Sunday, March 15, 2009

wadah kita,kita punya.

wadah ini milik kita,
wadah ini bicara kita,
wadah ini medan kita,
wadah ini senjata kita.
teratak elektronik seluas dunia,
menciptanya bukan tiada berguna,
ramai menanti bicara kita,
mencari kebenaran membuka mata.
kita melakar kerana Allah,
kita menulis menyampai fikrah,
kerja mencoret kerja berkah,
kerja menyampai kerja pendakwah.
mari mencipta mari mereka,
mari berkongsi menyumbang idea,
medan sudah di depan mata,
gerakkan tangan menaip kata.

No comments:

Post a Comment