بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya kepentingan berakhlak dengan akhlak Islam adalah satu perkara yang tidak boleh diketepikan,ia adalah hakikat kehidupan dan keabadian serta ketamadunannya. Sesungguhnya akhlak kita adalah kitab panduan kita iaitu al-Quran. Sebagaimana hadith Ummu al-Mu’minin Aisyah R.A dan daripada bapanya, ia berkata tentang akhlak Rasulullah S.A.W : adalah sesungguhnya akhlak Rasulullah S.A.W adalah al-Quran.
Abdullah ibn Mas’ud R.A dan Allah S.W.T redha akannya, sesungguhnya beliau sangat benci akan orang-orang yang tidak beramal dengan al-Quran dan telah berkata :
“ Sesungguhnya Allah S.W.T telah menurunkan al-Quran ke atas umat manusia untuk mereka beramal dengannya dan juga sebagai panduan dan pengajaran serta mengamalkannya dalam kehidupan, dan walaupun seseorang daripada kamu ia membaca al-Quran itu dari permulaan al-fatihah hinggalah ayat yang terakhir, tidak lalai atau gugur satu ayat pun, akan tetapi terkadang-kadang ia terlepas akan beramal dengannya.”
Sesungguhnya hari ini ramai kita menemui sebahagian manusia dalam majalah-majalah seharian, yang boleh kita simpulkan bahawa sesungguhnya tiada sifat saling mendahulukan atau menjaga kebajikan orang lain diantara mereka, dan juga kemaaafan serta saling faham-mefahami tidak mengambil berat dalam hubungan mereka dan kesabaran itu bukanlah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka, dan jika sabarnya seseorang itu tidaklah ia berterusan yang ia bukanlah satu kesabaran yang dikira. Walaupun dikalangan mereka yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta mereka berpuasa di bulan ramadhan dan juga mereka mengerjakan haji berterusan, sesungguhnya itu adalah kefahaman akan agama Islam disisi mereka ibarat hanya sebagai perkara yang lebih utama perlu ditunaikan. Yang mana tidak terbit dalam diri-diri mereka akan roh serta ikhlas dalam berpegang dengan agama Islam. Dan mereka tidak memahami akan kesyumulan Islam serta keagungannya, maka Islam dalam pandangan mereka sekadai memenuhi ruangan masjid (beribadah) sahaja, yang tiada bagi mereka hubungan dari segi makan-minum atau berpakaian, tempat tinggal, dalam perjalanan atau ketika duduk, ketika tidur atau sedar, ketika masuk ke tempat-tempat kediaman mereka dan saling berteguran, dan benarlah sesungguhnya saidina Umar al-Khattab R.A dan diredhai keatasnya telah berkata, ketika mana telah memberi perumpamaan dikalangan manusia ini bahawa : “janganlah kamu lihat kepada orang yang membaca al-Quran dan akan tetapi lihatlah kepada mereka yang beramal dengan amalan-amalan al-Quran itu”
Dan hari kita telah melihat zaman sekarang bahawa sebahagian umat manusia tidak memahami akan tujuan yang utama daripada sabda Rsulullah S.A.W : (( صِل مَن قَطَعَكَ )) yang bermaksud : “ hubungankanlah silaturahim kepada mereka yang memutuskan keatas engkau”. Ini adalah dianggap sebagai celaan bagi diri mereka.
Dan sabda Baginda : (( صِل مَن قَطَعَكَ )) Yakni : “dan berilah kepada mereka yang menghalang kamu”. Kalimah ini mereka mengira bahawa sebagai melampaui sempadan akan kemuliaan dan kemegahan diri. Dan sabda Baginda lagi : (( وَاعْفُ عَمنْ ظلمَكَ)) yakni : “berilah kemaafan kepada mereka yang menzalimi kamu”. Mereka mengabaikannya kerana bagi mereka orang yang lemah itu tidak diharuskan baginya sama dari segi seruan dengan saling bermaaf-maafan dan bertimbang rasa.
Adakah mereka tidak mengetahui bahawa para nabi A.S bukanlah mereka orang-orang yang lemah dalam hari-hari kehidupan mereka? Sebagaimana telah berkata Rasulullah S.A.W kepada mereka-mereka yang mencerca dan menghina Baginda serta telah mengeluarkannya dari bumi makkah yang sangat dicintainya dalam khutbah Baginda ketika pembukaan
makkah : (( اذهبوا فأنتم الطلقاء )) yakni : “pergilah kamu semua sesungguhnya kamu telah dibebaskan”. Dan nabi Yusof A.S telah berkata kepada saudara-saudaranya yang mereka-mereka itu telah membuat pakatan jahat terhadap beliau sebelum itu, Firman Allah S.W.T :
(( لا تَثْرِيبَ عَلَيكُم اليَومَ يَغْفِرُ الله لَكُم وَهُوَ أَرحَمُ الرَاحِمِين )) سورة يوسف : 92
Yang bermaksud : “tidak ada cercaan terhadap kamu pada hari ini, Allah akan mengampuni kesalahanmu, dan Dia lebih penyayang dari segala yang penyayang”
Dan sesungguhnya Allah S.WT telah memerintahkan kepada NabiNya S.A.W, maka firmanNya:
(( فَاصْبِر كَمَا صَبَرَ أُولُوا العَزْمِ مِنَ الرُسُل)) سورة الأحقاف : 35
Yang bermaksud : “ maka sabarlah engkau (ya Muhammad), sebagaimana telah sabar orang-orang yang mempunyai kemahuan diantara rasul-rasul”
Dan firman Allah S.W.T dengan memerintahkan terhadap perkara tentang kesabaran itu, :
(( خُذْ العَفْوَ وَأْمُرْ بِالعُرفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الجَاهِلِين )) سورة الأعراف : 199
Yang bermaksud : “ Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) ma’ruf dan berpaling dari orang-orang yang jahil”
Maka yang demikian layaklah bagi setiap saudara seagama, pendakwah kepada agama Allah S.W.T bahawa perlulah ia menghidupkan Islam dalam kehidupan mereka, dengan contoh yang baik dan akhlak yang terpuji, untuk ia terus memberi pedoman yang baik untuk menyelamatkan umat manusia dari hilangnya peribadi-peribadi yang mulia dalam kehidupan mereka.
Terjemahan kitab : Rasail Fatyanu ad-Da’wah, Dr. Jasim b. Muhammad b. Muhalhal al-Yasin
No comments:
Post a Comment