Sunday, June 20, 2010

Realiti Malaysia Kita

Assalamualaikum sidang pembaca al Khattab yang dirindui. Alhamdulillah masih berkesempatan menulis walaupun kini telah beralih tapak ke tanah air.

Malaysia kini bukan lagi Malaysia 8 tahun lalu. Masyarakatnya sudah extreme. Jika yang baik sangat menyerlah kebaikan mereka dan yang rosak sangat ketara kebinasaan yang melanda mereka. Kerja pemulihan sosial kini sedang giat diusahakan tetapi segiat itu juga kerja meruntuhkan moral masyarakat.

Isu yang berlegar di Malaysia kini antaranya perkembangan pasukan pemecah tembok kurungan Ghaza yang diketuai sebuah NGO di Turki yang dikenali sebagai IHH. Tetapi isu ini hanya sedutan kecil dalam akhbar dan tabloid.

Apa yang sering menjadi muka depan kini adalah penganiayaan terhadap wanita. Institusi wanita kini sudah tidak mendapat tempat dalam masyarakat bahkan wanita sendiri kini memusnahkan institusi wanita. Dari kes pelacuran hinggalah kes pembunuhan yang menjadi mangsa adalah wanita.

Seterusnya kanak-kanak sudah tidak lagi dijadikan objek untuk dibelai dan dimanja. Ada antara mereka menjadi seperti sampah yang dibuang merata-rata. Ada pula seperti punch bag dibelasah sesuka hati. Tidak kurang pula menjadi mangsa rogol dan liwat.

Pemuda bukan lagi harapan bangsa bahkan bertukar menjadi musuh dan ancaman kepada keselamatan masyarakat. Jenayah telah mengambil alih tempat gotong royong suatu masa dahulu. Membuang masa sudah menggantikan pengajian agama dan asas diri. Kini menjadi artis atau penghibur bukan lagi sebagai hobi tetapi sudah menjadi cita-cita yang paling mulia. Berbanding menjadi guru yang dulu disanjung kini dipandang serong dan tiada masa depan.

Itulah Malaysia hari ini. Belum kita sentuh berkenaan kecelaruan dalam dunia politik dan undang-undang. Polis umpamanya sudah menjadi samseng atau cowboy malaya. Menembak bukan lagi satu keputusan yang perlu ditimbang lama lama oleh mereka.

Kini pengaruh Yahudi di Asia Tenggara semakin merisaukan berbagai isu isu yang ditimbulkan pembangkang gagal dihuraikan dengan baik oleh kerajaan. Sikap membiarkan tuduhan-tuduhan telah menyebabkan masyarakat berada dalam keadaan tidak percaya dan takut.

Sistem ekonomi dikatakan semakin baik tetapi hampir seluruh rakyat terjerut dalam perangkap monopoli yang telah dipasang oleh jerat sistem ekonomi kapitalisma. Malaysia perlukan kepada rakyat yang lebih bijak. Perlukan kepada pemimpin yang lebih berwibawa. Malaysia tidak boleh kekal dalam keadaan begini. Kerana negara ini akan diwarisi oleh anak-anak kita.

Kitalah yang perlu berubah bukan orang lain. Kita mesti mengubah gaya hidup dan juga gaya fikir. Kita mesti kembali kepada sistem yang selari dengan al Quran dan as Sunnah. Pemimpin mesti bertaqwa barulah rakyatnya beriman. Hanya inilah jalan kembali kepada kemajuan sebenar.

Sistem pendidikan mesti berubah. Barulah generasi yang lahir akan berubah. Masalahnya sistem pendidikan kita sudah mengundur setapak ke belakang menjadi sistem pelajaran. Kini sekolah hanya mengajar tidak lagi mendidik. Didikan hanya ada dalam pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Maka inilah hasil dari apa yang sama-sama kita corakkan. Pedulikan slogan apa yang kita kibarkan tetapi perjuangkanlah masa depan negara yang lebih gemilang.- Guru Siddiq.

No comments:

Post a Comment