Thursday, May 13, 2010

Jihad Rakyat Palestin Melawan Yahudi

Dipetik dari Buku Sejarah HAMAS

Mereka yang gugur sebagai syahid di atas bumi Palestin berjumlah 10 juta muslimin sepanjang pusingan sejarah yang berlalu.

Dari segi perjuangan di hadapan Yahudi di antaranya :
1. Pada 27 Februari tahun 1920M berlaku perarakan dari masjidil Aqsa yang disertai oleh 40 ribu orang untuk menyerahkan kenangan-kenangan yang menentang Perjanjian Baalfur dan penghijrahan Yahudi kepada konsul-konsul negara-negara besar di Al- Quds.

2. Pada hari pertama dalam bulan Mac tahun 1920M bermulaaa tindakan bersenjata melawan Yahudi di perkampungan Matla membunuh 7 orang Yahudi di antaranya seorang Kapten.

3. Pada 27 Mac 1920 Charshall telah menziarahi Quds menemui satu perwakilan yang diketuai oleh Musa kazim al-Husaini selaku ketua kampung yang berdebat dengan beliau. Namun Charshall menjawab bahawa British tetap akan melaksanakan Perjanjian Balfur.

4. Pada pertengahan Mei tahun 1920M seramai 3 ribu orang Arab telah menyerang satu perkampungan di Tah Takfa berdekatan Yafa dan berterusan menyerang musuh selama seminggu. Pertempuran dapat dihentikan setelah campur tangan kereta-kereta kebal British menentang Arab. Seramai 108 orang telah syahid dan 75 orang Arab telah cedera serta membunuh 47 orang Yahudi dan mencederakan 146 orang yang lain. Hukuman gantung telah dijatuhkan ke atas ‘Atha al-Zer dan Muhammad Jamjum dan Khalil serta fuad Hijazi dari Sofad. Hukuman gantung telah dibuat pada 17 Julai 1930M.

5. Revolusi Barak dari 16 hingga 26 April 1929M telah mengorbankan 133 orang Yahudi dan mencederakan 339 yang lain. Manakala 116 orang Arab telah syahid dan 232 orang cedera.

6. Persidangan Islam yang pertama dipengerusikan oleh Haji Amin Husaini pada 27 Rejab 1350H bersamaan pada 1931M..

7. Pada bulan Oktober 1933M telah berlaku tunjuk perasaan di kebenyakkan ceruk Palestin menentang British.

8. Pada 1935M satu persidangan yang dihadiri oleh 500 orang rakyat Palestin telah mengeluarkan satu ketetapan melarang kepada rakyat menjual tanah kepada Yahudi.

9. Gerakan Qassam : Syeikh Qassam telah menyedari sejak tahun 1922M untuk mentarbiyyah generasi muda agar mencintai jihad dan mengajak mereka berperang selain membentuk satu kumpulan dan menndidiknya kearah yang betul. Seramai 200 orang lelaki dihantar ke merata pelusuk Palestin untuk merosakkan penempatan-penempatan Yahudi.
Syeikh Qassam adalah Presiden bagi Persatuan Pemuda Muslimin di Hifa dan belajar di Masjid Istiqlal. Pada 20 November tahun 1935 beliau telah keluar ke Ahrash untuk beribadah berdekatan Junain. Di sini British telah menyerangnya dengan senjata. Beliau telah syahid bersama mujahidin dari kalangan sahabat-sahabatnya.Imam hassan Al-Banna telah menghantar saudaranya Abdul Rahman Al-Banna untuk menghubungi Qassam dan kemudian menemuinya di Kaherah.

10. Revolusi 1936M : Demontrasi yang paling lama dalam sejarah iaitu dari 15 April sehingga 8 Oktober pada tahun yang sama. British telah berusaha menyuraikan tunjuk perasaan dengan menggunakan 60 ribu orang tentera British bersama Yahudi tetapi telah gagal. Akhirnya negara-negara Arab yang memainkan peranan menipu rakyat Palestin. Mereka menyiarkan keterangan berikut dari kerajaan arab di hari Isra’ dan Mikraj :

“ Kita telah lama menanggung kesakitan akibat keadaan yang berleluasa di Palestin. Kita telah bersetuju bersama saudara-saudara kita raja-raja Arab dan Amir Abdullah menyeru kamu supaya tetap dan tenang. Hak kita untuk darah bergantung kepada niat yang baik sahabat kita kerajaan British.”

Demontrasi ini juga disertai dengan jihad bersenjata serta disertai oleh para mujahidin dari Syiria , Labenon dan Iraq bersama mujahidin Palestin yang bersenjata dan menyerahkan pimpinan mujahidin kepada Fauzi Qqauqagi (pemberontakan berdasar batas yang mereka sifatkan ) Semasa demontrasi itu pada 25 April 1936M telah dibentuk Badan Tertinggi Arab yang dipengerusikan oleh Mufti Haji Amin Husaini.

No comments:

Post a Comment