Showing posts with label Al-khattab Edisi Ke 2. Show all posts
Showing posts with label Al-khattab Edisi Ke 2. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Mohd Najib Tun Abdul Razak , 1 Malaysia Rakyat Diutamakan



Anak pertama Bapa Pertanian negara kita kini telah bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke -6. Datuk seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selamat mengangkat sumpah 5 April lalu sebagai menggantikan Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah meletak jawatan sebelum itu.

Perlantikan ini melengkapkan teori dan spekulasi pemerhati politik yang digembar-gemburkan sebagai pelengkap kepada perkataan RAHMAN. Apapun yang dikisahkan sebelum ini mengenai khabar angin pertukaran kuasa telah lenyap dengan upacara angkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung Tuanku Sultan Mizan.

Seperti sebelum ini, Perdana Menteri yang dikatakan orang no.1 negara akan meletakkan halatuju negara sebelum melakukan apa-apa tindakan lain. Beliau memilih untuk melabel dirinya dengan slogan 1 Malaysia Rakyat Diutamakan. Diiringi dengan ungkapan-ungkapan tiada lagi pemerintahan rejim di Malaysia. Selain mengungkapkan bahawa negara ini memerlukan media massa yang terbit berlandaskan fakta bukan hasutan dan khabar angin.

Dari sudut ucapan ia sememangnya perkara yang lunak didengar. Seperti biasa kabinet yang dinamakan Kabinet Rakyat telah dibentuk semula, beliau telah mengorak kabinetnya dengan menampilkan 6 Senator yang dilantik (kuota penuh seorang Perdana Menteri).

Selaku rakyat Malaysia kita harus faham bahawa pemilihan perdana menteri negara kita adalah kuasa parti yang sedang memerintah negara. Jadi seorang perdana menteri mesti mendapat sokongan kuat dari partinya untuk menjadi ketua parti sebelum ketua negara. Inilah yang dikatakan demokrasi parlimen beraja.

Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan abang kepada 4 adiknya namun mereka tidak bergiat dalam politik seperti beliau, mereka lebih selesa dalam arena perniagaan. Beliau yang mewarisi kepimpinan UMNO dari Pak Lah dianggap sebagai anak Mahathir dalam gerak kerja politik. Ini sekali lagi mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang perdana menteri, ini kerana Tun Mahathir yang dikenali umum sebagai seorang yang sangat kritis dan kuat mendesak dirasakan akan mempengaruhi tindakan Najib dalam pemerintahannya. Rakyat tidak senang dengan pemerintahan secara proksi, kerana ia akan menjejaskan kestabilan pemerintahan negara. Apatah lagi jika rakyat merasai pemerintahan itu untuk kepentingan individu-individu tertentu.

Bagaimanapun apa yang harus dipuji pada hari-hari awal pemerintahan Najib beliau telah membebaskan seramai 13 orang tahanan ISA sebagaimana Abdullah cuba mengumpan sokongan rakyat dengan melepaskan Anwar. Namun Najib masih belum memuaskan hati pencinta keadilan telus kerana mereka menganggap pembebasan 13 orang itu hanyalah gimik politik Najib dan mereka mahukan ISA dimansuhkan.

Selain daripada isu ISA, najib juga telah bertindak bijak dengan menarik balik sekatan ke atas Harakah yang digantung oleh Hamid Albar sebelum perlantikannya sebagai perdana menteri, sekaligus mengenepikan Hamid Albar dari kabinetnya kelihatan ketidak serasiannya mengenai isu kebebasan bersuara itu semakin ketara.

Sekarang PM kita ini perlu memberi perhatian khusus dalam masalah kegawatan ekonomi. Beliau memerlukan pakar-pakar ekonomi seperti Daim Zainuddin dalam senarai penasihatnya agar Malaysia tidak terus menerus menjerat rakyat dalam kesempitan hidup. Ekonomi yang satu masa dahulu menjadi kebanggaan Mahathir kini telah merudum setelah hari-hari akhir era pemerintahan Tun Mahathir. Ramai menyifatkan perletakan jawatan oleh beliau adalah sifat berlepas diri dari menanggung kemerosotan ekonomi atas apa yang telah beliau lakukan semasa pemerintahannya. Namun kita sepatutnya melihat bagaimana beliau mampu mengenepikan sogokan barat dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia ketika itu.

Jika Sebelum ini Presiden UMNO terpaksa berhempas pulas dalam pemilihan parti untuk menentang pencabar mereka. Namun Tun Mahathir telah memulakan budaya baru dalam UMNO, budaya yang menolak cabaran ke atas ketua parti dan sekaligus menjadikan UMNO parti yang layu. Ini diperakui sendiri dalam ucapan Datuk Seri Najib dalam persidangannya. Dia menyatakan bahawa UMNO perlu diselamatkan dari budaya cantas-mencantas sesama mereka dalam pemilihan parti. Ini bermakna UMNO kini adalah warisan dari UMNO yang telah lalu. Orang yang berada di atas hari ini adalah orang yang disayangi atau disenangi oleh orang yang lalu.

Apapun kita mengharapkan Najib menjadi pemimpin yang merealisasikan motonya dan tidak menjadikan slogan-slogan pemerintahan sebagai retorik ucapan semata. Kita mengharapkan Najib memulihkan keselamatan dalam negara dan mengembalikan demokrasi dan kebebasan bersuara dalam negara kita. Saya sudahi dengan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas perlantikannya menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia. الخطاب -

Influenza A(H1N1)




6 May 2009 -- As of 06:00 GMT, 6 May 2009, 22 countries have officially reported 1516 cases of influenza A (H1N1) infection.

Mexico has reported 822 laboratory confirmed human cases of infection, including 29 deaths. The United States has reported 403 laboratory confirmed human cases, including one death.

The following countries have reported laboratory confirmed cases with no deaths - Austria (1), Canada (165), China, Hong Kong Special Administrative Region (1), Colombia (1), Costa Rica (1), Denmark (1), El Salvador (2), France (4), Germany (9), Guatemala (1), Ireland (1), Israel (4), Italy (5), Netherlands (1), New Zealand (6), Portugal (1), Republic of Korea (2), Spain (57), Switzerland (1) and the United Kingdom (27).

It is considered prudent for people who are ill to delay international travel and for people developing symptoms following international travel to seek medical attention, in line with guidance from national authorities. Individuals are advised to wash hands thoroughly with soap and water on a regular basis and should seek medical attention if they develop any symptoms of influenza-like illness.

WHO advises no restriction of regular travel or closure of borders.

There is no risk of infection from this virus from consumption of well-cooked pork and pork products.

Further information on the situation will be available on the WHO website on a regular basis.

Frequently Asking Questions

What can I do?
Q : What are the recommendations for face masks?

If you are not sick you do not have to wear a mask. If you are caring for a sick person you should wear a mask. All home made masks should be cleansed regularly.

If you are sick, stay at home and avoid contact with people.
How can I protect myself and prevent illness?

Practise general preventive measures for influenza to prevent infection:

* avoid close contact with people who appear unwell and have fever and cough;
* wash your hands with soap and water thoroughly and often;
* practise good health habits including adequate sleep, eating nutritious food, and keeping physically active.


Q : How do I care for an ill person at home?

* Separate the ill person from others, keeping the person at least 1 metre in distance from others.
* Cover your mouth and nose when caring for the ill person. Either commercial or homemade materials are fine, as long as they are disposed of or cleaned properly after use.
* Wash your hands with soap and water thoroughly after each contact with the ill person.
* Improve the air flow where the ill person stays. Use doors and windows to take advantage of breezes.
* Keep the environment clean with readily available household cleaning agents.

If you are living in a country where there are infections follow additional advice from your national and local health authorities.
What should I do if I think I have the illness?

If you feel unwell, have high fever, cough or sore throat:

* Stay at home and keep away from work, school or crowds.
* Rest and take plenty of fluids.
* Cover your mouth and nose with disposable tissues when coughing and sneezing, and dispose of the used tissues properly.
* Wash your hands with soap and water often and thoroughly, especially after coughing or sneezing.
* Inform family and friends about your illness and try to avoid contact with other people.

Q : What should I do if I need medical attention?

* Contact your doctor or healthcare provider before travelling to a health facility, and report your symptoms. Explain why you think you have influenza A(H1N1) (if you have recently travelled to a country where there is an outbreak in humans). Follow the advice given to you.
* If it is not possible to contact your healthcare provider in advance, communicate your suspicion of infection as soon as you arrive at the facility.
* Cover your nose and mouth during travel.

Travel

Q : Is it safe to travel?

WHO is not recommending travel restrictions related to the outbreak of the influenza A(H1N1) virus. Today, international travel moves rapidly, with large numbers of individuals visiting various parts the world. Limiting travel and imposing travel restrictions would have very little effect on stopping the virus from spreading, but would be highly disruptive to the global community.

Influenza A(H1N1) has already been confirmed in many parts of the world. The focus now is on minimizing the impact of the virus through the rapid identification of cases and providing patients with appropriate medical care, rather than on stopping its spread internationally. Furthermore, although identifying the signs and symptoms of influenza in travellers can be an effective monitoring technique, it is not effective in reducing the spread of influenza as the virus can be transmitted from person to person before the onset of symptoms. Scientific research based on mathematical modelling indicates that restricting travel will be of limited or no benefit in stopping the spread of disease.

Historical records of previous influenza pandemics, as well as experience with SARS, have validated this point.

Travellers can protect themselves and others by following simple recommendations related to travel aimed at preventing the spread of infection. Individuals who are ill should delay travel plans and returning travellers who fall ill should seek appropriate medical care. These recommendations are prudent measures which can limit the spread of many communicable diseases and not only Influenza A(H1N1).

— World Health Organization (WHO)

Sunday, May 10, 2009

KEMAJUAN HUBUNGAN SUDAN DAN AMERIKA


Disunting dari: Akhbar Akhir Lahzah, Keluaran 979, Isnin 27/4/2009.
Diterjemah oleh : Nur Khalida Osman.




Bagi mereka yang membaca dan mengikuti analisis penilaian akhbar yang lepas, dan meneliti secara menyeluruh mukasurat akhbar ini pasti akan menjumpai satu perbahasan tentang perubahan politik Amerika ke atas Sudan. Bertepatan dengan itu, Amerika akan mengadakan satu lawatan dengan perutusan Presiden Amerika, Barack Obama. Dalam lawatan calon Senator yang lepas ke atas kepimpinan Amerika, John Kerry yang merupakan ketua kementerian hubungan luar di Dewan Negara Amerika, beliau menegaskan kepada mereka bahawa semua asakan yang kuat untuk merubah diplomasi ini hanyalah berlegar dari bahagian jabatan Amerika yang baru untuk lebih meningkatkan dan memperbaiki hubungan Amerika dengan kerajaan Sudan. Sepertimana diketahui, hubungan Amerika dan Sudan sekarang berada dalam keadaan yang tegang dan penuh kerumitan.Permasalahan diplomasi yang akan dirungkaikan Obama dan John kerry ketika lawatan mereka ke Sudan nanti adalah untuk menjelaskan keinginan Amerika secara bersungguh-sungguh untuk membuka semua fail-fail khas bagi memperbaiki kembali hubungan baik Amerika dan Sudan selepas apa yang berlaku dalam mengadili fail permasalahan di Darfur dan kini mereka sedang berusaha memperbaiki semua ruang kerjasama dan mendesak pergerakan keamanan di Darfur dari semua wilayah untuk menyertai perundingan besar supaya keinginan meraka sampai kepada titik yang dipersepakati dalam keadaan toleransi dan menghentikan semua permusuhan dan memaknakan keinsanan untuk masyarakat Darfur serta mengembalikan keamanan untuk semua kawasan mereka yang terdahulu. Manakala penyertaan Amerika dalam menetapkan had fail ini bermula dengan meletakkan objektif mereka bagi melindungi pinggiran penting dalam Kongres Amerika dengan menghapuskan posisi masyarakat di negeri Darfur.


Dari sini bermula perundingan dan perbincangan Amerika dengan Sudan:

1.   Mengeluarkan nama Sudan dari senarai negara-negara yang bersengkokol dengan pengganas.

2.   Mengeluarkan keputusan untuk memansuhkan semua hukuman ekonomi, politik  dan diplomasi yang telah dikenakan Amerika untuk menentang Sudan.

3.   Mengamalkan dan mempraktikkan keperibadian yang baik dengan Sudan  dalam urusan kerjasama ekonomi dan kebudayaan.Hakikatnya Sudan sedang membentuk perancangan ekonomi yang besar dan ke depan untuk strategi Amerika di Benua Afrika di masa hadapan.

Amat penting bagi Amerika untuk memulihkan hubungan baiknya dengan Sudan. Amerika juga perlu berjaga-jaga dan tidak merempuh hak kewujudan China di Sudan. Kerajaan Sudan sesekali tidak akan meletakkan tentera-tenteranya untuk berbincang dengan Kerajaan Amerika tentang kewujudan China di Sudan dalam perbincangan meja bulat mereka.Ini kerana hubungan Sudan dan China telah bermula dan berkembang  lebih dari 50 tahun dalam aspek politik, ekonomi dan diplomasi. Sudan dan China juga telah mengikat hubungan persahabatan yang istimewa diantara mereka.Telah mencukupi bagi Sudan untuk semua pertolongan dan  pemberian China kepada negaranya. Semua ini memberi kesan yang kukuh dan jelas untuk membolehkan kerajaan Sudan bertindak membentuk setiap  propaganda politik dan ekonomi yang dihadapinya dari Negara Amerika  sebelum ini

dan sebahagian negara-negara Eropah yang lain.Dengan itu tanpa kepatuhan Kerajaan Sudan untuk tentera-tentera mereka  melawan Sudan bagi mengucar-kacirkan dan memecah –belahkan Negara Sudan  kepada negeri-negeri yang bersengketa dan berbalah.

Sesungguhnya satu perkara asas untuk mengembalikan hubungan baik Amerika dan Kerajaan Sudan adalah dengan mengisi politik persengketaan ke atas sumber petroleum di Benua Amerika..dan mendefinisikan di negeri Darfur dan China. Perkara ini tidak menjadi satu bentuk desakan ke atas Kerajaan Sudan. Ini kerana syarikat-syarikat Amerika seperti “Exxon Mobil”,“Shell”dan“chevron” beroperasi maju dalam  pengeluaran petrol dari tempat ke satu tempat yang lain bersama Syarikat Kebangsaan China(CNOOC) di Nigeria dengan jaminan 45% dari petroleum di kawasan tepian pantai Nigeria, bersamaan 2,7 bilion dolar Amerika…Walaupun Nigeria dijanjikan sebagai salah satu negara yang mempunyai hasil petroleum Amerika yang amat menguntungkan dari syarikat-syarikat yang dinyatakan di atas.

Ulasan ...

Telah banyak cara yang digunakan  Amerika untuk menguasai Negara Sudan yang sememangnya kaya dengan hasil petroleumnya yang juga merupakan pendapatan utama negaranya. Sekarang Amerika kembali mengatur satu lagi strategi baru untuk melancaran perdamaian Negara Amerika dengan Sudan.Namun Sudan bukanlah satu Negara yang lemah dan senang diperkotak-katikkan Amerika..Sudan juga punya perancangannya yang tersendiri dalam menjaga hak asasi negaranya.

Kewujudan China yang  mencecah hampir 10 ribu orang di Sudan pada ketika ini juga merupakan salah satu sebab utama kegagalan Amerika menjajah tanah Sudan.
Kekuatan seperti inilah yang perlu kita contohi dan teladani dalam mempertahankan diri,keluarga,masyarakat,agama dan negara kita dari sewenang-wenangnya diperbodohkan oleh kuasa jahat yang lain.
Waallahualam… الخطاب -

AURAT WANITA, WAJIBKAH MENGHIJAB MUKA ?


OLEH : DUPAHANG
DISUSUN DAN DIRINGKASKAN OLEH : ARAS

Dimanakah batas aurat perempuan? Ada sebahagian yang mengatakan bahawa seluruh tubuh perempuan adalah aurat, sehingga wajahnya juga wajib ditutup. Sebahagiannya pula menganggap wajah dan tapak tangan bukanlah aurat bagi wanita.
Khilaf dan perbezaan pendapat dikalangan para ulama' tentang batas aurat wanita itu akan selalu ada, selama nas-nas itu sendiri memang mengandungi khilaf dan perbezaan pentafsiran serta variasi istinbath( cara mengeluarkan hukum dari sesuatu nas ).

Namun di sebalik khilaf dalam masalah ini, tidak ada salahnya kita kemukakan dalil-dalil dari kedua-dua pihak, baik yang mewajibkan niqab ( penutup muka ) bagi wanita mahupun yang tidak mewajibkannya.

1. DALIL YANG MEWAJIBKAN NIQAB
Mereka yang mewajibkan setiap wanita untuk menutup muka (memakai niqab) diangkat dari pendapat bahawa wajah itu sebahagian dari aurat wanita yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain yang bukan muhrim.

Antara dalil yang mereka kemukakan ialah :

a. Ayat Hijab (Surat Al-Ahzab : 59)

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS. al-Ahzab : 59)

Ayat ini adalah ayat yang paling utama dan paling sering dikemukakan oleh pendukung wajibnya niqab. Mereka mengutip pendapat para mufassirin terhadap ayat ini bahawa Allah mewajibkan para wanita untuk menjulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka termasukkepala, muka dan semuanya, kecuali satu mata untuk melihat.

Riwayat ini disandarkan kepada Ibnu Abbas, Ibnu Mas`ud, Ubaidah as-Salmani dan lainnya, meskipun tidak ada kesepakatan diantara mereka tentang makna ‘jilbab’ dan makna ‘menjulurkan’.

Namun bila diteliti lebih jauh, ada keraguan yang boleh ditimbulkan dalam pendapat Ibnu Abbas tentang wajibnya niqab. Kerana dalam tafsir di surat An-Nuur yang berbunyi "kecuali yang zahir darinya,"( al-Nur : 31) Ibnu Abbas berpendapat sebaliknya.

Para ulama yang tidak mewajibkan niqab mengatakan bahwa ayat ini sama sekali tidak berbicara tentang wajibnya menutup muka bagi wanita, baik secara bahasa mahupun secara `urf (kebiasaan). Kerana yang diperintahkan menjulurkan kain ke dadanya, bukan ke mukanya. Dan tidak ditemukan ayat lainnya yang memerintahkan untuk menutup wajah.

b. Surah Al-Nuur : 31

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak daripadanya.”
(QS. Al-Nur : 31)

Menurut mereka dengan mengutip riwayat pendapat dari Ibnu Mas`ud bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan yang tidak boleh dinampakkan adalah wajah, kerana wajah adalah pusat kecantikan.Sedangkan yang dimaksud dengan `yang biasa nampak` bukanlah wajah, melainkan selendang dan baju. 
Namun riwayat ini berbeza dengan riwayat yang sahih dari para sahabat termasuk riwayat Ibnu Mas`ud sendiri, Aisyah, Ibnu Umar, Anas dan lainnya dari kalangan tabi`in bahawa yang dimaksudkan dengan ‘yang biasa nampak darinya’ bukanlah wajah, tetapi al-kuhl (celak mata) dan cincin. Riwayat ini menurut Ibnu Hazm adalah riwayat yang paling sahih.

c. Surah Al-Ahzab : 53

“Apabila kamu meminta sesuatu kepada mereka, maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti Rasulullah dan tidak mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar di sisi Allah.”
(QS. Al-Ahzab : 53).

Para pendukung kewajiban niqab juga menggunakan ayat ini untuk menguatkan pendapat bahawa wanita wajib menutup wajah mereka dan wajah termasuk didalam bahagian aurat wanita. Mereka mengatakan bahawa meskipun khitab ayat ini kepada isteri Nabi s.a.w, namun kewajipannya juga terkena kepada semua wanita mukminah, kerana para isteri Nabi itu adalah teladan dan contoh yang wajib diikuti.

Selain itu mengenakan niqab itu alasannya adalah untuk menjaga kesucian hati, baik bagi lelaki yang melihat ataupun buat para isteri nabi. Sesuai dengan firman Allah dalam ayat ini bahawa cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka (isteri nabi s.a.w).

Namun bila disemak lebih mendalam, ayat ini tidak berbicara tentang masalah kesucian hati yang berkait dengan zina mata antara para sahabat Rasulullah SAW dengan para isteri beliau. Kesucian hati ini dikaitkan dengan perasaan dan fikiran mereka yang ingin menikahi para isteri nabi nanti setelah beliau wafat. Dalam ayat itu sendiri dijelaskan agar mereka jangan menyakiti hati nabi s.a.w dengan mengahwini para janda, isteri Rasulullah SAW sepeninggalnya. Ini bertepatan dengan asbabun nuzul (sebab turun ayat) ayat ini yang menceritakan bahawa ada sahabat yang ingin menikahi Aisyah bila kelak Nabi wafat. Ini tentu sangat menyakitkan perasaan nabi s.a.w.

Adapun makna kesucian hati itu bila dikaitkan dengan zina mata antara sahabat nabi dengan para isteri beliau adalah pentafsiran yang terlalu jauh dan tidak sesuai dengan konteks dan kesucian para sahabat nabi yang agung.

Sedangkan perintah untuk meminta dari balik tabir, jelas merupakan pengkhusususan dalam bermuamalah dengan para isteri Nabi. Tidak ada kaitannya dengan kaedah usul fiqh, al-Ibratu bi `umumil lafzi laa bi khushushil ayah’. (sesuatu hukum dikeluarkan degan makna umum ayat, bukan dengan khusus sebab turunnya ayat). Kerana ayat ini memang khusus membicarakan tentang akhlak pergaulan dengan isteri nabi. Dan mengqiyaskan antara para isteri nabi dengan seluruh wanita muslimah adalah qiyas yang tidak tepat, qiyas ma`al fariq. Kerana para isteri nabi memang memiliki standard akhlak yang khusus. Ini ditegaskan dalam ayat Al-Quran.

“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara( suara lunak yang menggoda ) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,” (QS. Al-ahzab : 32)

d. Hadits Larangan Berniqab bagi Wanita Muhrim

  Para pendukung kewajiban menutup wajah bagi muslimah menggunakan sebuah hadits yang diambil mafhum mukhalafanya, yaitu larangan Rasulullah SAW bagi muslimah untuk menutup wajah ketika ihram.

“Janganlah wanita yang sedang berihram menutup wajahnya (berniqab) dan memakai sarung tangan”.

Dengan adanya larangan ini, menurut mereka lazimnya para wanita itu memakai niqab dan menutup wajahnya, kecuali ketika berihram. Sehingga perlu bagi Rasulullah SAW untuk melarang mereka secara khusus. Seandainya setiap hari mereka tidak memakai niqab, maka tidak mungkin beliau melarangnya ketika berihram.

  Pendapat ini dijawab oleh mereka yang tidak mewajibkan niqab dengan logik sebaliknya. Iaitu bahawa ketika berihram, seseorang memang dilarang untuk melakukan sesuatu yang tadinya halal. Seperti memakai pakaian yang berjahit, memakai minyak wangi dan berburu. Lalu ketika berihram, semua yang halal tadi itu menjadi haram. Kalau logik ini diterapkan dalam niqab, seharusnya memakai niqab itu hukumnya hanya sampai boleh dan bukan wajib. Kerana semua larangan dalam ihram itu hukum asalnya pun boleh dan bukannya wajib. Bagaimana boleh sampai pada kesimpulan bahawa sebelumnya hukumnya wajib ?

  Memang ada sebahagian wanita yang di masa itu menggunakan penutup wajah.

Tetapi masalahnya menutup wajah itu bukanlah kewajiban. Dan ini adalah logik yang lebih tepat.

e. Hadits bahawa Wanita itu Aurat

Diriwayatkan oleh At-Tirmizy marfu`an bahwa,”Wanita itu adalah aurat, bila dia keluar rumah, maka syaitan menaikinya”.

Menurut At-turmuzi hadis ini kedudukannya hasan sahih.
Maka hadith ini menunjukkan seluruh tubuh wanita itu adalah aurat, termasuk wajah, tangan, kaki dan semua bahagian tubuhnya. Pendapat ini juga dikemukakan oleh sebagian pengikut Asy-Syafi`iyyah dan Al-Hanabilah.

 f. Mendhaifkan Hadits Asma`

Mereka juga mengkritik hadits Asma` binti Abu Bakar yang bermaksud , Nabi s.a.w bersabda kepada Asma’ “Seorang wanita yang sudah haidh itu tidak boleh nampak bahagian tubuhnya kecuali ini dan ini” Sambil beliau menunjukkan ke arah wajah dan tapak tangannya.

 2. PENDAPAT BAHAWA WAJAH WANITA BUKAN AURAT

  Sedangkan mereka yang mendukung pendapat bahawa wajah bukan termasuk aurat wanita menggunakan banyak dalil serta mengutip pendapat dari para imam mazhab yang empat dan juga pendapat salaf dari para shahabat Rasulullah SAW.

a. Para sahabat Rasulullah SAW sepakat mengatakan bahawa wajah dan tapak tangan wanita bukan termasuk aurat. Ini adalah riwayat yang paling kuat tentang masalah batas aurat wanita.

b. Para Fuqoha’ sepakat bahawa wajah bukan aurat bagi wanita.

  Al-Hanafiyah mengatakan tidak dibenarkan melihat wanita ajnabi yang merdeka kecuali wajah dan tapak tangan. Bahkan Imam Abu Hanifah sendiri mengatakan yang termasuk bukan aurat adalah wajah, tapak tangan dan kaki, kerana kami adalah sebuah kedaruratan yang tidak boleh dihindarkan.

  Al-Malikiyah dalam kitab ‘Asy-Syarhu As-Shaghir' dituliskan bahawa batas aurat waita merdeka dengan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Keduanya itu bukan termasuk aurat.

  Asy-Syafi`iyyah dalam kitabnya ‘al-Muhazzab’,engatakan bahawa wanita merdeka itu seluruh badannya adalah aurat kecuali wajah dan tapak tangan.

Dalam mazhab Al-Hanabilah kita dapati Ibnu Qudamah berkata( kitab Al-Mughni 1 : 1-6),”Mazhab tidak berbeza pendapat bahawa seorang wanita boleh membuka wajah dan tapak tangannya di dalam solat.

c. Pendapat para mufassirin

Para mufassirin yang terkenal pun banyak yang mengatakan bahawa batas aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Mereka antara lain At-Thabari, Al-Qurthubi, Ar-Razy, Al-Baidhawi dan lainnya. Pendapat ini sekaligus mewakili pendapat jumhur ulama.

d. Perintah kepada laki-laki untuk menundukkan pandangan.
 
Allah SWT telah memerintahkan kepada laki-laki untuk menundukkan pandangan. Hal itu kerana para wanita muslimah memang tidak diwajibkan untuk menutup wajah mereka.
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (QS. An-Nuur : 30).

Dalam hadits Rasulullah SAW kepada Ali ra. disebutkan bahwa,’Jangan lah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah ancaman dosa”. (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmizy dan Hakim). الخطاب -

Saturday, May 9, 2009

Edisi ke2 : ISU PALESTIN : Kegagalan Arab Tanpa Ruh Islamiy. Sebelum Penubuhan HAMAS.



Oleh : Siddiq Osman.
Diringkaskan dan dipetik dari buku berjudul Sekular dan Palestin 60 Tahun Dalam Kegagalan Dan Apakah Seterusnya?- Dr Abdul Aziz Mustafa Kamil.


Sebelum ini kita telah menyentuh berkenaan sejarah penubuhan HAMAS dan perkembangannya. Saya rasakan kali ini sesuai untuk saya perjelaskan beberapa kecelakaan yang telah berlaku sebelum wujudnya HAMAS di bumi Palestin.

Seperti yang saya sebutkan pada artikel lepas mengenai Peperangan Nakbah yang merupakan tamparan hebat pada maruah Arab seluruhnya. Duka untuk saya berkongsi kegagalan tersebut dan beberapa kesedihan lain yang telah berlaku sebelum 1983. Ada baiknya kita mulakan dengan permulaan penubuhan Israel pada 1948 menerusi cadangan England dalam PBB pada 1947. Sejak itulah Palestin dibahagikan kepada dua negara Israel dan Palestin.

Perkara ini telah membangkitkan kemarahan Negara-Negara Arab yang berada di sekitar Palestin. Pakatan Nasionalis Arab telah dibentuk dari Iraq, Jordan, Syria, Lubnan dan dikepalai oleh Mesir. Dengan nama bangsa Arab mereka telah menyusun peperangan yang dinamakan Harb an Nukbah oleh Arab dan disebut Perang Kebebasan oleh Yahudi. Peperangan ini bermula 15 Mei 1948. Kekuatan dan kelebihan ketenteraan ketika itu didahului oleh Jordan namun malangnya, general mereka ketika itu beragama kristian.

Pada permulaan peperangan, roh Islam telah menyumbangkan kemenangan pusingan pertama, menyedari hakikat ini Britain dan Amerika telah mengusulkan gencatan senjata bermula dari 8 Julai 1948. Kepimpinan Arab menerima gencatan senjata ini dengan tergesa-gesa tanpa penelitian yang wajar. Peluang ini diambil sepenuhnya oleh Yahudi untuk meraih kelebihan dalam peperangan ini. Mahaim Baijin telah mengeluarkan kenyataan; “sehingga kini kami tidak tahu mengapa Arab menerima gencatan senjata sedangkan mereka sudah sangat hampir dengan matlamat mereka.” Setelah tamat tempoh gencatan senjata selama sebulan, peperangan tercetus kembali dan Yahudi berjaya mengusir tentera Arab ke sempadan masing- masing. Tidak lama setelah itu peperangan pusingan kedua dilancarkan pula oleh Israel dan mereka telah berjaya memporak-perandakan tentera Mesir dengan pengeboman satu-satunya pengkalan udara Mesir yang tidak terletak dibawah kuasa Inggeris pada ketika itu.

Setelah kejayaan serangan Israel terserlah dan mereka memerlukan masa untuk mengatur kembali serangan, mereka mengusulkan gencatan senjata. Anehnya Arab sekali lagi menerima gencatan senjata kali kedua ini.

Seterusnya mari kita kembali melihat kekalahan besar Arab pada 1967 (kekalahan ummah sebenarnya). Yahudi menamakannya Peperangan Hari-Hari Enam. Manakala Arab menggelarnya Harb an Naksah juga disebut Perang 5 Julai. Dalam peperangan ini Yahudi berjaya menceroboh beberapa negara dan menjajah beberapa sempadan negara. Matlamat Yahudi dalam peperangan ini adalah bagi menakhluki bandar al Quds dan menguasainya. Setelah mereka berjaya menakhluki al-Quds mereka telah meluaskan penjajahan bagi menjamin kedudukan mereka di sana. Peperangan ini telah menyebabkan Saina ditawan dan Mesir terperangkap dalam jerat perjanjian Camp David 1978.

Antara perjanjian rahsia Amerika dan Mesir :

1. Amerika menjanjikan bantuan tambahan bagi kewangan Mesir setiap kali
termeterai perjanjian damai dan perlaksanaannya berhasil.
2. Kerjasama antara pasukan perisikan Mesir dan CIA.
3. Amerika akan memodernkan ketenteraan Mesir dan menggantikan kelengkapan
senjatanya dari buatan Russia sekiranya Mesir enggan bergantung dengan
Russia lagi.
4. Pengurangan jumlah tentera Mesir dari 650 ribu kepada 250 ribu tentera.
5. Mesir akan menyediakan kemudahan ketenteraan di Saina untuk Amerika.
6. Membenarkan Amerika mnggunakan Syarmi Syeikh sebagai lokasi stratergik.

Bagaimanapun Syria menolak sebarang perdamaian dengan Israel. Ini jelas setelah mereka tidak menerima perjanjian damai Geneva sebelum Camp David.

Rentetan perjanjian Camp David telah mengakibatkan kesempitan pembebasan semula Palestin sehingga tercetus beberapa tragedi ngeri seperti pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Syatila (khemah pelarian di selatan Lubnan). Walaupun Ronald Reagan yang merupakan Presiden Amerika ketika itu menjanjikan keselamatan pelarian Palestin di Lubnan. Namun Tentera Israel telah mengepung Kem-kem Pelarian di Sabra dan Syatila pada petang 16 September 1982 dan membenarkan 350 tentera Kristian Lubnan lengkap bersenjata melanyak pelarian Palestin sehingga mengakibatkan kematian 3000 orang awam yang tidak berdosa.

Inilah kejadian yang mengerikan dan perlu umat Islam ketahui dan ingati bahawa bahana meninggalkan Islam dalam perjuangan menentang musuh-musuh Allah itu sangat besar. Atas dasar kajian sejarah inilah HAMAS tertubuh bagi mewujudkan penentangan menentang Israel atas nama Islam dan dasar-dasar yang telah digariskan oleh Syarak. Sebenarnya apa yang saya ringkaskan di sini adalah sebahagian kecil dari kegagalan Arab dalam menghadapi Israel dari sudut Politik dan ketenteraan. Banyak lagi jika kita melihat sejarah lebih 60 tahun penubuhan negara haram Israel. الخطاب -

Fitnah Pembunuhan Uthman bin ‘Affan r.a.



Oleh : Ahmad Sabiq bin Abd Rahman

Nabi s.a.w berasa sempit dadanya melihat keadaan masyarakat jahiliyyah yang penuh rencam perangai mereka yang jelas menunjukkan kebodohan pemikiran manusia dikala itu, baginda s.a.w bersendirian di Gua Hira’ memikirkan tentang keadaan masyarakatnya ketika itu yang dibina dengan semangat kesukuan dan kepuakan, merendah-rendahkan orang lain, judi, penzinaan, peperangan yang sangat mudah tercetus hasil semangat kepuakan yang menjahanamkan.

Hadirnya nabi s.a.w ditengah masyarakat setelah menerima wahyu mengubah segala-galanya,. Jika sebelumnya, bangsa Rom dan Parsi yang telah maju kehadapan ketika itu melihat bangsa Arab sebagai bangsa yang tiada nilai sedikit pun untuk dijajah, bangsa hina, bodoh pemikirannya, lintang-pukang sistem kehidupannya, sehinggakan bertawaf dalam keadaan bogel! Namun Allah s.w.t memuliakan mereka dengan Islam, bahasa mereka luas dipergunakan di seluruh pelusuk dunia, tamadun mereka memasuki buku-buku sejarah sehingga sekalian alam mengetahui tentang mereka, begitu Islam memuliakan manusia.

Kata Saidina Umar al-Khatab :

“ Dahulunya kita adalah bangsa yang hina, kemudian Allah s.w.t memuliakan kita dengan Islam, jika kita ingin mencari kemulian yang selainnya(Islam), maka Allah s.w.t pasti akan menghina kita. ” ( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala Sahihain )

Semangat ‘asabiyyah( kepuakan ) di hakis dan digantikan dengan semangat persaudaraan yang kukuh, semangat yang berpaksikan cinta Ilahi, bukan sogokan material keduniaan.
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :

“ Dan ingatlah akan nikmat Allah keatas kamu, ketika kamu (di zaman jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hatimu, maka kalian, dengan nikmat Allah menjadi orang yang bersaudara.. Ali ‘Imran :103

Firmannya lagi yang bermaksud : “ Dan Allah yang menyatukan hati mereka(orang yang beriman), walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allahlah yang menyatukan hati-hati mereka. Al-Anfal : 63



Setelah kewafatan nabi s.a.w, bermula lembaran persengketaan sesama muslim, sehinggalah ianya memuncak ketika Uthman al-‘Affan menjadi khalifah umat Islam, pelbagai fitnah dilemparkan oleh golongan syaitan manusia, fitnah munafiq yang dikepalai oleh Abdullah bin Saba’ demi memecah-belahkan kaum muslimin, perbalahan para sahabat diidamkan munafiq, gembira bukan kepalang mereka melihat kaum muslimin bersengketa, pembunuhan yang sangat terancang dilakukan keatas Saidina Uthman, disitulah titiknya tercetus peperangan Jamal antara tentera yang dikepalai Ali r.a berhadapan dengan tentera Aishah r.a, disusuli peperangan Siffin antara tentera Ali r.a dan Muawiyyah r.a, para sahabat yang terlibat dalam peperangan tersebut, semuanya merasakan mereka berada di kedudukan yang benar dan segalanya dilakukan demi membela darah si syahid Uthman al-Affan.

Ibn Umar menceritakan bahawa ketika nabi s.a.w sedang bercerita tentang fitnah, kemudian lalu dihadapan kami seorang lelaki, kemudian nabi s.a.w bersabda :

“Suatu hari kelak, akan dibunuh lelaki yang sentiasa merasa cukup ini secara zalim.” Ibn Umar berkata, “aku melihat lelaki yang lalu itu ialah Uthman bin Affan.” ( Riwayat Tirmidzi dan al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi.).

Kata-kata baginda s.a.w ini benar-benar berlaku keatas Uthman r.a, beliau dibunuh secara zalim, namun kekallah kemuliaannya disisi Allah sebagai seorang syahid.

Beraneka fitnah dilontarkan demi memburukkan Uthman r.a, dituduh melakukan bid’ah mengumpulkan dan membukukan al-Quran, membakar mushaf yang lain, memukul ‘Ammar sehingga pecah ususnya, dipukul Ibn Mas’ud sehingga patah rusuknya, membatalkan sunnah mengqasarkan solat ketika musafir, tidak menyertai peperangan Badar, tewas dan lari dari medan Uhud, tidak hadir ketika perjanjian Bai’ah al-Ridhwan, dan pelbagai lagi, sehinggalah surat palsu ciptaan munafiq keparat yang disandarkan kepada Ali, Talhah, dan al-Zubair yang kononnya mengarahkan mereka untuk mencetuskan pemberontakan keatas beliau bahkan dibunuh jika enggan melepaskan jawatan khalifah kaum muslimin.

Semua fitnah tersebut adalah batil! Tuduhan yang tiada asal-usul, menyeleweng daripada cerita sebenar,entah bagaimana dan dimana diperolehi cerita beliau memukul Ibn Mas’ud dan ‘Ammar, jika benar sekalipun, bagaimana ‘Ammar masih boleh terus hidup ketika ususnya telah pecah?, beliau membersihkan mushaf yang lain adalah demi menjadikan ketidakcelaruan umat mentelaah al-Quran,maka disatukan dan kita menggelarnya sebagai mushaf Uthmani, hal pengumpulan al-Quran telah pun dilakukan di zaman pemerintahan Abu Bakar lagi setelah melihat ramainya huffaz al-Quran syahid dalam peperangan, bagaimana usaha murni sebegini dianggap bid’ah dan batil? Tidak disetainya Badar kerana dibawah jagaannya, anak baginda s.a.w, Ruqayyah yang sedang sakit, nabi s.a.w menyebut bahawa beliau medapat pahala mereka yang syahid di Badar, kekalahan dan larinya dari medan Uhud telah Allah ampuni, bagaimana mungkin ditimbulkan semula oleh mereka? Bai’ahnya diwakilkan dengan tangan rasul s.a.w ketika peristiwa bai’ah al-Ridhwan,ketidakhadirannya kerana diperintah oleh baginda s.a.w untuk mengawasi kota mekah.
(riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhail al-Sahabat).

Setelah semua hujah fitnah mereka dipatahkan, hasilnya, satu surat palsu yang disandarkan kepada Ali bin Abu Thalib,
jatuhkan Uthman! Cetuskan pemberontakan! Perangai yang sungguh keji dan syaitan ditunjukkan oleh munafiq, padanlah Allah menjanjikan mereka dengan neraka yang paling bawah!

“Sesungguhnya orang munafiq itu ditempatkan di neraka yang paling bawah( paling dahsyat azabnya) maka kamu sekali-kali tidak akan mendapati penolong bagi mereka.”
( al-Nisa’ : 145)

Bagaimana seorang insan yang dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w boleh difitnah sedemikian teruk, telah disebut ketika hayat baginda s.a.w, bahawa beliau akan mati sebagai seorang syahid. Sabda Nabi s.a.w ketika baginda berada diatas bukit Uhud bersama dengan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, tiba-tiba Uhud bergegar, sabdanya,

“Tetaplah wahai Uhud!( berhenti dari bergoncang) sesungguhnya diatas engkau seorang nabi, seorang yang membenarkan dan dua orang syahid.”

Kata Ibn Hajar al-Asqolani ketika menceritakan tentang Uthman didalam kitabnya, al-Isobah:

“ Sesungguhnya telah datang riwayat yang mutawatir bahawa nabi s.a.w memberi khabar gembira kepada Uthman dengan syurga..”




Uthman r.a sangat bersabar dengan tuduhan keatas dirinya demi mengelak perpecahan kaum Muslimin walaupun dirinya menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan kesantunannya menyebabkan pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus dan menimbulkan kekacauan demi menjahanamkan Islam. Beliau sangat terkenal dengan sifat pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya, sabda nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah:

“ adakah patut aku tidak berasa malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?”( Sahih Muslim)

Para sahabat mempertahankan kebenaran Uthman sehingga saatnya ingin dibunuh, sehingga disaat itu juga beliau berusaha untuk mengelakkan percecahan dan pergaduhan sesama muslim, rela dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn Ali, Abu Hurairah untuk kembali ke rumah masing-masing, darahnya sanggup ditumpahkan demi menyelamatkan kesatuan ummah

Zaid bin Tsabit datang menemui Saidina Uthman : “ sesungguhnya mereka golongan Ansar berada di hadapan pintu rumahmu,” mereka berkata, jika engkau hendak ( kami mempertahankan engkau ),sesungguhnya kami adalah Ansarullah!” namun Uthman menolaknya, katanya, “ aku tidak berhajatkan semua itu, cukuplah.(tahanlah diri kalian daripada menghunuskan pedang peperangan).”(riwayat Ibn ‘Asakir)

Ketika harinya dibunuh, beliau seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada hari tersebut, bimbang terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedang beliau tidak pernah memakainya ketika jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi berbuka puasa bersama baginda s.a.w, Umar al-Khatab dan Abu Bakar al-Siddiq di dalam syurga. (riwayat Ahmad dalam Musnadnya).

Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah selama hampir sebulan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh ‘Uthman, pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

“Aku tidak akan menanggalkan pakaian( jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’( orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah ). ” demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.

Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf yang berada ditangannya,isterinya Na‘ilah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus tangannya ditetak pemberontak laknatullah. Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergembira dengan kejayaan perancangan mereka menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak..

Bergelap dunia Islam tanpa khalifah,akhirnya Ali bin Abu Thalib diangkat menjadi khalifah menggantikan Uthman, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan dalam keadaan yang sangat susah, ketika pemberontak bersenang-lenang ditengah masyarakat muslim. Fitnah tersebar Ummu al-mu’minin, Aishah, yang berada di Makkah menjadi gundah-gulana dengan hal yang menimpa dunia Islam, beliau merasakan perlu melakukan sesuatu demi menebus darah khalifah yang ditumpahkan secara zalim ,dikumpulkan kekuatan tentera, turut bersamanya dua orang sahabat yang turut dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w, al-Zubair ibn ‘Awwam, dan Talhah ibn ‘Ubaidillah, mereka mara menuju ke kota Basrah, bukan untuk menafikan pemerintahan Ali, tetapi dengan maksud yang satu, iaitu mencari kesepakatan dengan kepimpinan Ali untuk membela darah Uthman.

Kesepakatan akhirnya berjaya dicapai, mereka tidur dan berehat dengan keadaan yang sangat tenang pada malam setelah kesepakatan tercapai, pemberontak yang turut berada di dalam tentera Ali sudah merasa tidak senang dengan kesepakatan tersebut, ini kerana ia membawa maksud, tidak lama lagi, pedang-pedang kebenaran akan dihalakan ke tengkuk mereka pula,akhirnya kesepakatan itu dicemari lagi oleh keparat munafiq yang menyerang secara sembunyi tentera ‘Aishah dan juga tentera ‘Ali, sehingga ‘Aishah menyangka ‘Ali belot! Mereka menyerang kita di waktu malam! ‘Ali juga menyangka sedemikian keatas ‘Aishah! ( al-Bidayah wa al-Nihayah: Ibn Kathir)

Tercetuslah peperangan yang dinamai sebagai peperangan Jamal antara tentera Aishah dan tentera Ali, kedua-dua pihak berasa sedih dan sesak dada mereka dengan hal yang berlaku ini, kaum munafiqin bergembira bertepuk tangan, Talhah gugur syahid dalam peperangan ini, Ali menangisinya,di sapu wajah Talhah yang dipenuhi tanah.. “Alangkah bagusnya jika aku mati dua puluh tahun dahulu sebelum berlakunya hal ini” kata Ali.. ( al-Awasim min al-Qawasim, tahqiq Muhibbudin al-Khatib)
di merata tempat.


Kesan fitnah pembunuhan ‘Uthman ini berentetan sehingga tercetusnya pula peperangan Siffin antara tentera Ali dan Mu’awiyyah, yang merupakan gabenor Syam yang sangat berwibawa, beliau dilantik ketika pemerintahan Uthman.

‘Ali menuntut bai’ah-janji setia-ke atas pemerintahannya dari Mu’awiyyah, namun beliau enggan memberikan bai’ah sehingga darah ‘Uthman dibela, bunuh dahulu pembunuh Uthman! Atau serahkan sahaja tengkok pemberontak itu kepada kami! Bukan Ali tidak berusaha mencari dan menegakkan hukuman keatas pembunuhan Uthman, tetapi kerana bukti yang sangat kurang kerana penjahat sebenar sangat pandai berselindung bertopengkan muslim,kemungkinan yang berlaku apabila bunuh seorang pencetus kekacauan, tiada lagi jalan untuk menutup fitnah, ditakuti tersalah menjatuhkan hukuman, maka kekacauan yang lebih besar didalam dunia Islam akan berlaku dan tidak mampu lagi dibendung, hal ini hampir sahaja berjaya dilakukan, namun, akibat tercetusnya peperangan Jamal yang dicetuskan oleh pemberontak yang bersembunyi di dalam tentera Ali, menyebabkan kesukaran untuk dihadapkan penjahat sebenar ke muka pengadilan.

Hasilnya tercetuslah peperangan antara dua pasukan tentera yang dikepalai oleh mereka berdua, masing-masing merasakan mereka berada dikedudukan yang benar demi menuntut bela keatas darah Uthman. Kedua-dua mereka berusaha untuk mengelakkan tercetusnya peperangan, mereka berdua adalah dari kalangan sahabat baginda s.a.w. Namun alangkah sedihnya hari ini kedengaran suara sumbang mereka yang cuba mencemari sejarah Islam, mentohmah para sahabat, mencaci Mu’awiyah yang enggan berbai’ah kepada Ali, sehinggakan berperang dengan kepimpinan Ali, sedang nabi s.a.w melarang daripada mencaci para sahabatnya! Sabdanya,
“ Jangan kamu mencaci para sahabatku! Demi jiwaku yang berada di tangan Allah, walaupun kamu membelanjakan harta di jalan Allah emas sebesar bukit uhud sekalipun, nescaya tidak sama dengan seorang pun daripada mereka atau separuh sekalipun”

Hari ini banyak kedengaran suara sumbang golongan yang merendah-rendahkan sekalian sahabat yang diredhai oleh Allah. Sedang perbalahan mereka para sahabat adalah atas dasar ijtihad, mereka tetap digelari sebagai mukmin. Firman Allah :

“jika ada dua kelompok dari kaum mukminin bertelagah, maka damaikanlah keduanya dengan adil dan saksama, sesungguhnya Allah sangat suka orang yang adil” al-Hujurat :9

Para ulama’ ada yang menyatakan kedua-dua mereka berada dikedudukan yang betul, ada yang menyatakan Ali berada dikedudukan yang betul dan Mu’awiyyah tersalah ijtihad didalam hal ini, sebahagian ulama’ pula menyebut bahawa mereka yang tidak terbabit langsung didalam peperangan ini adalah yang paling betul.( Minhaj Sunnah : Ibn Taimiyyah )

Walaubagaimanapun, kekallah kemuliaan para sahabat disisi Allah, mereka bertelagah, namun dihati mereka sesak dengan hal yang ditelagahkan, jiwa mereka saling mencintai. Pelbagai tohmahan kedengaran sehingga hari ini, perdamaian yang dicapai antara Ali dan mu’awiyyah dalam peristiwa tahkim dingkari, timbul pula satu puak yang tidak berpuas hati dengan perdamaian tersebut, berpecah mereka yang tidak berpuas hati itu menubuhkan satu puak baru yang digelari sebagai khawarij, habis sekalian sahabat dikafirkan

Sabda nabi s.a.w : “ orang yang dibunuh dan membunuh, kedua-duanya didalam neraka,” sahabat bertanya, “orang yang membunuh didalam neraka, bagaimana orang yang dibunuh juga dimasukkan ke nereka?” sabda nabi, “ sesungguhnya dia juga berusaha untuk membunuh saudaranya”( sahih bukhari)

Mereka menganggap kedua-dua puak mukmin yang bertelagah dimasukkan kedalam neraka, sesungguhnya ini adalah kefahaman yang batil! Menta’wil nas secara batil,Bagaimana Ali dan Aishah boleh dikatakan akan dihumban ke neraka kerana berperang di peperangan Jamal? Bagaimana Ali dan Mu’awiyyah ingin dikatakan akan dicampak kedalam neraka kerana bersengketa di peperangan Siffin? Sedang mereka telah dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w? kerana itu para ulama menyatakan dosa perbalahan mereka dibebankan keatas bahu pencetus huru-hara. Kepalanya Abdullah bin Saba’! ketahuilah wahai saudaraku, mereka para sahabat saling mencintai antara satu sama lain, tidak pernah terdetik sekalipun di hati mereka untuk bersengketa, lebih lagi berbunuhan! Mereka tidak termasuk didalam hadith yang dinyatakan diatas tadi!

Demikian kucar-kacir dunia Islam ketika itu, semuanya bermula dari pembunuhan Uthman, beliau tidak bersalah, beliau dizalimi, porak-peranda kaum muslimin. Semoga ini menjadi iktibar kepada kita, sentiasalah kita mencintai dan menyayangi sekalian sahabat, berimanlah kita dengan firman Allah :

“ wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita perkhabaran dari orang fasik, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa kamu mengetahui keadaannya yang sebenar, menyebabkan kamu menyesal dengan perbuatan itu”( al-Hujurat :6 )
الخطاب -

Berkahwin untuk bercerai ?



Oleh: Pemuda LB


Dalam membina sesebuah keluarga kita seharusnya memilih teman hidup yang sesuai dan memahami antara satu sama lain. Bukan pada rupa paras yang cantik, memiliki kemewahan dan juga pangkat. Bahkan sebuah keluarga itu merupakan tanggungjawab bagi sepasang suami isteri dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. Kebanyakan kita sering tertipu dengan hawa nafsu sendiri kerana terlalu memilih. Tidak melihat pada hati seseorang itu tetapi cenderung kepada kecantikannya. Inilah punca-punca penceraian rumahtangga yang sering melanda di  negara kita.
     Apakah yang dimaksudkan dengan penceraian? Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak. Sekarang kita lihat apa yang dimaksudkan dengan talak.  Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mencari kebahagiaan berumahtangga. Dalam firman Allah: “Cerai (talak) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju’ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik”. (surah al-baqarah : 2)
     Sememangnya kita apabila ingin mencari teman hidup carilah teman yang betul-betul sesuai dengan kita. Janganlah kita menyesal dikemudian hari dan membawa padah pada diri sendiri. Dalam hadis pun telah menyebut: “Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah”. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a). Jadi sebaiknya buatlah pilihan yang tepat. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda: elakkan dari berkawan dengannya, lakukan risikan secara rahsia, duduk bersama ibubapa, pandai mengurus rumahtangga, hormat kepada orang tua, pandai menjaga kehormatan, tidak bebas dengan lelaki, didikan agamanya cukup, berpegang teguh pada suruhan agama dan bertanggungjawab.
     Mencari teman hidup bukanlah mudah sebagaimana yang kita tahu. Kerana teman hidup adalah merupakan suatu kepastian untuk melahirkan keluarga yang harmoni. Ini telah berlaku di dalam negara, berikutan sepasang suami isteri hanya bertahan selama 12 hari sahaja. Katanya tidak persefahaman antara satu sama lain. Manakala perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor tahun 1998 pula mendapati kadar penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun. Selain itu banyak lagi kes-kes yang berlaku tentang penceraian yang melanda di negara kita.
     Kes-kes sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam sesebuah keluarga. Sebaliknya kita perlu mencari penyelesaian terlebih dahulu. Menurut kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab utama penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta. Kesan penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak. Davidson dan Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku penceraian di sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan penglibatan wanita dalam tenaga kerja. Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi kesan yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga masih tinggal bersama walaupun tidak bahagia.     Kesan penceraian juga melibatkan anak-anak kerana apabila ibubapa sudah berpisah berlakulah perebutan hak untuk menjaga anak-anak mereka. Disitulah timbulnya konflik bahawa anak-anak menjadi mangsa keadaan. Membuatkan mereka terabai dan hilang kasih sayang dari keluarga. Selain itu sesetengah mereka sistem persekolahan anak-anak terbantut akibat wang yang tidak mencukupi. Menyebabkan mereka tidak dapat menyambung pelajaran selepas itu. Malah mengakibatkan anak-anak terpaksa membantu ibu atau bapa yang sudah bercerai untuk mencari nafkah.
     Mengapa perkara sebegini sering berlaku dikalangan kita?. Kerana hubungan kekeluargaan tidak wujud dalam diri mereka sendiri. Hanya terlalu memikirkan kepada kerja seharian yang harus dipikul oleh mereka tanpa memikirkan tentang anak-anak, rangsangan yang positif untuk mereka serta belaian kasih sayang. Membiarkan mereka bersendirian tanpa perhatian dan kasih sayang. Akhirnya anak-anak memilih keputusan sendiri dengan mencari persepsi baru untuk bersuka ria bersama-sama rakan-rakan bagi menghilangkan rasa bosan lalu menjuruskan mereka kepada jenayah dan dosa seperti mencuri, melakukan keks-kes juvana dan sebagainya.
     Bagi mengelakkan ia terjadi ada cara-cara untuk mengatasi berlakunya konflik kekeluargaan. Antara strategi yang berkesan untuk mengatasi konflik keluarga ialah :
mendengar, memujuk, melibatkan orang tengah, mengutamakan yang utama, khidmat nasihat yang professional, menyenarai setiap ruang yang boleh bagi mendapatkan bantuan, kaedah penyelesaian secara bekerjasama. Inilah antara strategi bagi mengelakkan dari berlakunya konflik tersebut.   
     Secara kesimpulannya, kita seharusnya membuat pilihan yang terbaik untuk membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni. Janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan agar kita tidak menyesal dikemudian hari dan jangan mudah terpesona dengan kecantikan seseorang itu sebelum mengenalinya dengan baik. الخطاب -