Wednesday, July 8, 2009

US calls on Sudan President to stand before ICC

Oleh : Aras



1 Julai 2009 (WASHINGTON) —
"Presiden Sudan Omar Hassan Al-Bashir mesti menerima hukuman yang telah ditetapkan untuknya oleh ICC." kata pegawai rasmi US hari ini.


ICC telah mengeluarkan waran tangkap untuk Bashir pada bulan Mac yang lepas di atas 7 kesalahan jenayah perang dan jenayah kemanusian berhubung dengan tuduhan jenayah yang dilakukan di Barat Sudan, Darfur.


Penolong Setiausaha US untuk hal ehwal Afrika, Johnnie Carson berkata di dalam wawancaranya bersama "All Africa website" bahawa Perintah Obama untuk berhubung dengan kerajaan [Sudan] secara meluas adalah untuk memperolehi objektif penting.

Carson juga berkata bahawa US menggunakan "Kuasa Diplomatik" untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Sudan dengan keluarnya waran tangkap untuk Presiden mereka, Omar Bashir.

"Tidak ada sanggahan bahawa kami akan bekerjasama dengan kerajaan Sudan. Ini adalah sebahagian daripada masalah dan sebahagian daripada penyelesaian," tambah pengawai rasmi US.


Walaubagaimanapun, Carson mengingatkan bahawa Bashir patut menghadapi segala tuduhan yang telah dikenakan ke atasnya.


"Biarpun di atas semua ini, waran tangkap telah dikeluarkan untuk Bashir oleh ICC di atas jenayah perang di Darfur maka beliau perlu menghadapi tuduhan tersebut." katanya lagi.


Washington bertindak dengan berhati-hati dengan isu waran tangkap ini dan Senator John kerry telah memberitahu wartawan di Khartoum pada april yang lepas bahawa ianya adalah "Perkara yang sulit".

No comments:

Post a Comment