Saturday, February 13, 2010

Sejarah Ringkas PMMS

Oleh : Yaakob Ismail



Bermula pada November 1992, Persatuan Pelajar Malaysia di Sudan (PPMS) telah ditubuhkan dengan bilangan ahlinya hanya seramai 7 orang. Namun setelah lebih kurang 5 tahun PPMS bergerak di bumi sudan, ianya ditukar nama kepada Persatuan Mahasiswa Malaysia di Sudan (PMMS) pada hari selasa 23 Disember 1997 / 22 Sya’ban 1418 H.

Setelah itu Persatuan dengan nama barunya PMMS bergerak cemerlang dengan MOTO “MEMBENTUK INTELEKTUAL ISLAM” dan dibimbing oleh penaung iaitu Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Sudan. Ahli PMMS pernah menjangkau hampir 100 orang, namun masa silih berganti dengan beberapa faktor menyebabkan ahli PMMS di bumi Sudan ini pasang surut.

Dengan membawa MOTO inilah PMMS berjaya memimpin ahli-ahlinya belajar berdikari dan berpersatuan. Ini sangat bertepatan dengan tuntutan agama yang mahu umatnya hidup dalam jamaah. Melalui Persatuan lah kita belajar menjadi pemimpin. bahkan banyak perkara positif yang membuka minda kita di dalam Persatuan.

PMMS adalah sebagai sebuah organisasi yang berperanan besar untuk mengemudi segala aktiviti mahasiswa di Sudan, menjaga kebajikan setiap ahli, melahirkan mahasiswa islam yang berintelektual yang mampu berhadapan dengan masyarakat. Oleh sebab itu, misi dan visi PMMS menjadi tunggak utama dalam pengurusan, perancangan dan aktivitinya.

“BERLANDAS SYARIAH ISLAM” adalah Dasar PMMS. Oleh itu di samping menjaga kebajikan ahli, ia juga sangat berperanan untuk membentuk setiap ahli agar sentiasa berada di landasan Islam. PMMS tidak sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk program yang tidak bersesuaian dengan syara’. Supaya PMMS tidak dipandang rendah dan dipermainkan dengan begitu mudah.

Dari segi komunikasi, PMMS telah banyak terlibat dengan program-program bersama Persatuan Pelajar yang lain, menjalin hubungan dengan gerakan-gerakan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan, dalam bidang akademik, sosial, kebudayaan dan bidang-bidang yang difikirkan perlu. secara tidak langsung PMMS dapat melatih ahlinya dalam menguruskan sesuatu kerja.


RUMAH PERSATUAN

Rumah Persatuan adalah tempat dilaksanakan segala program yang dianjurkan oleh PMMS, menyambut tetamu dan sebagainya. PMMS pernah beberapa kali tidak mempunyai rumah Persatuan disebabkan ekonomi yang tidak menentu. Walaupun begitu, program-program tahunan PMMS tetap dapat dilaksankan dengan baik tanpa rumah Persatuan. Alhamdulillah, rumah persatuan yang ada sekarang (08-09) adalah rumah Persatuan yang paling selesa sejak beberapa tahun lalu. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk menjaga rumah persatuan dari segi kebersihan, keselamatan barang Persatuan yang ada di dalamnya agar ia tetap kekal seperti namanya “Rumah Persatuan”, bukannya “rumah tumpangan”.

Maka tanggungjawab ini selalu disalah tafsir oleh sesetangan orang yang hanya meletakkannya di bahu pimpinan (MT). Kelebihan mempunyai rumah persatuan yang diberikan oleh Allah ini selalu diabaikan tanggungjawab masing-masing dalam menjaganya. Akhirnya PMMS tidak mustahil sekali lagi akan mengalami kesusahan tanpa rumah persatuan disebabkan kita yang tidak bersyukur dan bertanggungjawab.


HUBUNGAN SESAMA AHLI

Sudah semestinya PMMS sangat menitikberatkan soal ukhwah sesama ahli. Seperti sedia maklum, PMMS sejak ditubuhkan tidak mempunyai ahli yang begitu ramai yang mencecah ribuan orang seperti di bumi Mesir atau lain-lain Negara. Tetapi dengan ahli yang sedikit ini dapat dipertahankan persaudaraan dan kerjasama yang baik. Dengan bilangan yang dedikit ini juga semua ahli bersatu tenaga dalam melakukan segala kerja. Semangat tolong menolong sering ditunjukkan apabila ada ahli yang kesusahan dan memerlukan bantuan. Dengan kata lain ahli PMMS tidak mungkin berpecah dengan bilangan yang sedikit bahkan semakin bertambah semangat persaudaraan dalam islam.

Dalam pada itu PMMS juga tidak terlepas dari menjalinkan hubungan sesama rakyat Malaysia di Sudan. Mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Petronas Sudan dan syarikat-syarikat lain, dan aktiviti-aktiviti sosial yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat Malaysia di sini.

Kini ahli PMMS bagaikan sekampung. Sifat ceria, sabar dan tidak berdendam sering ditunjukkan sesama ahli. Inilah peribadi muslim yang sangat kita harapkan dari ahli PMMS yang bakal menjadi contoh teladan yang akan diikuti oleh masyarakat kelak.

Mudah-mudahan sejarah ringkas PMMS ini menjadi maklumat penting untuk kita memahami konsep sebenar melibatkan diri dalam persatuan atau gerakan islam.

1 comment:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete