Saturday, February 13, 2010

Wanita dan Masyarakat

Oleh : Nur Khalida Osman

Sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini adalah makhluk yang bergelar manusia. Kejadian
manusia sungguh unik bahkan amat cantik sekali.Manusia dikurniakan Allah akal yang
membolehkan mereka berfikir untuk menguruskan kehidupan dalam menggapai
keredhaan Ilahi. Maha Pengasih lagi Maha Penyayangnya Allah kepada hambaNya.

Namun, perlu kita ingat bahawa penciptaan kita di atas muka bumi ini bukanlah hanya
untuk bersuka ria, tetapi setiap daripada kita ditaklifkan dengan masuliyah yang berbeza-
beza mengikut kadar keupayaaan kita di atas matlamat yang satu, mengajak manusia
mengenal Penciptanya dan seterusnya beriman dengan penuh keyakinan pada deen yang
dibawa oleh Rasul s.a.w.

Mafhum dari firman Allah :
Allah tidak menduga hambaNya di luar kadar kemampuan mereka.

Pada kali ini, ingin saya kongsikan bersama rakan pembaca tentang peranan wanita di
dalam memperbaiki masyarakat, yang mana ianya bermula dari sebuah keluarga sehingga
berkembang menjadi sebuah masyarakat yang besar sehingga terbentuk sebuah daulah.

Peranan wanita di dalam masyarakat teramatlah besar kerana jika rosaknya wanita maka rosaklah generasi akan datang dan seterusnya rosaklah ummah. Oleh itu asas untuk menjaga ummah di masa akan datang ialah dengan memperbaiki keluarga dan asas memperbaiki keluarga ialah dengan memperbaiki wanita. Hakikat ini perlu diketahui dan disedari oleh semua yang bergelar wanita muslimah kerana kesannya terlalu besar untuk
generasi islam akan datang.

Ada hadith yang menyebut : Jika kita ingin melihat masyarakat sekarang lihatlah pada pemudanya, dan jika kita ingin melihat realiti dunia akan datang lihatlah pada pemudi di zaman sekarang.

Allah menciptakan wanita dan menghiaskan mereka dengan sifat pemalu,lemah lembut, penyantun dan halus perasaan, sesuai dengan watak mereka sebagai seorang ibu, pendidik dan isteri yang mana nantinya suami akan merasa tenang dan bahagia di samping mereka. Ketenangan dan kebahagiaan ini akan membawa kepada kebahagian individu dan seterusnya kepada kebahagiaan masyarakat dan ummah Islamiyyah itu sendiri.

Kedudukkan wanita di dalam islam diangkat tinggi oleh Allah, sekiranya dia sebagai ibu maka syurga di bawah kedua tapak kakinya, sekiranya ia masih kecil maka penjaga dan pendidiknya terpelihara daripada api neraka dan sekiranya ia sebagai isteri maka suami akan mendapat kemuliaan dan kebaikan kerana menjaga dan menyintai.




Anas r..a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Wanita adalah ibu dan guru pertama generasi akan datang, baik didikan maka baiklah
generasi Islam dan kerana itulah mereka dianggap sebagai Asatizah Al Alam. Tangan kanan yang menghayun buaian, tangan kiri dapat menggegarkan alam ini.

Inilah kehebatan seorang wanita muslimah yang menjadi induvidu ummah islamiyah sehinngga dirakamkan Rasulullah di dalam hadith di atas. Lalu janganlah kita lalai dan asyik dengan tipuan dunia, bangun dan sedarlah wahai para wanita sesungguhnya kalian amat dibutuhi dunia dalam menjadi pendidik ummah untuk masa depan islam gemilang.


Muhammad al Jauhari dan Muhammad Abdul Hakim telah menggambarkan ‘ Kiranya dunia dan isi kandungannya diletakkan di sebelah dan wanita yang solehah berdiri di sebelah yang lain untuk dibuat pilihan, nescaya semua lelaki memilih wanita ini kerana ditangannya kunci kebahagiaan dan khazanah hidup.

Wanita yang disifatkan seperti ini telah wujud pada zaman kegemilangan islam dahulu.
Sirah telah menceritakan kepada kita tentang ketabahan, kecekalan dan kekuatan yang ada pada para sahabiah dalam perjuangan mereka menjulang deen islam tercinta. Celikkanlah mata kita dan lihatlah contoh-contoh agung para wanita yang tinggi keimanan mereka kepada Allah, seperti Saidatina Khadijah yang mana beliau begitu cekal dalam mengharungi perjuangan bersama Rasulullah s.a.w di awal penyebaran islam. Lantas bagaimana pula keimanan Sumaiyah r.a sehingga beliau menjadi manusia pertama yang shahid. Jika ingin melihat kepada wanita-wanita cendiakawan islam lihatlah pada ketokohan Aishah r.a dan Fatimah puteri Nabi. Merekalah yang perlu menjadi model kehidupan kita dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Mereka ini adalah para prajurit yang berjuang di waktu zaman dagang pertama yang dikenali sebagai Ghuraba’ al-Ula. Kini kita berada di zaman Ghuraba’ ath-Thaniah. Yang mana dibahu kita terpikul kerja-kerja dakwah yang perlu kita laksanakan dalam melahirkan generasi pewaris yang gitu dan teguh keimanannya kepada Rabb yang menciptakan.

Berikutan ini ada haidth yang bermaksud :
Islam ini bermula di dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang, maka bertuah (beruntunglah) orang-orang yang mendukung Islam ketika ia berada di dalam keadaan dagang

Bersambung….

No comments:

Post a Comment