Friday, August 12, 2011

coretan dari seorang ibu

Selawat dan salam untuk junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w,kerana dengan pengorbanan baginda kita dapat merasai nikmat iman dan nikmat islam.semoga nikmat yang Allah anugerahkan ini dapat sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah hari demi hari.

Anakku yg disayangi kerana Allah,

Alhamdulillah dengan izin Allah anak ibu diberi peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ibu bahagia anak ibu dapat terus mendalami ilmu Allah. Hargai peluang yang Allah berikan ini. Bukan semua orang berpeluang seperti kamu. Belajar bersungguh-sungguh. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. Ibu nak anak-anak ibu beramal dengan ilmu yang ada. Praktikkan dan sampaikan kepada orang disekeliling kamu. Ada kata-kata hikmah yang berbunyi “siapa yang mahukan dunia hendaklah dengan ilmu dan siapa yang mahukan akhirat hendaklah dengan ilmu dan siapa yang mahukan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”. Di sini jelas bahwa ilmu itu penting. Tapi jalan mendapatkan ilmu bukan dihiasi dengan kesenangan amar. Perlukan pengorbanan yang besar.

Iringilah setiap ujian yang bakal kamu tempuhi dengan sabar ,ikhlas dan tawakkal. Allah itu ada bersama dengan hamba-hambanya.Allah lebih dekat dari urat lehermu.Allah Maha mengetahui segala sesuatu yang tidak kamu ketahui. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Allah itu bersama dengan sangkaan hambanya kepada Dia. Ingat segala yang kita miliki sekarang adalah pinjaman dari Allah jadi untuk apa kita menjadi bakhil sedangkan semuanya bukan milik kita.Allah menyayangi hamba-hambanya penyayang dan Allah memberi kepada hamba-hambanya pemurah. Contoh ada didepan kita jadi untuk apa kita ragukan lagi.semmatkan dalam fikiranmu bahawa Allah itu pentadbir alam ini.Dialah raja kepada seluruh raja. Jika ada masalah mengadulah pada Allah. Ibu tidak boleh menemani amar selama-lamanya. Ibu juga adalah pinjaman dari Allah untukmu. Mintalah pada yang Menciptakan,bukan pada ciptaannya.

Anakku yang dicintai

Jika ditakdirkan ibu dijemput pulang bertemu danganNya ibu bahagia kerana ibu ada anak-anak yang soleh dan solehah untuk mendoakan ibu. Usahlah kamu bersedih. Teruskan jihadmu ini. Apa yang ibu minta Cuma doakan ibu. Semoga dengan itu ibu mendapat rahmat dari Allah.selagi hayat ibu dikandung badan ibu tidak pernah lupa mendoakan kejayaan anak-anak ibu dunia akhirat.ibu juga berharap anak-anak ibu tidak lupa mendoakan ibu semasa hidup atau mati ibu.

Amar,

Akhir kalam,ibu doakan amar menjadi hamba Allah yang soleh,anak yang soleh,abang yang soleh,adik yang soleh,sahabat yang soleh,pelajar yang soleh,masyarakat yang soleh dan disenangi oleh orang sekeliling samaada islam mahupun kafir.segerakan kebaikan dan tinggalkan keburukan.berakhlaklah dengan akhlak muslim ye sayang. Dimana pun kamu berada doa ibu sentiasa mengiringimu.

‘…………….Ya Allah tunjukkaknlah kebatilan itu batil dan kebenaran itu benar,engkau selamatkanlah keluargaku dari azab api neraka mu,Ya Allah yang Maha Mengetahui, peliharalah anakku dari tipu daya syaitan,jadikanlah anakku ini hamaba Allah yang sentiasa ber istiqamah dalam amal kebaikan,dan jadikanlah dia hamba yang sentiasa bertaubat apabila melakukan kesilapan ……………..’

p\S:dalam beg biru amar ibu ada letakkan al-quran,hadis 40 dan mathurat.itu hadiah dari ibu..kira hadiah besday lah... Amalkan yer…tengok macam mana abang-abang kat sana belajar..ambil yang baik….sayang mereka macam abang sendiri..ingat pesan ibu orang yang jaga hubungan dengan Allah pergi mana pon selamat insyaAllah…jaga diri jaga iman…sampai sini dulu coretan ibu..sampaikan salam ibu pada semua disana.

yang menyayangimu,

ibumu……

~18-3-2011(lagi 4 hari besday amar)

(Ulangtahun diperantauan) 22-3-2011~

No comments:

Post a Comment