Saturday, July 17, 2010

Palestin

Fatwa ulama’-ulama’ palestine tahun 1935 M tentang masalah menjual tanah kepada Yahudi.
Fatwa yang dikeluarkan Mufti al-Quds dan pengerusi Dewan Tertinggi Islam di Palestine pada waktu itu, Haji Husaini beliau dengan tegas mengharamkan penjualan mana-mana tanah kepada yahudi atau menjadi orang tengah kepada penjualan itu, membiarkannya berlaku atau memudahkan urusan penjualan dalam apa jua bentuk. Sekiranya orang yang berbuat demikian itu mengetahui kemudharatannya serta natijahnya dan rela, secara automatik menjadi kafir dan murtad dari agama Islam dengan iktikad keluar.
Pada 26/1/1935 satu perhimpunan yang besar dibuat di Al-Quds bagi ulama’-ulama’ Palestine. Perhimpunan itu disertai oleh mufti-mufti, hakim, guru-guru, pensyarah, imam-imam, pendakwah dan seluruh ulama’-ulama’ Palestine. Satu fatwa disepakati dikeluarkan oleh mereka. Kami siarkan di sini kerana peri pentingnya dan nilainya yang besar. Fatwa ini telah disebarkan di dalam buku-buku dan naskhah rasmi Harakah Kebangsaan Palestine (1919-1939M) dari helaian-helaian Akram Za’itar dan disebarkan oleh Pertubuhan Dirasah Palestine (m/s 347-389). Nas tersebut berbunyi :
Segala puji-pujian bagi Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, kepada keluarga baginda, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikut petunjuknya sehingga hari kiamat.
Kami tediri dari mufti-mufti, hakim, guru-guru pemidato, imam-imam, pendakwah dan seluruh ulama’ muslimim dan ahli agama Palestine, bersetuju pada hari dalam satu perhimpunan agama yang diadakan di Baitul Maqdis dekat Masjid Al-Aqsa yang diberkati sekitarnya. Selepas dikaji dan diteliti didapati soal penjualan tanah di Palestine kepada yahudi sebenarnya untuk memenuhi tujuan-tujuan zionis mahu menjadikan negeri Islam yang diberkati ini sebuah negeri Yahudi serta mengeluar negeri ini dari dari penduduk asal serta mengeluarkan penghuninya dari Palestine dan membersih kesan-kesan islam dengan meruntuhkan masjid-masjid, tempat-tempat ibadah dan tempat suci Islam seperti yang berlaku di kampung-kampung yang telah dijual kepada yahudi serta menghalau penduduknya dari situ. Ditakuti akan berlaku di tempat lain di Palestine kerana Allah sekali-kali tidak akan mengizinkannya dijual yang menjadi Kiblat pertama dan Haram yang ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabi al-Mubarak.
Selepas diperhati di dalam fatwa yang dikeluarkanoleh mufti-mufti dan ulama’ulama’ Islam di Iraq, Mesir, India, Maghribi, Syiria, Palestine dan seluruh pelusuk dunia Islam yang lain dengan jelas bersepakat mengharamkan penjualan tanah di Palestine kepada Yahudi, mengharamkan broker terhadap penjualan atau menjadi orang tengah ataupun memudahkan urusan penjualan dalam apa jua bentuk dan keadaannya serta mengharamkan perasaan redha atau berdiam diri terhadapnya. Seandainya benar-benar berlaku kepada orang Palestine yang mengetahui natijahnya serta rasa redha, serta merta orang itu menjadi kafir dan murtad dari agama Islan dengan iktikad yang sah, sebagaimana fatwa yang dikeluarkan oleh Haji Amin Hussaini ,mufti Al-Quds dan presiden Dewan Tertinggi Islam.
Selepas diteliti dan diperhati terhadap suasana yang ada serta berdasar fatwa-fatwa, persetujuan yang dicapai bahawa penjual, broker dan orang tengah di dalam penjualan tanah-tanah di Palestine kepada Yahudi memudahkan urusannya merupakan :
1.Faktoratau bentuk yang membantu pengusiran orang-orang islam dari tanah air mereka.
2.Orang yang melarang menyebut nama-nama Allah di dalam masjid-masjidNya serta mengalakkan keruntuhannya.
3.Mengambil orang yahudi sebagai pelindung kerana tindakannya boleh menolong atau membantu mereka menentang orang-orang islam.
4.Menghina Allah, Rasulnya dan muslimin.
5.Mengkhianati Allah, RasulNya dan amanah yang dibebankan kepadanya.

Merujuk kepada dalil-dalil yangmenjelaskan hokum-hukum keadaan seumpama ini berdasar ayat-ayat dari Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud :
“ Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipertanggungjawab kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar”.Al-Anfal:27
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat, maka sesungguhnya mereka telah memukul kebohongan dan dosa yang nyata “.(Al-Ahzab:58)
“Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan di akhirat mendapat siksaan yang berat”.(Al-Baqarah:114)
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerinya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agamanya dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.(Al-Mumtahanah:8-9)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhku dan musuhmu sebagai teman-teman setia”.(Al-Mumtahanah:1)
“Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pelindung maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka”.(Al-Maidah:51)
Oleh yang demikian, dari apa yang kami utarakan tadi termasuk sebab-sebab dan natijah-natijah, kata-kata, hokum-hukum dan fatwa-fatwa dapat difahami bahawa orang yang menjual tanah kepada Yahudi di Palestine sama ada secara langsung atau melalui perantaraan, sebagai broker atau orang tengah di dalam penjualan ini, memudahkan urusan dan membantu dalam apa jua bentuk di samping mengetahui natijah-natijah yang disebutkan tadi, mereka semua termasuk orang-orang yang tidak perlu disembahyangkan dan tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang-orang islam serta wajib menyekat dan memutuskan hubungan dengan mereka, menghina kedudukan mereka dan tidak berlembut serta tidak mendekati mereka sekalipun mereka terdiri dari bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara dan isteri-isteri kamu.:
“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi pelindungmu, jika lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pelindung, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. Katakanlah : “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan, peniagaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cinta daripada Allah dan RasulNya dan dari jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. “Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang fasik”.(At-Taubah:23-24)

Demikian juga sekirannya membiarkan kerja-kerja mereka serta rasa redha dengannya. Perkara seumpama ini juga sama sekali diharamkan sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud :
“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang member kehidupan kepada kamu dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mendinding antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan. Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya”.(Al-Anfal:24-25)

Allah telah jadikan kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendegar peringatan. Oleh itu ikutilah dengan sebaik-baiknya kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung dan Dialah pemberi nikmat perlindungan dan nikmat pertolongan.

Tarikh : 20 Syawal 1353H
26hb.Dec.1935M

Ulamak-ulamak Islam di Najd telah mengeluarkan fatwa pada julai 1937M yang menyebut bahawa wilayah Yahudi di negeri Islam, adalah batal dan haram.
Begitu juga ulama’-ulama’ Islam di Iraq telah mengeluarkan fatwa pada 1937M yang menyebut bahawa wajib bagi setiap muslim menentang penubuhan Negara Yahudi di Palestine.

Fatwa Muhammad Rashid Redha.
Barangsiapa menjual sesuatu dari tanah Palestine dan sekitarnya kepada Yahudi atau Ingerris seolah-olahnya menjual Masjidil Aqsa dan tanahair seluruhnya kerana pembelian tanah adalah jalan ke arah itu serta Hijaz akan diancam kemerbahayaan sedangkan darjat tanah dari negeri ini seumpama tengkuk manusia dari tubuhnya. Sehubungan itu, secara syar’i kembali maanfaatnya kepada islam secara keseluruhannya, bukan hak milik peribadi khasnya. Pemilikan melalui perang ke atas negeri Islam hukumnya batal, khianat kepada Rasulnya dan amanah Islam. Aku tidak dapat sebutkan di sini apa yang akan diperolehi dari kesalahan khianat, namun aku mencadangkan setiap orang yang beriman dengan Allah, kitabNya dan RasulNya agar menyebarkan hokum syarak ini di seluruh negeri serta menyeru supaya membuat sekatan terhadap pengkhianat yang masih terus mengkhianati dalam semua perkara termasuk dan pergaulan, muamalah, perkahwinan, perbualan sehinggalah mereka menyerah untuk berdamai.

No comments:

Post a Comment