Showing posts with label Isu Palestin. Show all posts
Showing posts with label Isu Palestin. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Palestin

Fatwa ulama’-ulama’ palestine tahun 1935 M tentang masalah menjual tanah kepada Yahudi.
Fatwa yang dikeluarkan Mufti al-Quds dan pengerusi Dewan Tertinggi Islam di Palestine pada waktu itu, Haji Husaini beliau dengan tegas mengharamkan penjualan mana-mana tanah kepada yahudi atau menjadi orang tengah kepada penjualan itu, membiarkannya berlaku atau memudahkan urusan penjualan dalam apa jua bentuk. Sekiranya orang yang berbuat demikian itu mengetahui kemudharatannya serta natijahnya dan rela, secara automatik menjadi kafir dan murtad dari agama Islam dengan iktikad keluar.
Pada 26/1/1935 satu perhimpunan yang besar dibuat di Al-Quds bagi ulama’-ulama’ Palestine. Perhimpunan itu disertai oleh mufti-mufti, hakim, guru-guru, pensyarah, imam-imam, pendakwah dan seluruh ulama’-ulama’ Palestine. Satu fatwa disepakati dikeluarkan oleh mereka. Kami siarkan di sini kerana peri pentingnya dan nilainya yang besar. Fatwa ini telah disebarkan di dalam buku-buku dan naskhah rasmi Harakah Kebangsaan Palestine (1919-1939M) dari helaian-helaian Akram Za’itar dan disebarkan oleh Pertubuhan Dirasah Palestine (m/s 347-389). Nas tersebut berbunyi :
Segala puji-pujian bagi Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, kepada keluarga baginda, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikut petunjuknya sehingga hari kiamat.
Kami tediri dari mufti-mufti, hakim, guru-guru pemidato, imam-imam, pendakwah dan seluruh ulama’ muslimim dan ahli agama Palestine, bersetuju pada hari dalam satu perhimpunan agama yang diadakan di Baitul Maqdis dekat Masjid Al-Aqsa yang diberkati sekitarnya. Selepas dikaji dan diteliti didapati soal penjualan tanah di Palestine kepada yahudi sebenarnya untuk memenuhi tujuan-tujuan zionis mahu menjadikan negeri Islam yang diberkati ini sebuah negeri Yahudi serta mengeluar negeri ini dari dari penduduk asal serta mengeluarkan penghuninya dari Palestine dan membersih kesan-kesan islam dengan meruntuhkan masjid-masjid, tempat-tempat ibadah dan tempat suci Islam seperti yang berlaku di kampung-kampung yang telah dijual kepada yahudi serta menghalau penduduknya dari situ. Ditakuti akan berlaku di tempat lain di Palestine kerana Allah sekali-kali tidak akan mengizinkannya dijual yang menjadi Kiblat pertama dan Haram yang ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabi al-Mubarak.
Selepas diperhati di dalam fatwa yang dikeluarkanoleh mufti-mufti dan ulama’ulama’ Islam di Iraq, Mesir, India, Maghribi, Syiria, Palestine dan seluruh pelusuk dunia Islam yang lain dengan jelas bersepakat mengharamkan penjualan tanah di Palestine kepada Yahudi, mengharamkan broker terhadap penjualan atau menjadi orang tengah ataupun memudahkan urusan penjualan dalam apa jua bentuk dan keadaannya serta mengharamkan perasaan redha atau berdiam diri terhadapnya. Seandainya benar-benar berlaku kepada orang Palestine yang mengetahui natijahnya serta rasa redha, serta merta orang itu menjadi kafir dan murtad dari agama Islan dengan iktikad yang sah, sebagaimana fatwa yang dikeluarkan oleh Haji Amin Hussaini ,mufti Al-Quds dan presiden Dewan Tertinggi Islam.
Selepas diteliti dan diperhati terhadap suasana yang ada serta berdasar fatwa-fatwa, persetujuan yang dicapai bahawa penjual, broker dan orang tengah di dalam penjualan tanah-tanah di Palestine kepada Yahudi memudahkan urusannya merupakan :
1.Faktoratau bentuk yang membantu pengusiran orang-orang islam dari tanah air mereka.
2.Orang yang melarang menyebut nama-nama Allah di dalam masjid-masjidNya serta mengalakkan keruntuhannya.
3.Mengambil orang yahudi sebagai pelindung kerana tindakannya boleh menolong atau membantu mereka menentang orang-orang islam.
4.Menghina Allah, Rasulnya dan muslimin.
5.Mengkhianati Allah, RasulNya dan amanah yang dibebankan kepadanya.

Merujuk kepada dalil-dalil yangmenjelaskan hokum-hukum keadaan seumpama ini berdasar ayat-ayat dari Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud :
“ Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipertanggungjawab kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar”.Al-Anfal:27
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat, maka sesungguhnya mereka telah memukul kebohongan dan dosa yang nyata “.(Al-Ahzab:58)
“Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan di akhirat mendapat siksaan yang berat”.(Al-Baqarah:114)
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerinya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agamanya dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.(Al-Mumtahanah:8-9)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhku dan musuhmu sebagai teman-teman setia”.(Al-Mumtahanah:1)
“Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pelindung maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka”.(Al-Maidah:51)
Oleh yang demikian, dari apa yang kami utarakan tadi termasuk sebab-sebab dan natijah-natijah, kata-kata, hokum-hukum dan fatwa-fatwa dapat difahami bahawa orang yang menjual tanah kepada Yahudi di Palestine sama ada secara langsung atau melalui perantaraan, sebagai broker atau orang tengah di dalam penjualan ini, memudahkan urusan dan membantu dalam apa jua bentuk di samping mengetahui natijah-natijah yang disebutkan tadi, mereka semua termasuk orang-orang yang tidak perlu disembahyangkan dan tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang-orang islam serta wajib menyekat dan memutuskan hubungan dengan mereka, menghina kedudukan mereka dan tidak berlembut serta tidak mendekati mereka sekalipun mereka terdiri dari bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara dan isteri-isteri kamu.:
“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi pelindungmu, jika lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pelindung, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. Katakanlah : “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan, peniagaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cinta daripada Allah dan RasulNya dan dari jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. “Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang fasik”.(At-Taubah:23-24)

Demikian juga sekirannya membiarkan kerja-kerja mereka serta rasa redha dengannya. Perkara seumpama ini juga sama sekali diharamkan sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud :
“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang member kehidupan kepada kamu dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mendinding antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan. Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya”.(Al-Anfal:24-25)

Allah telah jadikan kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendegar peringatan. Oleh itu ikutilah dengan sebaik-baiknya kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung dan Dialah pemberi nikmat perlindungan dan nikmat pertolongan.

Tarikh : 20 Syawal 1353H
26hb.Dec.1935M

Ulamak-ulamak Islam di Najd telah mengeluarkan fatwa pada julai 1937M yang menyebut bahawa wilayah Yahudi di negeri Islam, adalah batal dan haram.
Begitu juga ulama’-ulama’ Islam di Iraq telah mengeluarkan fatwa pada 1937M yang menyebut bahawa wajib bagi setiap muslim menentang penubuhan Negara Yahudi di Palestine.

Fatwa Muhammad Rashid Redha.
Barangsiapa menjual sesuatu dari tanah Palestine dan sekitarnya kepada Yahudi atau Ingerris seolah-olahnya menjual Masjidil Aqsa dan tanahair seluruhnya kerana pembelian tanah adalah jalan ke arah itu serta Hijaz akan diancam kemerbahayaan sedangkan darjat tanah dari negeri ini seumpama tengkuk manusia dari tubuhnya. Sehubungan itu, secara syar’i kembali maanfaatnya kepada islam secara keseluruhannya, bukan hak milik peribadi khasnya. Pemilikan melalui perang ke atas negeri Islam hukumnya batal, khianat kepada Rasulnya dan amanah Islam. Aku tidak dapat sebutkan di sini apa yang akan diperolehi dari kesalahan khianat, namun aku mencadangkan setiap orang yang beriman dengan Allah, kitabNya dan RasulNya agar menyebarkan hokum syarak ini di seluruh negeri serta menyeru supaya membuat sekatan terhadap pengkhianat yang masih terus mengkhianati dalam semua perkara termasuk dan pergaulan, muamalah, perkahwinan, perbualan sehinggalah mereka menyerah untuk berdamai.

Thursday, May 13, 2010

Jihad Rakyat Palestin Melawan Yahudi

Dipetik dari Buku Sejarah HAMAS

Mereka yang gugur sebagai syahid di atas bumi Palestin berjumlah 10 juta muslimin sepanjang pusingan sejarah yang berlalu.

Dari segi perjuangan di hadapan Yahudi di antaranya :
1. Pada 27 Februari tahun 1920M berlaku perarakan dari masjidil Aqsa yang disertai oleh 40 ribu orang untuk menyerahkan kenangan-kenangan yang menentang Perjanjian Baalfur dan penghijrahan Yahudi kepada konsul-konsul negara-negara besar di Al- Quds.

2. Pada hari pertama dalam bulan Mac tahun 1920M bermulaaa tindakan bersenjata melawan Yahudi di perkampungan Matla membunuh 7 orang Yahudi di antaranya seorang Kapten.

3. Pada 27 Mac 1920 Charshall telah menziarahi Quds menemui satu perwakilan yang diketuai oleh Musa kazim al-Husaini selaku ketua kampung yang berdebat dengan beliau. Namun Charshall menjawab bahawa British tetap akan melaksanakan Perjanjian Balfur.

4. Pada pertengahan Mei tahun 1920M seramai 3 ribu orang Arab telah menyerang satu perkampungan di Tah Takfa berdekatan Yafa dan berterusan menyerang musuh selama seminggu. Pertempuran dapat dihentikan setelah campur tangan kereta-kereta kebal British menentang Arab. Seramai 108 orang telah syahid dan 75 orang Arab telah cedera serta membunuh 47 orang Yahudi dan mencederakan 146 orang yang lain. Hukuman gantung telah dijatuhkan ke atas ‘Atha al-Zer dan Muhammad Jamjum dan Khalil serta fuad Hijazi dari Sofad. Hukuman gantung telah dibuat pada 17 Julai 1930M.

5. Revolusi Barak dari 16 hingga 26 April 1929M telah mengorbankan 133 orang Yahudi dan mencederakan 339 yang lain. Manakala 116 orang Arab telah syahid dan 232 orang cedera.

6. Persidangan Islam yang pertama dipengerusikan oleh Haji Amin Husaini pada 27 Rejab 1350H bersamaan pada 1931M..

7. Pada bulan Oktober 1933M telah berlaku tunjuk perasaan di kebenyakkan ceruk Palestin menentang British.

8. Pada 1935M satu persidangan yang dihadiri oleh 500 orang rakyat Palestin telah mengeluarkan satu ketetapan melarang kepada rakyat menjual tanah kepada Yahudi.

9. Gerakan Qassam : Syeikh Qassam telah menyedari sejak tahun 1922M untuk mentarbiyyah generasi muda agar mencintai jihad dan mengajak mereka berperang selain membentuk satu kumpulan dan menndidiknya kearah yang betul. Seramai 200 orang lelaki dihantar ke merata pelusuk Palestin untuk merosakkan penempatan-penempatan Yahudi.
Syeikh Qassam adalah Presiden bagi Persatuan Pemuda Muslimin di Hifa dan belajar di Masjid Istiqlal. Pada 20 November tahun 1935 beliau telah keluar ke Ahrash untuk beribadah berdekatan Junain. Di sini British telah menyerangnya dengan senjata. Beliau telah syahid bersama mujahidin dari kalangan sahabat-sahabatnya.Imam hassan Al-Banna telah menghantar saudaranya Abdul Rahman Al-Banna untuk menghubungi Qassam dan kemudian menemuinya di Kaherah.

10. Revolusi 1936M : Demontrasi yang paling lama dalam sejarah iaitu dari 15 April sehingga 8 Oktober pada tahun yang sama. British telah berusaha menyuraikan tunjuk perasaan dengan menggunakan 60 ribu orang tentera British bersama Yahudi tetapi telah gagal. Akhirnya negara-negara Arab yang memainkan peranan menipu rakyat Palestin. Mereka menyiarkan keterangan berikut dari kerajaan arab di hari Isra’ dan Mikraj :

“ Kita telah lama menanggung kesakitan akibat keadaan yang berleluasa di Palestin. Kita telah bersetuju bersama saudara-saudara kita raja-raja Arab dan Amir Abdullah menyeru kamu supaya tetap dan tenang. Hak kita untuk darah bergantung kepada niat yang baik sahabat kita kerajaan British.”

Demontrasi ini juga disertai dengan jihad bersenjata serta disertai oleh para mujahidin dari Syiria , Labenon dan Iraq bersama mujahidin Palestin yang bersenjata dan menyerahkan pimpinan mujahidin kepada Fauzi Qqauqagi (pemberontakan berdasar batas yang mereka sifatkan ) Semasa demontrasi itu pada 25 April 1936M telah dibentuk Badan Tertinggi Arab yang dipengerusikan oleh Mufti Haji Amin Husaini.

Saturday, February 13, 2010

Selepas setahun peperangan Ghaza

Oleh : Siddiq Osman




Sudah lebih setahun peperangan terhadap Ghaza berlalu, sudah tiga tahun Bandar itu dikepung dan dikenakan sekatan. Kini ancaman bentuk baru dikenakan FATAH melakukan berpuluh penangkapan ke atas ahli HAMAS. Sedangkan FATAH gagal melakukan apapun usaha bagi menyekat kemaraan dan kegiatan Israel di bandar al Quds yang berada di bawah kawalannya.

HAMAS yang berusia 22 tahun kini sedang menghadapi musuh dalam selimut dan luar selimut. Baik dari kalangan munafik Palestin atau Arab lain sehinggalah Kafir Yahudi. Walaupun serata Umat Islam mendukung penduduk Ghaza dari dianiaya bahkan masyarakat bukan Islam Eropah juga turut bersimpati tetapi bantuan masih disekat oleh Mesir dan Tebing Barat apatah lagi Israel dari memasuki Ghaza. Baru-baru ini seramai 300 aktivis dari Perancis melancarkan mogok kerana tidak dibenarkan melintasi sempadan Rafah untuk misi kemanusiaan di Ghaza.

Bahkan perojek terbaru Mesir untuk membina tembok baja di sempadan Rafah sedang dikecam hebat seluruh dunia sebagai jenayah kemanusiaan. Tembok baja ini dipercayai bagi mengetatkan lagi sekatan dan tekanan ke atas HAMAS di Ghaza. Tembok yang sedang diusahakan akan mengurangkan terowong yang wujud antara Ghaza dan Rafah. Mesir menggunakan alasan kedaulatannya untuk meneruskan usaha ini. Semua permainan kotor ini dikecam oleh pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Syeikh al Ahmar Yaman menggelar benteng baja ini sebagai kerja gila dan jahat dan menyifatkannya sebagai kemungkaran. Syeikh Abdul Majid az Zindani menyifatkan projek membina tembok baja itu sebagai haram, batil dan juga pembunuhan secara perlahan-lahan. Bagaimanapun HAMAS mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menghormati kedaulatan Mesir.

Namun begitu apa yang berlaku tidak sedikitpun melemahkan HAMAS bahkan dengan izin Allah HAMAS dan kumpulan pembebasan Islam yang lain semakin kuat. Baru baru ini beberapa pejuang menjumpai senjata-senjata Israel yang disembunyikan ketika mereka kalah dalam peperangan ke atas Ghaza tahun lalu. HAMAS yang menjadi sasaran serangan fizikal dan politik dilihat semakin matang dan kukuh walau diasak dari luar dan dalam.

Kekukuhan HAMAS ini dari sudut politik dan juga ketenteraan. Ini yang menyebabkan Mahmud Abbas terpaksa menarik diri dari bertanding jawatan presiden Palestin. Ini juga yang menyebabkan Pihak berkuasa Palestin yang diketuai FATAH terpaksa melakukan beberapa siri penangkapan ke atas ahli HAMAS dan Jihad Islamiy. Bagaimanapun semua usaha ini bukan melemahkan HAMAS dan pejuang lain bahkan ia menjadi faktor HAMAS semakin disokong dan mendapat kepercayaan oleh masyarakat dalam dan luar Palestin.

Tiga tahun dikepung HAMAS masih kekal dengan pendirian bahawa hanya mengangkat senjata dan jihad adalah cara untuk membebaskan Palestin dari Israel. Bukan sekadar kerajaan HAMAS tetapi rakyat Ghaza juga menyetujui perkara ini dengan sokongan mereka terhadap pimpinan Haneyah yang semakin kuat. Ghaza kini membuka pintu untuk pelabur luar melakukan pelaburan. Ismail Haneyah memberi jaminan keperluan dan keselamatan kepada pelabur yang mahu memajukan Ghaza.

Baru-baru ini Ehud Barak menteri peperangan Israel mengancam HAMAS dan Hezbullah akan berlaku peperangan pada tahun hadapan antara Israel dan kedua-dua gerakan jihad besar itu disambut oleh wakil HAMAS di Lubnan pada 29 Disember 2009 dalam kenyataan akhbarnya bahawa Kataib al Qassam akan memberi kejutan besar kepada Israel dalam pertempuran akan datang beliau enggan mengulas perincian kepada kejutan yang akan dihadapi Israel. Bagaimanapun beliau menyatakan sayap ketenteraan HAMAS akan melibatkan diri dalam setiap pertempuran dengan Israel.

Isu pertukaran tahanan masih diperbincangkan sebagai perbincangan dalaman oleh HAMAS dan tidak ada sebarang keputusan lagi dikeluarkan. Bagaimanapun Israel sudah mula membebaskan beberapa tahanan dari penjaranya walaupun ada beberapa penangkapan baru.

Ghaza dikepung Tebing Barat ditawan. Kini sebanyak 130 rumah dirobohkan di sekitar al Quds dan 536 penduduk al Quds diusir. Inilah yang berlaku di Tebing Barat dan memerlukan perhatian serius umat Islam kerana inilah bandar Isra’ dan Mikraj juga tanah suci ketiga Umat Islam. Mengharapkan FATAH yang merupakan duri dalam daging bagi bangsa Palestin dalam menangani Israel bagai mengharapkan pagar, pagar makan padi. Islam akan kembali bersinar sekiranya umat Islam mahu mengakui bahawa Jihad mengangkat senjata adalah jalan dari jalan-jalan Islam. Ini yang diseru HAMAS sejak penubuhannya 22 tahun lalu. Namun ada puak-puak Arab yang bacul mengharapkan perdamaian antara Islam dan Israel di meja perundingan. Mesir tidak henti henti menyarankan perdamaian sedangkan mereka sendiri pernah dilanggar bangsa tidak bermaruah itu.

Kesimpulannya Ghaza dan penduduknya perlu kita sedari sentiasa menerima rezeki dari Allah dan bantuanNya. Tetapi kita, akan terus dipersoalkan atas apa yang kita usahakan. Saya sekali lagi menyeru keperihatinan umat Islam untuk memboikot secara keras segala apa yang jelas menyumbang kepada Yahudi yang membantai saudara kita di Palestin dan lain-lain negara. Palestin adalah tanah kita penduduknya adalah saudara kita.

Allahummansurul mujahidiina fil ardhil Israa’ innaka anta khairunnaasiriin.

Wednesday, October 28, 2009

Intifadhah Yafa : Mei 1921 (Saksi Pembelaan British terhadap kewujudan Israel)




Oleh : Siddiq Osman

Kedatagan Menteri British Winston Churchill ke Palestin pada 28 Mac 1921 telah mengundang kemarahan dan memusnahkan harapan Bangsa Palestin. Apabila dia menjelaskan dengan pasti sokongan Britain untuk kerajaan autonomi Yahudi.
Perjumpaannya dengan pimpinan Arab dan palestin di Kaherah pada 22 Mac dan di Al-Quds 28 Mac telah memusnahkan impian Arab. Ditambah pula dengan keganasan polis meleraikan tunjuk perasaan di Haifa yang menyebabkan kematian 2 orang Arab serta mengharamkan sebarang tunjuk perasaan.


Pada 1 Mei 1921 ketika Yahudi sedang merayakan Hari Buruh di perkampungan Mansyiah di Yafa, telah berlaku tembakan senjata api dari rumah pendatang Yahudi dan terkena seorang wanita Arab. Maka puak Arab telah datang menyerang rumah pendatang Yahudi dan mengakibatkan 13 orang Yahudi dibunuh manakala 24 yang lain cedera dari 100 orang yang rata-ratanya dari kalangan pemuda Yahudi yang menetap di situ. Kemudian serangan ini merebak kepada serangan-serangan dan pertempuran-pertempuran seluruh utara Palestin sehinggalah akhir Mei 1921.


Ini telah mengakibatkan Yahudi dibenarkan menubuhkan pasukan keselamatan di Yafa, dengan mendapat bekalan senjata untuk melindungi diri mereka. Sehingga mereka mengambil peluang ini untuk melepaskan tembakan ke atas orang Arab dengan menyarung Uniform British. Disebabkan ini Arab meminta British menukar tenteranya dengan tentera Benggali kerana sukar bagi Arab membezakan antara British dan Yahudi. British telah menunaikan beberapa tuntutan Arab.


Intifadhah telah meluas ke luar Yafa. 3000 orang Arab telah melancarkan serangan ke
atas penjajah di sekitar .Tah Tikfa, bagaimanapun kemaraan mereka dihalau oleh Batalion Berkuda Indra ke-8 dengan bantuan udara British dan berakhir dengan gugurnya 20 orang sebagai Syahid dan 15 orang cedera. Manakala 4 Yahudi terbunuh, 12 lagi cedera. Pada 6 Mei 1921, 400 orang Arab melancarkan serangan ke atas penjajah sekitar al-Khudairah dan membakar 2 buah rumah dan mereka hampir mengusir penjajah jika Tentera Udara British tidak memaksa mereka berundur. Pada hari yang sama seramai 600 orang Arab menyerang Yahudi di Ruhaudut namun pasukan British sempat sampai pada masanya untuk menyelamatkan Yahudi. Begitu juga dua serangan lain yang telah dilancarkan Arab di Kebun Saba dan Ain Hayu sehingga memaksa Yahudi lari ke Tah Tiffa.


Di pihak lain, Yahudi telah menawan muslim di Tak Tikfa dan membunuh 50 orang Muslim. Di antara mereka ada yang mati, dibakar dengan air perak dan juga dicincang, dan juga didera serta diseksa sehingga mati. Di antara 50 orang itu ada kanak-kanak dan wanita. Gadis-gadis dirobek perut setelah dirogol dan dibogelkan, ini disahkan oleh Laporan Perubatan.


Menurut laporan rasmi Britain, korban Yahudi seramai 47 orang dan seramai 146 orang cedera. Manakala korban dari arab seramai 48 orang dan cedera 73 orang. Jelasnya bilangan ini kurang dari jumlah sebenar. Manakala statistik yang dikeluarkan oleh Samiy Al-Juudiy menyebut Shuhada Arab mencecah 157 orang, manakala yang cedera 705 orang dan jumlah mangsa Yahudi melebihi jumlah Arab. Laporan dari Istana Permaisuri Britain, bahawa kebanyakkan puak Arab gugur ditangan tentera British. Manakala laporan lain dari Britain menyebut kebanyakkan Arab gugur akibat bedilan peluru Yahudi dan British. Manakala Yahudi terbunuh akibat hentaman dan tikaman pisau-pisau serta tongkat orang Arab.


Kesimpulan daripada peristiwa ini menunjukkan bagaimana Britain berperanan menjaga kelangsungan survivol Yahudi di Palestin pada zaman itu. Turut disimpulkan bahawa Intifadhah ini hampir membuahkan hasil sekiranya golongan politik Arab tidak tergopoh-gapah menyahut salam perdamaian yang berat sebelah dari pihak Yahudi. Golongan politik yang dahagakan jawatan dari orang inggeris yang jelas lagi terang menyebelahi Yahudi.


Kini fenomena yang sama berlaku cuma beralih pelakonnya. Jika dahulu Britain, kini Amerika memainkan peranan “Sugar Daddy” bagi Israel. Manakala golongan gila pangkat sibuk melobi usaha damai dengan Yahudi Malaun.


Dipetik dan diolah dari : Palestin, Kajian Dasar Dalam Permasalahan Palestin. Karangan : Doktor Mukhsin Muhammad Soleh. MukaSurat 271-273.

Tuesday, August 4, 2009

Penentangan Terhadap Penjajahan British 1917-1920

Oleh : Siddiq Osman

1. Penentangan bersenjata yang pertama berlaku pada 1886 iaitu para petani mengusir Yahudi yang merampas tanah mereka pada ketika itu dengan campur tangan kerajaan Uthmaniyah.

2. Penentangan ini bertambah selepas kesedaran terhadap Projek Zionis tersebar. Pemuka-pemuka Islam di al-Quds menentang Risyad Basha yang merupakan pemimpin al-Quds ketika itu dalam memberikan milikan kekal ke atas tanah Palestin kepada Yahudi pada tahun 1860. Mereka mengutuskan bantahan kepada Perdana Menteri Kerajaan Uthmaniyah pada 24 Jun 1891 menuntut sekatan penghijrahan Yahudi Russia ke Palestin dan menegah pemilikan tanah pada Yahudi di bumi Palestin. Antara yang terlibat dalam penetangan ini : Rasyid Ridha, Yusuf Khalidiy, Muhammad Tohir al-Husainiy, Ruhiy Khalidiy dan Said al-Husainiy.Telah berlangsung beberapa seminar kesedaran sebelum perang dunia pertama 1914.

3. Pada 1917 British telah menjajah selatan dan tengah Palestin. Pada September 1918 utara Palestin pula jatuh ke tangan British. Tetapi mereka memasuki Palestin dengan tentera gabungan yang diketuai al-Syarif Husain. Oleh yang demikian penentangan oleh bangsa Palestin tidak tercetus kerana mereka menjanjikan kebebasan dan kemerdekaan bangsa Arab. Bagaimanapun British memungkiri janji mereka dengan membenarkan Yahudi membentuk kerajaan autonomi di Palestin.

4. Golongan pertama menentang Projek Zionis adalah Jamiah al-Fida’iyah pada awal 1919 yang terdiri dari beberapa cawangan di Yafa, alQuds, Ghazza, Nablus, Tulkaram, Ramlah dan al-Khalil. Pemimpin pertamanya adalah Muhammad ad-Dibagh, kemudian Mahmud Aziz al-Khalidiy dan berterusan dalam pelbagai bentuk sehinggalah tahun 1923. Gerakan inilah yang mencetuskan Intifadhah Musim Nabi Musa di al-Quds pada April 1920.

5. Diantara Disember 1919 - Mac 1920 Arab telah menyerang kem penjajahan Yahudi di al-Jalil bahagian atas sehingga mereka merampas kembali al-Mutillah,Tel Hayy, Kufru Jal’adiy dan Yahudi terpaksa melarikan diri. Dalam Intifadhah Musim Nabi Musa pada 10 April 1920, telah mengakibatkan kematian seramai 5 oranng Yahudi dan seramai 211 orang yang cedera termasuk 18 orang cedera teruk dan turut melibatkan kecederaan 7 tentera British. Walaupun gugur 4 orang dari pihak mujahidin dan cedera 24 yang lain tetapi Intifadhah ini dianggap berjaya dengan kegiatan yang terancang oleh kepimpinan Jam’iyah al-Fada’iyyah.

Sumber : Palestin Kajian Dasar Dalam Permasalahan Palestin.. (Oleh : Dr.Muhsin Muhammad Soleh)

Wednesday, July 8, 2009

Intifadhah: Penentangan Dan Kesannya Ke Atas Zionis.


Oleh : Siddiq Osman

Setelah gelombang pertama Intifadhah Pencetus dihentikan pada 1997 atas perjanjian damai dan beberapa faktor strategi. Pada tahun 2000 ia kembali dengan gelombang baru yang lebih besar untuk menggugat kewujudan Israel dan penguasaan Rejim Zionis di bumi Israk itu.

Intifadhah ini diberi nama Intifadhah al-Aqsa. Telah dilancarkan oleh Yasser Arafat. Jumlah operasi dalam tempoh 2 tahun ini menjangkau ke 41 operasi yang disertai oleh pelbagai gerakan pembebasan yang ada di Palestin. Tambah menarik lagi operasi-operasi ini merangkumi segenap pelusuk bumi Palestin baik yang dikuasai gerakan pembebasan Palestin mahupun Zionis atau kawasan yang digelar tanah jajahan. Majoriti operasi berkitar di Tebing Barat dan Israel.

Seperti biasa HAMAS mendahului jumlah operasi berbanding gerakan-gerakan lain. Walaupun jumlah operasi berkurangan berbanding intifadhah pertama namun operasi kali ini mengakibatkan kerugian yang sangat besar bagi Israel. Tekanan akibat intifadhah ini telah membawa kepada pembinaan tembok satu hala oleh Israel.


Perjanjian damai pada 1994 telah membantu yahudi meningkatkan keupayaannya seperti berikut:
  1. Peningkatan pendapatan dalaman dari 55 bilion ke 85 bilion dolar.
  2. Peningkatan pendapatan perkapita dari 12600 dolar pada tahun 1992 kepada 15600 dolar pada tahun 1995 dan 18000 pada tahun 2000.
  3. Penurunan kadar pengangguran dari 11.2 tahun 1992 kepada 6.9 tahun 1996 dengan kedatangan buruh dari Romania dan Thailand sebanyak 300 ribu orang.
  4. Pertumbuhan ekonomi meningkat dari 7.4% pada tahun 2000 dan pada tahun 1999 pertambahan export sebanyak 23%.
  5. Bahkan jumlah korban Israel selama 22 tahun selepas perjanjian oslo sebanyak 600 orang iaitu bersamaan 28 orang per tahun.


Bagaimanapun keadaan ini berubah setelah intifadhah al Aqsa dilancarkan; kepada berikut:
  1. Peningkatan belanja ketenteraan sebanyak 800 juta dolar kepada 1 bilion dolar pada tahun 2002. Jumlah kerugian Israel akibat intifadhah al Aqsa mencecah 10 bilion dolar.
  2. Penurunan pendapatan per kapita kepada 15000 dolar pada tahun 2002.
  3. Kadar pengangguran meningkat dari 8 % kepada 11% pada tahun 2001.
  4. Ekonomi Israel mencatat penurunan 0.9% pada 2001 kadar eksport turun ke 11.7% tahun 2001 dan 4.2% tahun 2002.
  5. Dalam tempoh 2 tahun sahaja seramai 644 orang Yahudi tekorban akibat operasi Intifadhah.
  6. Ini mendesak Israel melakukan beberapa perkara antaranya menjatuhkan hukuman buang negara ke atas Yasser Arafat, membuat gencatan senjata setahun dan mengadakan persidangan antarabangsa yang berterusan bermula dari 2004 dan akhirnya pada tahun 2005 ditubuhkan kerajaan sementara Palestin.


Ini semua adalah stratergi terancang HAMAS dan pejuang-pejuang lain di bumi Palestin dengan bantuan dari seluruh kaum muslimin yang memboikot ekonomi Israel. Suka saya sertakan beberapa analisa operasi sekitar Intifdhah al Aqsa ini.

Jumlah korban yang diakibatkan oleh gerakan-gerakan Palestin bagi pihak Yahudi pada tahun 2000-2002.

Gerakan

Bil. Mati

Peratus

Bil. Cedera

Peratus

Izzuddin Qassam, HAMAS

304

47.8

1877

45.4

Syuhada al Aqsa, FATAH

110

17.1

752

20.6

Saraayaa al Quds, Jihad Islamiy

47

7.4

487

11.8

Abu Ali Mustafa, Jibhah Sya’biyah

13

2

162

3.9

Muqawamah wataniyah, Jibhah Demokratiyah

3

0.5

20

0.5

Muqawamah Sya’biyah, Alawiyah Salah ad Din

9

1.4

11

0.3

Operasi sepadu

39

6.1

182

4.4

Operasi luar maklumat

91

14.1

497

12

Operasi individu

24

3.7

49

1.2

Jumlah

644

100

4137

100

























Kawasan Operasi dan Hasil dari 28-9-2000 hingga 28-9-2002:


Kawasan

Mati

Cedera

Tebing Ghaza

64

293

Tebing Barat

227

650

Al Quds

119

1168

Palestin yang dijajah(Israel)

234

2026

Jumlah

644

4137











Sememangnya bukanlah kita mendambakan kebinasaan sesama insan tetapi adat peperangan menilai dan mengukur kejayaan dengan kemusnahan di pihak musuh. Bahkan operasi-operasi di atas ini sebenarnya meragut nyawa tentera dan agen-agen penjajahan bukanlah rakyat awam seperti yang diwar-warkan. Kita harus sekali lagi ingat pejuang-pejuang ini sedang mempertahankan tanah umat Islam dan maruah kita semua. Sokongan yang jitu dalam apa jua bidang mesti disalurkan dengan hasrat bumi Palestin akan bernafas dengan merdeka kembali. Semoga Allah menerima amal kita, amal mereka dan menempatkan kita semua di dalam syurgaNya. Nantikan info seterusnya!!!


Rujukan: Samarat al Intifadhah; dr. Samiy Solehiy

HAMAS al muntalaqat wal Ahdaf: ‘ala’ an Nadiy.

Hasaad al Intifadhah : HAMAS



Gerakan

Bil. Mati

Peratus

Bil. Cedera

Peratus

Izzuddin Qassam, HAMAS

304

47.8

1877

45.4

Syuhada al Aqsa, FATAH

110

17.1

752

20.6

Saraayaa al Quds, Jihad Islamiy

47

7.4

487

11.8

Abu Ali Mustafa, Jibhah Sya’biyah

13

2

162

3.9

Muqawamah wataniyah, Jibhah Demokratiyah

3

0.5

20

0.5

Muqawamah Sya’biyah, Alawiyah Salah ad Din

9

1.4

11

0.3

Operasi sepadu

39

6.1

182

4.4

Operasi luar maklumat

91

14.1

497

12

Operasi individu

24

3.7

49

1.2

Jumlah

644

100

4137

100

Gerakan

Bil. Mati

Peratus

Bil. Cedera

Peratus

Izzuddin Qassam, HAMAS

304

47.8

1877

45.4

Syuhada al Aqsa, FATAH

110

17.1

752

20.6

Saraayaa al Quds, Jihad Islamiy

47

7.4

487

11.8

Abu Ali Mustafa, Jibhah Sya’biyah

13

2

162

3.9

Muqawamah wataniyah, Jibhah Demokratiyah

3

0.5

20

0.5

Muqawamah Sya’biyah, Alawiyah Salah ad Din

9

1.4

11

0.3

Operasi sepadu

39

6.1

182

4.4

Operasi luar maklumat

91

14.1

497

12

Operasi individu

24

3.7

49

1.2

Jumlah

644

100

4137

100