Saturday, February 13, 2010

Hakikat Kehidupan Dunia

aLoxs2d ibn ShaFiee


Wahai nafsuku yang terTipu Oleh dunia:
“Cubalah engkau lihat pada reruntuhan rumah yang telah ditinggalkan oleh penghuninya, bertapa ia kelihatan gersang dan sudah tidak diperdulikan lagi.”

”Semua sudah binasa dan yang tinggal hanya bekas-bekasnya sahaja lagi. Batu batanya jatuh berselerak dan berhamburan.”

“Par a penghuninya telah lama pergi untuk menemui balasan. Berita tentang mereka sudah lama tidak didengar, bahkan orang sudah tidak pedulikan lagi dengan cerita mereka.”

“Bila ku lihat dan ku fikirkan keadaan ini mesti air mataku yang tidak berharga mengalir membasahi pipiku.”

“Seandainya aku memiliki akal yang sempurna, sudah tentu aku akan terus menangis. Cukuplah keadaan itu memberi nasihat kepadaku, dan cukuplah mataku mengambik iktibar daripada apa yang sedang dilihatku.”

“Sebenarnya dunia/Wanita ini telah memerangkap kita dengan perhiasannya. Ia memiliki kecekapan yang luarbiasa dalam menipu dan memutarbelit kenyataan.”

“Bila ia pernah memberikan sedikit kemanisan kepada penggemarnya, pasti selepas itu akan memerangkapnya dengan kepahitan.”

“Itulah dunia/Wanita yang sangat pandai menipu dengan keindahannya. Apabila ia datang dengan kegembiraan, maka pasti kegembiraan itu dibayar dengan kesusahan dan kepahitan.”

“Dunia/Wanita memang pandai memberi, namun ia pasti akan menarik semula pemberiannya itu. Dan apabila ia membangunkan sesuatu perkara, maka pada masa yang sama ia telah memasangkan satu perangkap yang akan menghancurkannya pada masa akan datang.”

“Sesiapa yang memuji dunia kerana ia telah mendapat sedikit kegembiraan, pasti ia akan mencelanya pada suatu masa yang akan datang kerana satu kesedihan.”

Dan….

“Ketika dunia itu berpaling meninggalkannya, maka ketika itulah ia akan bersedih, menyesal dan penuh dalam keadaan sengsara dan dukacita yang tiada penghujung.”

No comments:

Post a Comment