yang berbeza-beza. Jadi untuk kali ini ingin saya kongsi bersama para pembaca hasil temu ramah saya bersama Puan Julia. Semoga ianya menjadi penyuntik semangat buat kita maju ke hadapan.

Al-Khattab : Bismillahirrahmanirrahim, Bagi membuka bicara kita pada kali ini, saya rasa lebih manis jika Puan memperkenalkan serba ringkas biografi diri serta latar belakang pendidikkan Puan terlebih dahulu.

Puan Julia : Nama saya Julia Jaffar. Saya berasal dari Singapura. Saya juga telah mendapat kerakyatan sebagai penduduk tetap di Malaysia. Pendidikkan saya, saya telah menyelesaikan Diploma dalam bidang perniagaan di Stamford College di Malaysia. Seterusnya saya menyambung pembelajaran saya ke peringkat ijazah dan saya telah selamat menyelesaikan sarjana saya dalam bidang Bahasa Inggeris di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya telah melibatkan diri dalam bidang pendidikkan ini selama lebih kurang 32 tahun, sejak saya berumur 17 tahun lagi. Sementara menunggu keputusan GCE ‘O’ level saya mengajar di Singapura sebagai guru sandaran. Dalam masa yang sama saya juga memberi tuisyen di rumah. Selepas GCE’A’ level, saya berpindah ke Malaysia dan melanjutkan pengajian saya di sana. Selepas itu, saya mendirikan pusat pendidikan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Pada waktu yang sama, saya juga mula mengajar kanak-kanak terencat akal. Saya kemudian diminta mendirikan sekolah yang berasaskan kurikulum British beserta integrasi Islam. Walaupun pada waktu itu Kerajaan Malaysia tidak meluluskan lesen untuk penubuhan sekolah tersebut. Namun, sekolah itu tetap diteruskan secara senyap-senyap. Sekolah tersebut merupakan sekolah wasta (Integrated Islamic College). Sekarang sekolah itu telah bergabung dengan sekolah ADNI. Saya juga merupakan seorang perunding, penyusun silibus, dan penasihat untuk sekolah itu selama 11 tahun. Saya juga memulakan kelas untuk kanak-kanak kurang upaya di sekolah itu. Pada tahun ke 7 saya di sekolah itu, saya telah mula mengurangkan masa saya di sana kerana saya mula mengisi masa saya dengan mengajar di sekolah-sekolah antarabangsa. Pada waktu itu, sistem pendidikan di Malaysia telah bertukar, matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, Integrated Islamic College telah bekerjasama dengan Sekolah Islam ADNI kerana ADNI tidak mempunyai guru-guru yang berkebolehan untuk mengajar di dalam bahasa Inggeris. Apabila kumpulan perintis pelajar-pelajar telah menduduki 'O' level, saya pun berhenti dari berkhidmat di ADNI. Saya kembali melanjutkan pengajian saya. Selepas itu, saya dihubungi oleh Director Integrated Islamic College untuk membantu mendirikan sekolah di Sudan dengan menggunakan silibus dan kaedah yang sama yang digunakan oleh Integrated Islamic College. Pada September 2008 saya telah menjejakkan kaki saya di bumi ini untuk menyahut cabaran tersebut.

Al-Khattab : Sungguh menarik jika melihat kepada penglibatan puan dalam bidang pendidikkan. Boleh puan kongsi serba sedikit tentang faktor-faktor kejayaan yang membawa puan sehingga dipilih dan dihantar untuk menjadi pengasas sekolah OXFORD di Sudan?

Puan Julia : Sebenarnya saya seorang yang suka kepada cabaran. Ini kerana saya mudah merasa bosan dengan kerja-kerja yang sama. Saya telah diberi jawatan sebagai Penyelaras Program sekaligus menjawat jawatan Guru Besar. Silibus yang saya mulakan di Malaysia sekarang amat diterima dan disukai oleh kebanyakkan ibu bapa. Ini telah memberi saya satu kepuasan walaupun saya hanya perunding yang tidak dikenali di Malaysia. Jadi,apabila saya ditawarkan ke Sudan, saya ingin membawa satu kaedah dan silibus yang sama untuk negara ini sebagai sumbangan saya untuk pendidikkan dan generasi yang baru.

Al-Khattab : Puan sebagai Guru Besar dan penyelaras program OXFORD, mungkin boleh puan ceritakan tentang sistem yang diterapkan di sekolah puan?

Puan Julia : Sistem pendidikan di Sudan Oxford adalah seperti sistem di Integration Islamic College iaitu menggunakan kurikulum British selaras dengan silibus Islam. Bahasa Arab juga turut diajar dan diberi kepentingan yang sama. Pembelajaran agama diajar dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Teknologi (komputer) juga diajar sebagai subjek perantaraan dalam pengajaran dan pembelajaran. kami juga menanamkan kesedaran Islam sebagai satu jalan hidup dalam diri setiap pelajar. Falsafah merupakan sesuatu yang sangat mendidik bukan hanya sekadar memberi pendidikkan. Ianya juga mengembangkang ‘holistic kanak-kanak’. Ini juga memerlukan kepada pengkaedahan yang pelbagai bukan hanya bergantung pada silibus dan buku teks sahaja. At this point, ini merupakan peluang atau kesempatan untuk membangunkan lagi sekolah ini.

Al-Khattab : Puan sebagai seorang yang berkecimpung dalam bidang pendidikkan di Sudan. Apakah pendapat puan tentang sistem pendidikkan yang disemaikan di bumi Sudan ini?

Puan Julia : Di Sudan terlalu banyak sekolah-sekolah antarabangsa, tetapi kebanyakkan sekolah mengajar atau mempunyai silibus yang mendidik kanak-kanak bergantung dan berpuas hati dengan buku teks sahaja. Tiada integration of Islamic studies apatah lagi mendidik kanak-kanak menjadi muslim dan muslimah yang berpendirian. Manakala sekolah kerajaan pula, memberi penekanan kepada bahasa Arab sahaja dan sistem pembelajarannya pula terputus daripada peringkat sebelum dan selepas. No proper flow in each level. Ini tidak memberi pelajar-pelajar kesinambungan yang sesuai dalam pendidikkan di setiap peringkat.

Al-Khattab : Sebagai penutup temuramah kita pada kali ini, saya harap puan dapat memberi sedikit pesanan ataupun nasihat kepada sidang pembaca yang kebanyakkannya terdiri dari kalangan penuntut universiti di Sudan ini.

Puan Julia : "Teachers are born , not made." Untuk menjadi seorang guru dan tenaga pendidik kita harus mempunyai minat yang bersungguh-sungguh. Mengajar merupakan suatu kerja yang sangat berat untuk siapa yang serius terhadapnya dan gaji yang mereka perolehi sememangnya tidak setanding dengan kerja kuat mereka. Bilamana kita berada dalam dunia pendidikkan ,kita perlu meletakkan gaji di garisan paling akhir sekali. Bakti,ketekunan dan keazaman sangat penting untuk kita menjadi seorang guru yang benar-benar cemerlang. Kita juga harus memahami kesukaran setiap murid dalam menerima apa yang kita sampaikan dan mencari cara dan kaedah yang mudah bagi mereka memahami pelajaran yang di sampaikan. Pelajaran bukanlah bermakna mempelajari apa yang diberi dalam buku, tetapi juga dari segi pendidikkan kanak-kanak supaya menjadi manusia yang berjaya dalam hidup. Ketika berhadapan dengan kanak-kanak kita perlu menggunakan psikologi yang sesuai. Seorang guru memainkan peranan yang besar dalam pembentukan kanak-kanak. Peranan yang perlu dimainkan guru sama dengan peranan yang dipegang oleh para ibu bapa. Para guru merupakan role model kepada para muridnya sama ada dia mahu ataupun tidak.

Al-Khattab : Terima kasih kepada Puan yang sudi melapangkan masa untuk melayan persoalan-persoalan saya. Moga kita dapat berbicara lagi di lain waktu.

Puan Julia : Sama-sama. Mudah-mudahan begitulah

Jenayah berleluasa tanggungjawap kita bersama

Oleh : Budak Kampung



Jenayah yang semakin meningkat dari hari ke hari membuatkan kita rasa takut dan bimbang hendak melangkah keluar dari rumah untuk pergi ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja. Ekoran kejadian sebelum ini membabitkan kes-kes rogol terhadap kanak-kanak bawah umur serta dibunuh secara kejam tanpa rasa perikemanusiaan semakin berleluasa. Akibatnya ia mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak, keseronokkan mereka untuk ke sekolah menjadi terbantut. Malah di luar sana bukanlah seperti dahulu lagi boleh bebas bermain bersama rakan-rakan.
 
Seperti yang kita tahu kes-kes yang disebut di atas, bahkan bukan itu sahaja tetapi banyak lagi, contohnya kes ragut yang melibatkan individu ataupun secara berkumpulan. Mereka telah berpakat untuk mencuri barang secara rambang daripada mangsa ketika berjalan berseorangan atau berdua. Peragut selalunya menunggang motosikal dan kebiasaannya berdua untuk meragut barang seperti beg tangan.

Mangsa tersebut leka berjalan tanpa menoleh ke belakang membolehkan peragut meragut secara pantas. Ini telah berlaku baru-baru ini apabila dua pemuda yang hampir berjaya melarikan  beg seorang mangsa tetapi, mangsa tersebut mengejar sejarak dua kilometer dan mengakibatkan penunggang tidak dapat mengawal kenderaannya lantas merempuh sebuah teksi dan keduanya mati di tempat kejadian. Kes tersebut baru sahaja berlaku dalam beberapa hari yang terdekat ini.


Satu lagi kes yang memalukan, sebagai seorang Islam, seorang wanita meminum arak secara terang-terangan tanpa rasa segan-silu. Bukan itu sahaja beliau telah pun mengaku dalam perbicaraan mahkhamah di atas perbuatannya tersebut. Beliau yang merupakan seorang model pelancongan dijatuhi hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan enam kali sebatan. "Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan," kata Hakim Abdul Rahman kepada pesalah (dipetik dari sebuah akhbar)

Perkara sedemikian semakin menjadi-jadi di negara kita. Dalam bulan ini satu kes yang melibatkan seorang ibu yang tidak berhati perut memijak anak lelakinya sendiri sehingga mati, bayi itu baru berusia setahun tiga bulan. Wanita yang berasal dari Sumatera Selatan itu telah diperitahkan menjalani hukuman penjara selama enam tahun sepuluh bulan. Mahkamah mendapati kes ini berpunca dari tekanan hidup yang dialami.
 
Saya menyeru kita semua agar menjadi harapan bangsa, agama dan negara kerana apabila kita pulang dan menjejakkan kaki ke tanah air kita dapat mengurangkan jenayah yang berlaku di Malaysia .

Ghazwah

Disediakan oleh : Ahmad Khalid Syukri
Diterjemah oleh : Humaira ‘Urfa

Perang Badar Kubra
(17 Ramdhan 2 Hijrah)

Perang Badar dikira perang yang paling penting dan yang paling agung di dalam pertempuran Islam melawan tentera musyrikin, Allah membantu orang muslimin dengan memberi pertolongan yang besar iaitu perasaan gerun dengan bilangan yg sedikit (313 orang) daripada muhajirin dan ansar, berhadapan dengan (950 orang) daripada musyrikin dengan kelengkapan dan kuda-kuda perang mereka. Telah syahid dikalangan muslimin 14 orang syuhada’, dan telah terbunuh dikalangan musyrikin 70 orang dan telah tertawan 70 orang, Allah azza wa jalla telah menurunkan bantuan dari kalangan para malaikat untuk menetapkan hati pejuang-pejuang Islam dan mencampakkan kegerunan dalam hati mereka yang kufur, dan telah diturunkan firman Allah azza wa jalla: (Dan sesungguh, Allah telah menolong kamu dalam perang badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuri-Nya.) (Surah:Ali imran, Ayat:123)


Perang Banu Qinuqa’
(syawal 2 hijrah)

Telah keluar Yahudi “Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir dan Bani Quraizah” memohon keringanan apabila terkesan sedikit sebanyak daripada kemenangan orang Islam di perang Badar, setelah mereka merasa dengan kehilangan untuk meninggalkan pengaruh mereka dan kepentingan mereka. Maka Rasulullah SAW meghimpunkan mereka dan menyeru kepada Islam lalu mereka enggan menerima dan melawan serta menaruh dendam juga benci sehinggakan salah seorang yahudi telah datang membuat angkara kepada seorang wanita islam di pasar ketika mana wanita itu terleka lalu dia mengikat hujung baju wanita tersebut di bangku yang didudukinya, maka ketikamana wanita tersebut bangun tersingkaplah tudungnya, dan terbukalah hijab,lalu yahudi itu ketawa, maka wanita tersebut menangis: islamah,islamah,lalu bagi menyahut panggilan tersebut oleh salah seorang lelaki muslim yang geram/panas hati lalu dia membunuh yahudi tersebut. Maka bertubi-tubi serangan yahudi ke atasnya maka terbunuhlah muslim tersebut, gugurlah dia sebagai syahid. Setelah itu orang islam mengepung orang-orang yahudi selama 15 hari 15 malam kemudian menghalau mereka dan mengeluarkan mereka daripada Madinah .


Perang Uhud
(syawal 3 hijrah)

Telah berjalan Quraisy dengan 3000 tentera untuk memerangi orang-orang Islam bagi membalas dendam akibat ramai keluarga mereka yang terbunuh dalam perang Badar. Dan orang islam dengan tentera seramai 1000 pejuang. Ketika mana pengunduran ketua munafik “Abdullah bin ubai “ , Nabi dikecewakan dan diruntun oleh tentera-tenteranya untuk kembali ke Madinah, namun Nabi saw tidak berganjak lalu mara ke medan pertempuran. Pada awal pertempuran kemenangan sudah menjadi milik orang Islam, kalaulah tidak kerana ahli pemanah ingkar dengan perintah-perintah Rasulullah saw untuk terus kekal tetap di atas bukit, mereka turun daripada bukit kerana sebahagian daripada mereka menyangka bahawa peperangan telah tamat . Lalu orang muysrik mengepung tentera Islam, { apabila mereka melihat bukit kosong dari pemanah mereka pula naik atas bukit mengambil tempat pemanah} lalu berterabur barisan Muslimin dan penggempur berserakan, telah syahid didalamnya 70 orang dikalangan muslimin dan terbunuh 22 orang dikalangan musyrikin.


Orang musyrikin meninggalkan medan pertempuran dan tidak tertawan seorang pun, Pada hari berikutnya Rasulullah saw dan para sahabatnya menanggung derita kerana luka dan kematian, orang Musyrik menuju Makkah dengan merasa suatu kesuksesan.


Perang Bani Nadhir
(Rabiul awal 4hijrah)


Yahudi Banu Nadhir membuat helah untuk membunuh curi Rasulullah SAW dalam pertemuan dengan mereka. Sedang Baginda duduk di sisi mereka, lalu Allah mengkhabarkannya dengan wahyu lalu Baginda meninggalkan tempatnya dan berjaya terlepas daripada tipu helah mereka dan terbongkarlah pembelotan mereka , dan Baginda memerintahkan untuk memerangi mereka , dan mengepungkan mereka 6 malam lalu , dia membakar sebahagian pokok kurma mereka , mereka dibuang negeri , lalu mereka menurut dan bertaburanlah mereka dan mereka dibuang negeri ke Khaibar dan Syam, ini adalah kemenangan tanpa pertempuran .

Perginya Sebutir Mutiara


Oleh : Zanjabeel


Tanggal 13 Jun 2009, dunia Islam telah menyaksikan pemergian seorang tokoh tersohor dalam pergerakan dakwah Islam. Almarhum Dr. Fathi Yakan, nama yang tidak asing bagi kita.


Dilahirkan pada 1933, merupakan seorang pengasas kepada Gerakan Islam Lubnan, Ketua Pendepan Aktiviti Islam (Head of the Labenese Islamic action front) (IAF), dan juga antara tokoh ulama yang banyak menulis tentang isu-isu gerakan Islam.


Siapa yang tidak mengenali nama Dr. Fathi Yakan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan gerakan dakwah. Kitab karangannya Apa Erti Saya Menganut Islam atau lebih terkenal dengan panggilan “Maza Yakni” telah menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah dari seluruh pelusuk dunia. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an.


Almarhum Dr. Fathi juga merupakan di antara ulama’ dan sarjana besar dunia Islam. Penulisan dan kuliahnya menzahirkan ketegasan. Antara lain buku-buku karangan beliau yang juga menjadi rujukan para aktivis ialah Masalah Dakwah dan Pendakwah, Persepsi Haraki dalam Kerja-kerja Islami, Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Dai, Yang Berjatuhan di Jalan Da'wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.


Inilah antara khazanah beliau yang ditinggalkan kepada seluruh umat Islam masa kini dan akan datang. Almarhum juga pernah memimpin demo besar-besaran untuk menjatuhkan Perdana Menteri Fuad Siniora yang menjadi “kaki tangan” Amerika. Dia juga memberi dukungan kepada Gerakan Hizbullah, Lubnan untuk melawan Israel, Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.



Antara perkara lain yang jarang ditemui dari pimpinan-pimpinan Islam ialah beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

"Sesungguhnya Tarablus adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Inilah dia antara tokoh ulama yang menumpukan seluruh usianya untuk menegakkan Islam di muka bumi. Beliau bertungkus-lumus berjuang demi melihat umat Islam tidak tergadai maruah di tangan musuh-musuh Allah.
Melihat serba sedikit latar belakang dan sejarah hidup seorang ulama ini, jelaslah kepada kita bahawa beliau sudah mempunyai niat untuk berbakti kepada Islam. Bahkan telah telah terbukti di depan mata kita semua dengan apa yang telah diperjuangkannya selama ini.

Di mana kita?
Persoalannya sekarang ialah kepada kita, adakah kita telah menyumbang atau berkorban untuk agama anugerah Allah ini? Atau paling kurang adakah kita pernah terniat di dalam hati untuk berbakti, menyumbang, membantu atau berkorban untuk kebangkitan Islam?

Kita sekadar menyebut inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un” apabila mendengar tentang pemergian seorang tokoh ini. Atau paling tinggi pun kita akan teringat “perginya seorang penyumbang kepada Islam”. Tapi apa yang ada pada kita yang masih hidup ini? Paling kurang kita sentiasa memperbaharui niat untuk memperjuangkan Islam seperti yang disebut di atas tadi.

Sebelum kita memulakannya, marilah kita pastikan terlebih dahulu bahawa kita sudah melaksanakan perkara-perkara penting yang menjadi asas seorang muslim, iaitu apa yang diwajibkan dan diharamkan oleh Allah secara jelas. Tidak usahlah bicara tentang perjuangan jika akhlak kita sesama muslim masih buruk, silaturrahim lintang pukang, aurat sentiasa menjadi pameran kepada orang lain. Ya, akhlak yang baik adalah antara sifat yang payah dimiliki oleh kebanyakan orang.

Ruangan yang ringkas ini sekadar mengajak kita semua membina semangat baru setelah perginya seorang ulama. Dia telah menunaikan amanah menyebarkan agama Islam dengan baik, yang tinggal ialah kita semua yang masih diberi peluang. Kita belajar ilmu agama untuk menjadi penyuluh kehidupan. Bukan sekadar untuk solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.


Berapa ramai di kalangan umat Islam pada hari ini hanya tinggal nama sahaja. Atau dengan istilah lain “hanya goyang kaki”. Mereka ini tidak pernah memikirkan pengorbanan dalam perjuangan Islam. Jika diungkapkan kata-kata seperti ini, masih ramai yang beranggapan bahawa berbicara soal perjuangan adalah membuang masa dan satu kemunduran. Kenapa tidak soal pembangunan? Kenapa perlu difikirkan tentang kematian seseorang ulama?

Inilah antara kalimah-kalimah yang selalu kita dengar dari sesetengah golongan yang tidak memahami Islam sepenuhnya. Perkara ini perlu dijelaskan, bahawa Islam tidak pernah mengenepikan soal pembangunan dan kemajuan bahkan Islam menggalakkan umatnya maju. Tetapi kemajuan bukan satu matlamat utama yang mesti dikejar.

Pemergian Dr. Fathi Yakan juga adalah satu mesej penting kepada umat Islam agar kita lebih bersedia menunaikan tanggungjawab yang asas sebagai seorang muslim, seterusnya bersedia berkorban untuk Islam tidak kira dengan cara mana sekalipun.

Alangkah beruntungnya kita jika kehilangan seseorang tokoh Islam itu menjadi pemangkin semangat kepada kita dalam mengharungi arus dunia moden yang begitu kuat melanda kepada umat Islam. Ianya tidak dapat tidak mesti diharungi dengan kepayahan untuk kita selamat dunia dan akhirat.

Borak ‘Syurga’ dan Sembang ‘Neraka’

OLEH : AHMAD SABIQ ABD RAHMAN

“ Sesiapa yang menetapkan amalan membaca Yaasiin di malam Jumaat sebagai pelaku bidaah yang sesat!”

“ Apa diorang ni dok bidaah-bidaahkan orang ni? Kita membaca satu surah daripada al-Quran dikatakan bidaah? Sunnah mana yang diorang pakai ni?”

“Wahabi sesat! Ibn Taimiyah buat bidaah..! tauhid dibahagikan kepada tiga pula! Sesat..sesat..”

“Apa punya pe’el diorang ni..di susah-susahkan pengajian tauhid.. sifat 20 lah..apelah.. mana orang kampong faham semua tu.. ini semua bidaah yang diada-adakan!!”

“ Berbilangnya jemaah itu suatu yang salah! Kita pelu bekerja dibawah satu jenama! Sapa-sapa yang berada di luar jemaah kita, semuanya sesat!”

Sesiapa yang tidak menggabungkan diri dengan jemaah, amalan dan kerja dakwahnya tidak diterima dan sia-sia!”

“ Lantak korang lah nak gaduh... baik clubbing malam jumaat..awek ramai turun..”

Ape mende jemaah2 ni? Cerita apa diorang ni? Chating ngan awek lagi bahagia! Serabut betul diorang ni!”

“Jom lepak Brickfield malam ni.. aku dah tak tahan ni.”

“ Hai sayang..kite jumpe malam ni kat café..mmuaaahhh”



RAMAI DAN BANYAK
Pernahkah kita merenung dan bertafakur di Suria KLCC sejenak, jauh atau dekat jarak mereka, sahabat dan rakan kita dengan halaqah usrah kita? Dengan pengajian di masjid dan surau yang kita adakan? Ramaikah kita yang ada kesedaran beragama berbanding semakin banyaknya perangai hantu yang semakin pelbagai?

Dunia kita berbeza..kita cerita, cerita ‘ahli syurga’… diorang cerita ‘ahli neraka’.. siapa yang ditipu syaitan? Kita atau mereka? Atau kita dan mereka? Benarkah kita benar dan betulkah mereka salah?

Kita tidak atau jarang sekali bersama mereka. Sekadar berceramah di masjidkah kerja kita? Sudahlah masjid kita itu orang tua yang membilang hari kematian menjemput sahaja yang ramai, anak-anak diherdik siak kerana membuat bising, malah diasingkan pula saf dewasa dan kanak-kanak..tidak perlukah kita ke padang bola,membina jambatan dakwah, wahai du’at! Bangkitlah dari lamunan! Kerah minda anda berfikir menjangkaui apa yang tercatat didalam kitab dan buku! Jangan jadikan serban, kopiah dan tudung litup anda itu menjadi kubu ampuh yang menjumudkan pemikiran anda! kita selalu menang teori..bukan..sentiasa menang teori, tetapi kerap kali kalah di sudut praktikalnya. Praktikalnya kerap sahaja dimenangi musuh, mereka bijak mengaplikasi teori dalam praktikalnya, sedang kita hebat berteori, canggung sekali praktikalnya. Kita bukan mesin Photostat!!

Dunia kita benar-benar berbeza, kita pendakwah yang tidak realiti, kurang bijak mentafsir suasana, bergaduh dan bertegang leher sesama kita, sedang masyarakat kian jauh meninggalkan fitrah, pening melihat gelagat ‘orang agama’, lantas berbogel menanggalkan pakaian (agama)! musuh tertawa riang-ria!!

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“ Katakanlah (wahai Muhammad), apakah perlu kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi amalannya? Iaitulah mereka yang sesat amalannya di dunia ini, sedang mereka menyangka telah melakukan perbuatan yang baik” ( al-Kahfi 103-104 )


BERBEZA ATAU BERBALAH?

Mampukah kita menyatukan pemikiran manusia yang berbeza-beza? Tahap berfikir yang tidak sama tinggi rendahnya. Kita berbeza pendapat atau berbalah memenangkan cara berfikir kita? Atau kita berbeza kemudian berbalah? Siapa yang salah? Manhaj atau sikap? Siapa pandu siapa? Manhaj memandu sikap atau sikap yang jelek merosakkan manhaj!!
“ Setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka” ( al-Rum-32 )

“Tarawikh 8 rakaat itu yang sunnah!!”

“ hmmm..ngaji tadika tak lulus..matematik 1-1 terkial-kial..nak tunjuk pandai.. 20 rakaat itu yang sunnah!!”

Siapa yang betul? Itu bukan isu, mana yang lebih utama? Perbalahan yang cabang itukah atau kesatuan ummah yang menjadi pokok.

Berbeza pendapat itu suatu yang pasti dan tetap akan berlaku pada satu-satu isu dan permasalahan atau ketika yang tertentu, namun perbezaan yang tercetus janganlah sehingga menyalakan api perpecahan, ditiup semboyan kekufuran, bidaah, sesat terhadap mereka yang tidak sebulu dan sekapal dengan pemikiran kita. Lunak sungguh bahasa kita terhadap saudara seaqidah kita. ‘ Yang zikir kuat setelah solat itu bidaah, yang zikir perlahan dan tidak berdoa setelah solat itu wahabi!’ yang bermain handset selepas solat, merokok di beranda surau itu juga yang ‘relek’.

Menghukum dan memberi gelaran itu akhirnya menjadi zikir orang agama. kita ini Dai’e yang berjiwa qadhi!! Anda tidak bersetuju? Maka andalah yang mesti mejadi pencetus revolusinya jika ada sekelumit kesedaran.


AHLI FORENSIK DAN PENGKAJI SEJARAH


Tugas ahli forensik adalah untuk menyiasat punca kematian si mati, demi membela hak si mati dan keluarganya jika terdapat unsur jenayah.

Pengkaji sejarah pula ceritanya membelek kisah silam dan tamadun serta artifak sejarah, membongkar kisah hidup si mati, atau sejarah silam orang yang masih hidup, dan perihalnya dipaparkan kepada masyarakat agar menjadi teladan dan ikutan jika ada kebaikannya. Kesilapan dan kekhilafannya pula dijadikan iktibar.

Namun kita pula memilih skrip yang berbeza dalam membicarakan tentang orang lain. Sejarah dirobek, diburuk-burukkan riwayat si mati, dicela dan dijaja kisah mereka yang telah pun menamatkan perjalanan di dunia sementara ini. Peduli apa jalan penceritaannya.. samada sahih atau dusta, yang penting, ada sahaja cerita buruk, melalui buku mahupun lisan, yang disandarkan kepada mereka yang tidak sekapal dengan kita, terus sahaja disebarkan! Kenapa kita memilih yang ini?

Muhibbudin al-Khatib, memberi satu muqaddimah yang baik ketika beliau mentahqiq kitab al-Awasim min al-Qawasim karangan Ibn ‘Arabi, antaranya beliau menyebut ;

“ Insan itu insan, berlaku ke atasnya apa yang berlaku ke atas insan yang lain, seorang yang benar dan salih kehidupannya( majoriti kehidupannya), tidak menghalangnya daripada melakukan kejahatan, demikian orang yang kehidupannya penuh dengan kejahatan dan kebatilan, tidak menghalangnya daripada melakukan kebaikan. Namun, apabila kita membicarakan tentang orang yang salih, yang kita ketahui dia ada melakukan kesalahan, janganlah kita lupa yang kehidupannya dipenuhi dengan kebaikan, janganlah kita mengkufurkannya kerana kesilapannya itu( ditonjolkan sebagai orang yang jahat). Demikian wajib apabila kita membicarakan tentang orang yang jahat dan batil, janganlah kita menonjolkannya sebagai orang yang baik kerana sedikit kebaikan yang dilakukannya itu.”


Muawiyyah ibn Abi Sufyan, Yazid bin Muawiyyah, Sultan Muhammad al-Fateh, Muhammad ibn Abd Wahhab, Ibn Taimiyah.. mereka telah menamatkan kembara di dunia ini, nasib mereka di tangan Allah, cela kita tidak menambah seksa mereka, puji kita tidak menambah nikmat mereka.

BERUBAHLAH..

Salafi, Khalafi, Sufi, Haraki, PAS, JIM, Tabligh, ISMA, ABIM siapa pun anda, kita tetap punya kalimah pengikat yang satu, berpeganglah dengan tali Allah, hulurkan salam dakwah, kembalikan masyarakat kepada fitrah, usah bertelagah kerana berbeza wasilah, kita punya ghayah (matlamat ) yang satu, bukankah begitu?

Segera bangkit! Sedarkah kita? Jumlah kita sedikit berbanding mereka yang menelanjangkan diri dari agama. Kita bergaduh bidaah atau harus bacaan yaasin di hari Jumaat, sedang kita hanya sekitar 20%, mereka yang clubbing, dating di kedai mamak, berpeleseran tanpa arah tuju di malam Jumaat itu 80%( belum dicampur dengan pelajar pengajian agama yang jelek perangainya, tonton lucah, merokok,etc.)

Siapa jua kita, kita MUSLIM. “ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang mengajak kepada Allah dan melakukan amal soleh dan mereka berkata sesungguhnya aku dikalangan MUSLIMIN”(Fussilat : 24 )

“ sesungguhnya Mukminun itu bersaudara , maka perelokkanlah persaudaraan itu”(al-Hujurat :11 )

“ Kami bertolong-menolong dengan apa yang kami sepakati, dan berlapang dada dengan apa yang kami perselisihkan”_al-Syeikh Rashid Ridha

“ treat people’s the way you want to be treated”