Saturday, May 9, 2009

Berkahwin untuk bercerai ?



Oleh: Pemuda LB


Dalam membina sesebuah keluarga kita seharusnya memilih teman hidup yang sesuai dan memahami antara satu sama lain. Bukan pada rupa paras yang cantik, memiliki kemewahan dan juga pangkat. Bahkan sebuah keluarga itu merupakan tanggungjawab bagi sepasang suami isteri dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. Kebanyakan kita sering tertipu dengan hawa nafsu sendiri kerana terlalu memilih. Tidak melihat pada hati seseorang itu tetapi cenderung kepada kecantikannya. Inilah punca-punca penceraian rumahtangga yang sering melanda di  negara kita.
     Apakah yang dimaksudkan dengan penceraian? Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak. Sekarang kita lihat apa yang dimaksudkan dengan talak.  Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mencari kebahagiaan berumahtangga. Dalam firman Allah: “Cerai (talak) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju’ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik”. (surah al-baqarah : 2)
     Sememangnya kita apabila ingin mencari teman hidup carilah teman yang betul-betul sesuai dengan kita. Janganlah kita menyesal dikemudian hari dan membawa padah pada diri sendiri. Dalam hadis pun telah menyebut: “Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah”. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a). Jadi sebaiknya buatlah pilihan yang tepat. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda: elakkan dari berkawan dengannya, lakukan risikan secara rahsia, duduk bersama ibubapa, pandai mengurus rumahtangga, hormat kepada orang tua, pandai menjaga kehormatan, tidak bebas dengan lelaki, didikan agamanya cukup, berpegang teguh pada suruhan agama dan bertanggungjawab.
     Mencari teman hidup bukanlah mudah sebagaimana yang kita tahu. Kerana teman hidup adalah merupakan suatu kepastian untuk melahirkan keluarga yang harmoni. Ini telah berlaku di dalam negara, berikutan sepasang suami isteri hanya bertahan selama 12 hari sahaja. Katanya tidak persefahaman antara satu sama lain. Manakala perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor tahun 1998 pula mendapati kadar penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun. Selain itu banyak lagi kes-kes yang berlaku tentang penceraian yang melanda di negara kita.
     Kes-kes sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam sesebuah keluarga. Sebaliknya kita perlu mencari penyelesaian terlebih dahulu. Menurut kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab utama penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta. Kesan penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak. Davidson dan Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku penceraian di sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan penglibatan wanita dalam tenaga kerja. Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi kesan yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga masih tinggal bersama walaupun tidak bahagia.     Kesan penceraian juga melibatkan anak-anak kerana apabila ibubapa sudah berpisah berlakulah perebutan hak untuk menjaga anak-anak mereka. Disitulah timbulnya konflik bahawa anak-anak menjadi mangsa keadaan. Membuatkan mereka terabai dan hilang kasih sayang dari keluarga. Selain itu sesetengah mereka sistem persekolahan anak-anak terbantut akibat wang yang tidak mencukupi. Menyebabkan mereka tidak dapat menyambung pelajaran selepas itu. Malah mengakibatkan anak-anak terpaksa membantu ibu atau bapa yang sudah bercerai untuk mencari nafkah.
     Mengapa perkara sebegini sering berlaku dikalangan kita?. Kerana hubungan kekeluargaan tidak wujud dalam diri mereka sendiri. Hanya terlalu memikirkan kepada kerja seharian yang harus dipikul oleh mereka tanpa memikirkan tentang anak-anak, rangsangan yang positif untuk mereka serta belaian kasih sayang. Membiarkan mereka bersendirian tanpa perhatian dan kasih sayang. Akhirnya anak-anak memilih keputusan sendiri dengan mencari persepsi baru untuk bersuka ria bersama-sama rakan-rakan bagi menghilangkan rasa bosan lalu menjuruskan mereka kepada jenayah dan dosa seperti mencuri, melakukan keks-kes juvana dan sebagainya.
     Bagi mengelakkan ia terjadi ada cara-cara untuk mengatasi berlakunya konflik kekeluargaan. Antara strategi yang berkesan untuk mengatasi konflik keluarga ialah :
mendengar, memujuk, melibatkan orang tengah, mengutamakan yang utama, khidmat nasihat yang professional, menyenarai setiap ruang yang boleh bagi mendapatkan bantuan, kaedah penyelesaian secara bekerjasama. Inilah antara strategi bagi mengelakkan dari berlakunya konflik tersebut.   
     Secara kesimpulannya, kita seharusnya membuat pilihan yang terbaik untuk membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni. Janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan agar kita tidak menyesal dikemudian hari dan jangan mudah terpesona dengan kecantikan seseorang itu sebelum mengenalinya dengan baik. الخطاب -

2 comments:

  1. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak. BOLEH HURAI KAN TAK SEMUA NIH...BARU BEST NAK BACA...

    ReplyDelete
  2. saya nak mintak pandangan, kalau kita dah takda hati dgn pasangan kita, bukan sebab kita ada org ketiga, tapi sebab pasangan kita tak dapat nak memahami kita,cara kita, x dapat nak mendengar keluhan hati kita, sedangkan kita kawin bagi wanita untuk mencari sahabat dan teman, dah untuk diri rasa disayangi dan diambil perhatian, tapi kita x dapat semua itu, apa guna satu perkhawinan.......< sampaikan saat bersama bagaikan satu paksaan bagi diri....tolong...

    ReplyDelete