Saturday, February 13, 2010

Kesatuan Ummah

Oleh : Abdullah Azam




Ruhul Jamaieyah

Pada pandanganSyeikh Muhammad Abduh pentingnya kekuatan ruhul jamaeiyah(semangat kemasyarakatan atau persaudaraan) dalam kehidupam ummah.Beliau berpandangan untuk mencapai kearah itu adalah dengan cara tarbiyatul haqqoh (sebenar benar didikan) atau (pendidikan yang tepat).Tarbiyatul haqqoh ialah yang dibentuk dibawah naungan pengajaran islam yang sejati.

Sesungguhnya seorang insan itu tidak akan menjadi seorang insan yang haqiqi jika tidak ditarbiyah dengan betul. Bukanlah itu saja malah dengan mengikut apa yang dibawa oleh para nabi dan rasul dari segi hukum hakam,pendidikan dan sebagainya. Diajar dengan kebenaran dan kasih kepada diri sendiri. Apabila dididik kasih pada diri sendiri dengan tujuan kasih pada orang lain dan dididik kasih pada orang lain untuk tujuan kasih pada diri sendiri.

Apabila dididik dalam diri setiap individu merasakan bahawa dia merasa bahagia dan seronok dengan adanya orang lain di sisinya tetapi yang ada pada kita sekarang ini, kita merasa rimas dan serabut bila adanya org lain berhampiran dengan kita. Hilangnya kepercayaan di antara kita seperti ditiup angin lalu dan di belakang kita adanya syak dan ragu ragu maka lahirlah was was dan tidak yakin terhadap orang lain. Sebenarnya yang lebih besar keburukan bagi seseorang itu adalah yang ada dalam hatinya.

Kalau dalam diri kita dididik kesatuan dalam perasaan yakni perasaan yang baik dikalangan kita ketika itulah timbulnya rasa dalam setiap individu di antara kita tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...untuk diri sendiri dan orang lain.

Ilmu yang haqiqi ialah ilmu yang mengajar manusia tentang hubungan sesama individu dan sesama masyarakat maka seseorang itu akan mengetahui ‘siapa dia’, ‘siapa yang bersama dengan dengannya’ dan natijah dari itu akan menjadikan perasaan yang satu dan terikat dengan kesatuan yang di namakan “persatuan”.

Persatuan itu adalah buah bagi sebatang pokok yang mempunyai dahan,daun dan akar. Akar merupakan akhlak yang penting dalam susunan tadi.Biar dia tumbuh
dalam masyarakat dan umat islam mestilah mempunyai tarbiyah islamiah yang haqiqi dalam diri untuk menghasilkan buah yang bermutu.....tanpa itu semua segala harapan adalah sia sia,segala cita cita adalah mimpi yang penuh kesamaran dan segala hujah hujah tanpa suara yang padu.

Masyarakat dunia sekarang ini cukup sebagai contoh,di dalam masyarakat dunia yang ada sekarang mempunyai kekurangan dari segi akal(iman) dan akhlak dan ia tidak lengkap kecuali dengan tarbiyah rohaniah islamiah dan pastinya ia memerlukan ilmu yang mantap.


Di antara sebab fakir (dari segi akal dan ilmu) disebabkan tiada selari ruhul tarbiyah yang memandu akal agar mempunyai sensitiviti memberi manfaat untuk negaranya seperti sensitiviti yang memberi manfaat pada dirinya sendiri, ada rasa mudorat pada watannya seperti mudorat pada dirinya juga.

Kata Syeikh Muhammad Abduh juga jika kita cuba menyingkap atau membuka kelemahan haqiqi yang ada pada umat dan jemaah islam, kita tidak nampak apa yang menyebabkan kefakiran jiwa dan buruknya panduan akal hanyalah kerana penguasaan dalam diri (individualistik, keakuan,ananiah) dan terlerainya makna atau ikatan jamaah dalam jiwa individu adapun dengan sebab kejahilan mutlak ataupun dengan sebab tidak mempunyai kefahaman islam dalam kehidupan.

Untuk itu kita cuba untuk membaiki keadaan ini dengan cuba mencari penawar bagi penyakit yg melanda umat islam dengan menetapkan dengan cara penyediaan ruhul jamaieyah, ruhul islamiah dan semangat kemanusiaan.Penawar yang seterusnya adalah addiniah (perkara agama).Diperingkat permulaan atau peringkat asas perlu di ajar dengan pengajaran dan pendidikan islam yang haqiqi.



Punca pecah belah pada umat islam


Di antara tokoh yang ingin menyatupadukan umat islam sejagat ialah Hassan Al-Banna dengan mengatakan kita perlu bertolong bantu dalam perkara yang di sepakati dan bertolak ansur dalam perkara ikhtilaf. Jika kita perhatikan apa di katakan oleh Hassan Al-Banna kesatuan ummah dapat di bentuk melalui bertolong bantu dalam hal yang sepakati seperti menubuhkan sebuah negara islam.Untuk menubuhkan sebuah negara islam,segenap lapisan umat islam mestilah mengambil bahagian dalam menjayakannya sehingga tertubuhnya sebuah negara islam.

Di dalam perancangan orientalis dan puak kuffar laknatullah untuk memecahbelahkan umat islam ialah melalui perselisihan antara mazhab dengan cara melaga lagakan di antara mazhab dengan mazhab yang lain.Sebagai contoh mereka cuba melaga lagakan antara mazhab Hanbali dengan mazhab Syafei dengan menabur fitnah dengan mengatakan salah satu pendapat adalah salah dan meyeleweng,begitu juga dengan melaga lagakan puak Wahabi dengan puak berpegang dengan mazhab.

Tidak lain dan tidak bukan tujuan mereka adalah untuk memecahbelahkan umat islam agar umat islam menjadi lemah dan mudahlah bagi mereka untuk masuk dan mencucuk jarum agar umat mengikut terlunjuk mereka dan menjadi binatang tunggangan bagi mereka,akhirnya mereka dapat mempekotakkatikan umat islam.

Di sini pentingnya kita bertolak ansur dan saling hormat menghormati agar maslahah umat islam terpelihara dan kesatuan ummah terjaga. Apa yang penting bagi umat islam adalah mengetahui asas dan usul bagi sesuatu hukum dan ikhtilaf bagi satu satu hukum merupakan rahmat bagi umat islam.Di mana umat islam boleh menggunakan salah satu pendapat yang sesuai dengan persekitaran dan suasana di tempat mereka.

Perkara pokok,kita perlu sedar dan tahu perancangan yang licik dari musuh islam untuk memecahbelah umat islam dengan menyebarkan fitnah.Seperti yang kita tahu, terpecahnya kerajaan Uthmaniah dengan sebaran api perkauman terhadap wilayah wilayah yang berada dibawah kerajaan Uthmaniah supaya menuntut kemerdekaan.

Apabila kerajaan Uthmaniah menjadi kucar kacir maka mudahlah bagi mereka untuk meruntuhkan sistem khalifah.Kita lihatlah apa yang terjadi setelah kerajaan Uthmaniah jatuh, umat islam seperti anak yang kehilangan ayah menjadi anak yatim yang tiada pembelaan.

Umat islam mesti mencari jalan untuk mengatasi masalah yg melanda dengan cara menggiatkan lagi dakwah untuk memperkenalkan islam terhadap dunia sekarang. Di samping itu tidak meniggalkan untuk mendakwah golongan muda islam agar terus melaksanakan dan megamalkan ajaran islam yang semakin terhakis. Untuk merosakan sesuatu bangsa cukup sekadar merosakan golongan muda.

Ayuhlah wahai pemuda pemudi islam,marilah kita junjung syariat islam yang sebenar agar tertegak kalimah Allah di muka bumi.Janganlah kita tinggalkan dua warisan yang ditinggalkan oleh junjungan kita iaitu alquran dan assunnah.Puak kafir sedang cuba untuk mencabut dua warisan ini dari hati umat islam.Punca kepada kelamahan umat islam sekarang adalah kerana meninggalkan dua warisan ini.

No comments:

Post a Comment