Thursday, May 13, 2010

Isteri Solehah Pelita Kehidupan

Penulis:AE'AR

Sabda Rasullah SAW mengenai ciri-ciri wanita solehah: "Sebaik-baik wanita ialah yang membahagiakan engkau apabila engkau melihatnya, patuh kepadamu apabila engkau mengarah sesuatu serta menjaga kemuliaan dirinya waktu ketiadaanmu serta mengawasi hartamu"

Wanita solehah ialah wanita yang menjaga penampilan diri serta pakaiannya agar menepati keredhaan Allah SWT dan dalam masa yang sama mendamaikan jiwa suami apabila melihatnya. Wanita solehah sentiasa menjaga 'iffah serta kemuliaannya, sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki, memikirkan tentang zuriat keturunnya, mendidik, mentarbiah serta belas kasihan terhadap anak-anak mereka. Mendahulukan keredhaan Allah SAW dalam mendirdik, mengasuh anak-anak mereka.

Isteri yang solehah sentiasa berusaha dan berfikir menjadikan suasana rumah tangganya disirami cahaya, sentiasa menolong suami kepada maslah dunia dan akhirat, sentiasa mendidik zuriat dengan didikan Islam serta sentiasa menjaga kemuliaan diri dan keluarga mengikut petunjuk Allah.

Malah menjadikan solat sebagai keutamaan keluarga dan Al-Quran sebagai tatapan sepanjang masa. Sabda Rasullah SAW: "Apabila seorang perempuan solat lima waktunya, puasa pada bulannya, menjaga maruah dan kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya ia akan masuk syurga menerusi pintu mana sekalipun ia mahu.

Ia sebagaimana pesanan Rasullah SAW : Hendaklah seseorang kamu memiliki jiwa yang bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir dan isteri beriman yang sentiasa menolongnya dalam urusan akhirat."

"Apabila seorang lelaki berkahwin maka sesungguhnya telah sempurnalah separuh atau sebahagian dari imannya. Maka, hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain."

Walau bagaimanapun, isteri yang solehah boleh mengkritik, menasihat atau menegur kesilapan atau kesalahan suami tetapi dengan menjaga maruah atau air muka suami. Situasi sebegini sebenarnya pernah terjadi kepada bagina Rasullah SAW sebagaimana hadit riwayat Abu Dawud. : "Abu Bakar r.a meminta izin untuk masuk menemui Rasullah SAW tiba-tiba beliau mendengar suara Aisyah meninggi sambil berkata “demi Allah, bahawa sesungguhnya Ali itu lebih engkau kasihi dari bapaku."

Lantas Abu Bakar mengangkat tangannya untuk menampar Aisyah sambil berkata :"Wahai Aisyah kepada sifulanah, engkau perlu menjaga suaramu dihadapan Rasullah SAW." Namun, baginda SAW menahan Abu Bakar daripada tindakannya itu. Maka Abu Bakar keluar dalam keadaan marah, lalu Rasullah berkata kepada Aisyah, "Wahai Aisyah, bagaimana denganmu, bukankah saya telah menyelamatkanmu dari lelaki (bapamu) itu? (Ucapan atau kata-kata yang menunjukkan kemesraan Rasullah SAW dengan isterinya)

Dan pada masa yang lain (ketika Rasullah SAW dan Aisyah sudah tenteram), Abu Bakar berkata, "terdapat riwayat dari Al-Tabrani yang menceritakan mengenai pertanyaan Ummu Salamah kepada Rasullah SAW berkenaan manakah atau siapakah yang lebih afdal antara perempuan solehah di dunia atau bidadari Syurga. Pertanyaan ini timbul setelah Ummu Salamah bertanyakan baginda sifat dan kecantikan bidadari syurga (hur'ain), lantas dijawap oleh Rasullah SAW dengan sabdanya: "Bahkan wanita solehah di dunia itu lebih afdal dari bidadari Syurga seperti afdalnya permukaan (sebelah atas yang indah berseri dari permukaan sebelah bawah sesuatu perkara)."

Lalu ditanya kembali oleh Ummu Salamah, dengan katanya, "Bagaimana itu berlaku wahai Rasullah (dengan apa dilebihkan wanita solehah di dunia dengan bidadari di Syurga)?" Baginda SAW menjawab, "dengan solat yang mereka (wanita solehah) dirikan, puasa yang mereka laksanakan dan kerana penrgabdian mereka kepada Allah SWT di dunia, maka Allah SWT memakaikan kepada wajah-wajah mereka dengan cahaya yang menyerikan wajah, menyarungkan tubuh badan mereka dengan sutera yang halus lagi lembut, putih melepak kulit mereka, pakaian mereka kehijauan yang mengindahkan pandangan, penuh dengan perhiasan mutiara dan emas permata, malah mereka akan berkata "Kamilah wanita-wanita solehah yang kekal abadi yang tiadak akan merasai kematian, kamilah wanita solehah yang dianugerahkan berbagai nikmat kelazatan yang tidak ada perasaan bosan dan putus asa, kamilah wanita solehah yang sentiasa redha yang tidak memiliki perasaan kemarahan, berbahagialah orang yang memiliki kami dan sememangannya mereka untuk kami."


Ummu Salamah bertanya lagi, "Wahai Rasullah, di kalangan kami ini ada yang telah bersuami dua, tiga dan empat (kerana kematian suami) ekemudian apabila kami meninggal dunia dan dimasukkan ke syurga, maka kami bersama suami yang mana satu?"

Lantas dijawap oleh baginda SAW, "Wahai Ummu Salamah, sesungungguhnya dia diberi pilihan, maka dia akan memilih yang paling baik akhlak di kalangan suami-suaminya itu, maka dia akan berkata kepada Allah, "Wahai Tuhanku, seusungguhnya suamiku yang inilah yang paling baik akhlaknnya sewaktu hidup bersamaku, maka biarkan aku bersamanya. "Rasullah bersabda: "Wahai Ummu Salmah sesungguhnya akhlak yang baik itu memberi kebaikan dunia dan akhirat."


Ciri-Ciri Wanita Solehah
-Meletakkan keredhaan Allah SWT dalam setiap perbuatan.
-Sentiasa membahagiakan hati suami dalam setiap aspek kehidupan.
-Gembira dapat menunaikan amanah dan tanggungjawap sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak
-Menjadi penyokong kepada suami dan anak-anak dalam hal ehwal dunia dan akhirat.
-Menegur serta menasihati suami apabila melihat sesuatu yang perlu ditegur atau dinasihati menurut Islam.
-Sentiasa menggalakkan suami dan anak-anak menunaikan kewajipan solat secara berjemaah.
-Bersifat qanaag atau memadai dengan kehidupan yang dilalui dan rezeki yang dimiliki.
Bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada suami.

No comments:

Post a Comment