Saturday, February 13, 2010

Selepas setahun peperangan Ghaza

Oleh : Siddiq Osman




Sudah lebih setahun peperangan terhadap Ghaza berlalu, sudah tiga tahun Bandar itu dikepung dan dikenakan sekatan. Kini ancaman bentuk baru dikenakan FATAH melakukan berpuluh penangkapan ke atas ahli HAMAS. Sedangkan FATAH gagal melakukan apapun usaha bagi menyekat kemaraan dan kegiatan Israel di bandar al Quds yang berada di bawah kawalannya.

HAMAS yang berusia 22 tahun kini sedang menghadapi musuh dalam selimut dan luar selimut. Baik dari kalangan munafik Palestin atau Arab lain sehinggalah Kafir Yahudi. Walaupun serata Umat Islam mendukung penduduk Ghaza dari dianiaya bahkan masyarakat bukan Islam Eropah juga turut bersimpati tetapi bantuan masih disekat oleh Mesir dan Tebing Barat apatah lagi Israel dari memasuki Ghaza. Baru-baru ini seramai 300 aktivis dari Perancis melancarkan mogok kerana tidak dibenarkan melintasi sempadan Rafah untuk misi kemanusiaan di Ghaza.

Bahkan perojek terbaru Mesir untuk membina tembok baja di sempadan Rafah sedang dikecam hebat seluruh dunia sebagai jenayah kemanusiaan. Tembok baja ini dipercayai bagi mengetatkan lagi sekatan dan tekanan ke atas HAMAS di Ghaza. Tembok yang sedang diusahakan akan mengurangkan terowong yang wujud antara Ghaza dan Rafah. Mesir menggunakan alasan kedaulatannya untuk meneruskan usaha ini. Semua permainan kotor ini dikecam oleh pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Syeikh al Ahmar Yaman menggelar benteng baja ini sebagai kerja gila dan jahat dan menyifatkannya sebagai kemungkaran. Syeikh Abdul Majid az Zindani menyifatkan projek membina tembok baja itu sebagai haram, batil dan juga pembunuhan secara perlahan-lahan. Bagaimanapun HAMAS mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menghormati kedaulatan Mesir.

Namun begitu apa yang berlaku tidak sedikitpun melemahkan HAMAS bahkan dengan izin Allah HAMAS dan kumpulan pembebasan Islam yang lain semakin kuat. Baru baru ini beberapa pejuang menjumpai senjata-senjata Israel yang disembunyikan ketika mereka kalah dalam peperangan ke atas Ghaza tahun lalu. HAMAS yang menjadi sasaran serangan fizikal dan politik dilihat semakin matang dan kukuh walau diasak dari luar dan dalam.

Kekukuhan HAMAS ini dari sudut politik dan juga ketenteraan. Ini yang menyebabkan Mahmud Abbas terpaksa menarik diri dari bertanding jawatan presiden Palestin. Ini juga yang menyebabkan Pihak berkuasa Palestin yang diketuai FATAH terpaksa melakukan beberapa siri penangkapan ke atas ahli HAMAS dan Jihad Islamiy. Bagaimanapun semua usaha ini bukan melemahkan HAMAS dan pejuang lain bahkan ia menjadi faktor HAMAS semakin disokong dan mendapat kepercayaan oleh masyarakat dalam dan luar Palestin.

Tiga tahun dikepung HAMAS masih kekal dengan pendirian bahawa hanya mengangkat senjata dan jihad adalah cara untuk membebaskan Palestin dari Israel. Bukan sekadar kerajaan HAMAS tetapi rakyat Ghaza juga menyetujui perkara ini dengan sokongan mereka terhadap pimpinan Haneyah yang semakin kuat. Ghaza kini membuka pintu untuk pelabur luar melakukan pelaburan. Ismail Haneyah memberi jaminan keperluan dan keselamatan kepada pelabur yang mahu memajukan Ghaza.

Baru-baru ini Ehud Barak menteri peperangan Israel mengancam HAMAS dan Hezbullah akan berlaku peperangan pada tahun hadapan antara Israel dan kedua-dua gerakan jihad besar itu disambut oleh wakil HAMAS di Lubnan pada 29 Disember 2009 dalam kenyataan akhbarnya bahawa Kataib al Qassam akan memberi kejutan besar kepada Israel dalam pertempuran akan datang beliau enggan mengulas perincian kepada kejutan yang akan dihadapi Israel. Bagaimanapun beliau menyatakan sayap ketenteraan HAMAS akan melibatkan diri dalam setiap pertempuran dengan Israel.

Isu pertukaran tahanan masih diperbincangkan sebagai perbincangan dalaman oleh HAMAS dan tidak ada sebarang keputusan lagi dikeluarkan. Bagaimanapun Israel sudah mula membebaskan beberapa tahanan dari penjaranya walaupun ada beberapa penangkapan baru.

Ghaza dikepung Tebing Barat ditawan. Kini sebanyak 130 rumah dirobohkan di sekitar al Quds dan 536 penduduk al Quds diusir. Inilah yang berlaku di Tebing Barat dan memerlukan perhatian serius umat Islam kerana inilah bandar Isra’ dan Mikraj juga tanah suci ketiga Umat Islam. Mengharapkan FATAH yang merupakan duri dalam daging bagi bangsa Palestin dalam menangani Israel bagai mengharapkan pagar, pagar makan padi. Islam akan kembali bersinar sekiranya umat Islam mahu mengakui bahawa Jihad mengangkat senjata adalah jalan dari jalan-jalan Islam. Ini yang diseru HAMAS sejak penubuhannya 22 tahun lalu. Namun ada puak-puak Arab yang bacul mengharapkan perdamaian antara Islam dan Israel di meja perundingan. Mesir tidak henti henti menyarankan perdamaian sedangkan mereka sendiri pernah dilanggar bangsa tidak bermaruah itu.

Kesimpulannya Ghaza dan penduduknya perlu kita sedari sentiasa menerima rezeki dari Allah dan bantuanNya. Tetapi kita, akan terus dipersoalkan atas apa yang kita usahakan. Saya sekali lagi menyeru keperihatinan umat Islam untuk memboikot secara keras segala apa yang jelas menyumbang kepada Yahudi yang membantai saudara kita di Palestin dan lain-lain negara. Palestin adalah tanah kita penduduknya adalah saudara kita.

Allahummansurul mujahidiina fil ardhil Israa’ innaka anta khairunnaasiriin.

No comments:

Post a Comment