Saturday, February 28, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama allah kita mulakan dengan nama allah kita akhiri. Moga segala yang baik dapat kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

Pertama dan selama-lamanya marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa kesyurukan kerana di benarkan oleh zat yang maha kuasa dan maha pengasih lagi maha penyayang untuk kita bersama-sama meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Hidup kita di dunia ini tidak lama dan kita tidak tahu bila kita akan dipanggil pulang menghadap Allah yang menciptakan kita. Mungkin seminit atau sesaat lagi nyawa kita akan dicabut, atau mungkin malaikat maut sudah berada berhampiran kita dan hanya tinggal menunggu arahan dari Allah yang maha berkuasa.

Sahabat-sahabat sekalian,
Jangan kita ingat bila nyawa sudah ditarik kita akan terlepas dari semua masalah dan tanggungjawab di dunia, tapi ingatlah, bila nyawa sudah ditarik ini bermakna kita akan melalui satu lagi perjalanan yang tidak pernah kita bayangkan di dunia ini, dan di situ kita akan dihisab dan akan dihitung berapa banyak amalan yang telah kita lakukan. Dan ingatlah disana sudah tiada guna untuk kita menyesal.

Oleh itu sahabat-sahabat yang dikasihi,
Peringatkan lah diri kita, setiap saat dan detik kehidupan kita ditemani dua malaikat dan setiap malaikat tugasnya adalah untuk mencatat segala amal kita di dunia ini dan peringatkan diri kita, segala yang dicatat hanyalah dua benda iaitu, amal kebaikan dan juga amal keburukan. Jika berat timbangan amal kebaikan kita, maka syurgalah tepatnya, jika sebaliknya, maka tiada tempat yang lebih layak selain neraka jahanam.

Moga segala yang baik dapat menjadi pengajaran kepada kita, bersama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain.. Moga rahmat dan hidayah allah kekal bersama kita. Amiinn.

No comments:

Post a Comment