
Disunting dari: Akhbar Akhir Lahzah, Keluaran 979, Isnin 27/4/2009.
Diterjemah oleh : Nur Khalida Osman.
Bagi mereka yang membaca dan mengikuti analisis penilaian akhbar yang lepas, dan meneliti secara menyeluruh mukasurat akhbar ini pasti akan menjumpai satu perbahasan tentang perubahan politik Amerika ke atas Sudan. Bertepatan dengan itu, Amerika akan mengadakan satu lawatan dengan perutusan Presiden Amerika, Barack Obama. Dalam lawatan calon Senator yang lepas ke atas kepimpinan Amerika, John Kerry yang merupakan ketua kementerian hubungan luar di Dewan Negara Amerika, beliau menegaskan kepada mereka bahawa semua asakan yang kuat untuk merubah diplomasi ini hanyalah berlegar dari bahagian jabatan Amerika yang baru untuk lebih meningkatkan dan memperbaiki hubungan Amerika dengan kerajaan Sudan. Sepertimana diketahui, hubungan Amerika dan Sudan sekarang berada dalam keadaan yang tegang dan penuh kerumitan.Permasalahan diplomasi yang akan dirungkaikan Obama dan John kerry ketika lawatan mereka ke Sudan nanti adalah untuk menjelaskan keinginan Amerika secara bersungguh-sungguh untuk membuka semua fail-fail khas bagi memperbaiki kembali hubungan baik Amerika dan Sudan selepas apa yang berlaku dalam mengadili fail permasalahan di Darfur dan kini mereka sedang berusaha memperbaiki semua ruang kerjasama dan mendesak pergerakan keamanan di Darfur dari semua wilayah untuk menyertai perundingan besar supaya keinginan meraka sampai kepada titik yang dipersepakati dalam keadaan toleransi dan menghentikan semua permusuhan dan memaknakan keinsanan untuk masyarakat Darfur serta mengembalikan keamanan untuk semua kawasan mereka yang terdahulu. Manakala penyertaan Amerika dalam menetapkan had fail ini bermula dengan meletakkan objektif mereka bagi melindungi pinggiran penting dalam Kongres Amerika dengan menghapuskan posisi masyarakat di negeri Darfur.
Dari sini bermula perundingan dan perbincangan Amerika dengan Sudan:
1. Mengeluarkan nama Sudan dari senarai negara-negara yang bersengkokol dengan pengganas.
2. Mengeluarkan keputusan untuk memansuhkan semua hukuman ekonomi, politik dan diplomasi yang telah dikenakan Amerika untuk menentang Sudan.
3. Mengamalkan dan mempraktikkan keperibadian yang baik dengan Sudan dalam urusan kerjasama ekonomi dan kebudayaan.Hakikatnya Sudan sedang membentuk perancangan ekonomi yang besar dan ke depan untuk strategi Amerika di Benua Afrika di masa hadapan.
Amat penting bagi Amerika untuk memulihkan hubungan baiknya dengan Sudan. Amerika juga perlu berjaga-jaga dan tidak merempuh hak kewujudan China di Sudan. Kerajaan Sudan sesekali tidak akan meletakkan tentera-tenteranya untuk berbincang dengan Kerajaan Amerika tentang kewujudan China di Sudan dalam perbincangan meja bulat mereka.Ini kerana hubungan Sudan dan China telah bermula dan berkembang lebih dari 50 tahun dalam aspek politik, ekonomi dan diplomasi. Sudan dan China juga telah mengikat hubungan persahabatan yang istimewa diantara mereka.Telah mencukupi bagi Sudan untuk semua pertolongan dan pemberian China kepada negaranya. Semua ini memberi kesan yang kukuh dan jelas untuk membolehkan kerajaan Sudan bertindak membentuk setiap propaganda politik dan ekonomi yang dihadapinya dari Negara Amerika sebelum ini
dan sebahagian negara-negara Eropah yang lain.Dengan itu tanpa kepatuhan Kerajaan Sudan untuk tentera-tentera mereka melawan Sudan bagi mengucar-kacirkan dan memecah –belahkan Negara Sudan kepada negeri-negeri yang bersengketa dan berbalah.
Sesungguhnya satu perkara asas untuk mengembalikan hubungan baik Amerika dan Kerajaan Sudan adalah dengan mengisi politik persengketaan ke atas sumber petroleum di Benua Amerika..dan mendefinisikan di negeri Darfur dan China. Perkara ini tidak menjadi satu bentuk desakan ke atas Kerajaan Sudan. Ini kerana syarikat-syarikat Amerika seperti “Exxon Mobil”,“Shell”dan“chevron” beroperasi maju dalam pengeluaran petrol dari tempat ke satu tempat yang lain bersama Syarikat Kebangsaan China(CNOOC) di Nigeria dengan jaminan 45% dari petroleum di kawasan tepian pantai Nigeria, bersamaan 2,7 bilion dolar Amerika…Walaupun Nigeria dijanjikan sebagai salah satu negara yang mempunyai hasil petroleum Amerika yang amat menguntungkan dari syarikat-syarikat yang dinyatakan di atas.
Ulasan ...
Telah banyak cara yang digunakan Amerika untuk menguasai Negara Sudan yang sememangnya kaya dengan hasil petroleumnya yang juga merupakan pendapatan utama negaranya. Sekarang Amerika kembali mengatur satu lagi strategi baru untuk melancaran perdamaian Negara Amerika dengan Sudan.Namun Sudan bukanlah satu Negara yang lemah dan senang diperkotak-katikkan Amerika..Sudan juga punya perancangannya yang tersendiri dalam menjaga hak asasi negaranya.
Kewujudan China yang mencecah hampir 10 ribu orang di Sudan pada ketika ini juga merupakan salah satu sebab utama kegagalan Amerika menjajah tanah Sudan.
Kekuatan seperti inilah yang perlu kita contohi dan teladani dalam mempertahankan diri,keluarga,masyarakat,agama dan negara kita dari sewenang-wenangnya diperbodohkan oleh kuasa jahat yang lain.
Waallahualam… الخطاب -
No comments:
Post a Comment