Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Friday, August 12, 2011

salahuddin Al-Ayubi

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya
juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan
mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir
dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan
merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan
tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh
dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai
anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi
tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa
depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada
zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk
menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan
Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah
oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat
berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa
ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin Al-Ayubi

Ketika Salahuddin menguasai Mesir,dia tiba-tiba berubah. Dia yakin bahawa Allah
telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak
mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah
menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi
pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya.
Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan
dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara
hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah wara' dan menjalani hidup yang
lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih
corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan
seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang
cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku
yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan dia memenangkan
perjuangan Islam. Sehubungan denganitu dia telah menyerahkan dirinya untuk jalan
jihad.


Semangat Jihad Salahuddin Al-Ayubi

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin
telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad
menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang
paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat
pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan
sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah
perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa sahaja yang
menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang
memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihad melawan
tentera salib dia akan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada persiapan
perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak
tunggal akibat dibunuh oleh tangan yang jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung
medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya
benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Dia juga akan pergi ke seluruh
pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit
membela Islam.

Ketika dia mengepung Acre dia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor
peribadinya. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana dia tidak mahu
perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Peperangan Salib di Hittin

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan
tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24
Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja
Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald
dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari
Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga
tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole
menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang
tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di
antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala
manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian
telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang
dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin Al-Ayubi kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan lagi kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley
Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa
peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan
diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja
Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja
duduk dekat dengannya.

Kemudian dia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah
bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika dia bersumpah akan melanggar dua
kota suci dan kedua ketika dia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan
menuntut bela Muhammad SAW atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan
memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari
khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, dia mengeletar kerana menyangka
gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya
sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain,
tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah
apa yang telah terjadi".

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi
Muhammad SAW. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin
mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas
kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani.
Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu,
Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Ketika dia mendengar berita ini dia telah
berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila dia dapat
menangkapnya.

Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk
menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin
sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan
mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab,
583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat
Rasulullah SAW naik ke langit.

Dalam catatan Bahauddin dia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai
orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang
dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk
mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua
pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul
Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa
hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu
betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin Yang Penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh
berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun
mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah
mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah
menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.
Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan,
mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian
diperlakukan tidak baik.

Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah
telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada
orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa
Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah memberi infak,
Padri besar pun telah menderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan
pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu
membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka begitu ramailah orang berpusu-pusu
keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah
Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian
ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat
dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan
Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas
bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir
dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan
kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat
bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh
Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang
diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang
penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di
sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada
tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam
peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia
telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian
ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah
dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick
Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja
Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah
bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan
saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat
pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang
besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak
menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat
perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah
pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan
Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang
telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan
Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang
Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhannya
menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin
tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil
tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.

Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England,
Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan
beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra
Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan
Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan
sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi
Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah
ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin.
Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi
mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menyerahkan jiwa raga mereka di
jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh
dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah
berbelah bagi.

Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq)
telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin
memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir,
Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam
dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi
Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula
peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Dia
mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan.
Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri.
Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa
yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis
itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya,
pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai
sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya
menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan
perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada
Salahuddin.

Kematian Salahuddin Al-Ayubi

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H,Salahuddin telah pulang ke rahmatullah selepas
berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir
Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas dia jatuh sakit, dia telah
menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta
menemani Salahuddin di Istana supaya jika dia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah
boleh diperdengarkan kepadanya.

Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin.
Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas
membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar.
Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin
membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira dia
berkata, "Memang benar". Selepas dia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali
ke rahmatullah. Masa ini adalah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali
satu dinar dan 47 dirham ketika dia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang
ditinggalkannya tidak cukup untuk upah pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung upah pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun
diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara'

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan bierkenaan
kewarakan Salahuddin. Satu hari dia berkata bahawa dia telah lama tidak pergi
sembahyang berjemaah. Da memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika
sakitnya, dia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan
sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, Dia sentiasa
mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu dia tidak
dapat sembahyang malah, dia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin
melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga
terakhir di mana dia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Tetapi dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Dia tidak pernah membayar zakat
kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan
menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang
memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan
satu dinar wang emas. Dia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa
Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika
sakitnya pun dia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya
berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu
bila ajal akan menemuiku". Maka segera dia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan
haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewafatannya,
keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Dia sangat
gemar mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam medan peperangan dia acap kali duduk
mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu'
semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya
membasahi dagunya. Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw.
Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan.
Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang
kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan
kadang-kadang dia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan
hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa
meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan.
Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak
dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun
keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu
adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan
Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabis kan masa malam itu dengan
bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, "Ku fikir kau
mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi
mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur
semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena
munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu
ku lakukan?"

Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid
Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid,
sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang
sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di
tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan
ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon
pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja
yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu".
Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika
dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya
dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi
aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan
berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa
hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke
Ramla pada hari Isnin pagi"


Tingkah-laku Salahuddin Al-Ayubi

Siapa yang rapat dengannya mengatakan dia adalah seorang Islam yang taat kepada
Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun.
Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan dia
telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin
dan Selasa. Pada masa ini dia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan
kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Dia sendiri akan membacakan
aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan
yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Dia tidak
pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat
orang itu. Dalam masa yang sama dia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, dia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian
memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan
berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera dia memanggil anak
saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang
membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun
tuduhan orang itu didapati tidak berasas, dia telah menghadiahkan orang
itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat
benci kepada ketidakadilan. Dia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan
pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang
memanaskan hatinya, dia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air
muka mereka. Pada suatu ketika dia pernah meminta air minum, tetapi entah apa
sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Dia meminta sehingga lima kali lalu
berkata, "Aku hampir mati kehausan". Dia kemudian meminum air yang dibawakan
kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.

Dalam ketika yang lain dia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama.
Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu dia meminta air sejuk. Sebanyak
dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan dia
belum benar-benar sihat, dia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada
khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu
cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat
pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya
pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika dia telah berjaya menawan bandar
'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan
keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati dia memberikannya.
Bahkan dalam beberapa ketika dia menjualkan hartanya semata-mata untuk
membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu
merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.

Jika dia tahu, dia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin
pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata
Bahauddin, "Dia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya
meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda
penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat
Salahuddin dan dia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat
dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa
mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika
Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat
orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian
datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan
Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan
itu seterusnya mengatakan dia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang
boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita
perempuan
itu lalu diapun turut menangis. Dia segera memerintahkan pegawai-pegawainya
mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah
dapat
dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak
yatim. Bila dia terjumpa anak-anak yatim dia akan menguruskan supaya ada orang
menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang dia sendiri yang akan menjaga dan
membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Dia juga sangat kasihan melihat orang
tua
atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka
apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.


Kesungguhan dan Semangat Sallahuddin Al-Ayubi

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap
sakit kuat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun
demikian, dia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya.
Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka
Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang
kuda".

Dalam ketika yang lain dia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit
tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila dia sakit", kata Bahauddin,
Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Dia tidak dapat tidur akibat
menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, dia akan menunggang kuda untuk
melawan musuh. Dia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan
orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari
menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Dia hanya
akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan
pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin. Kadang-kadang dia sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika
berperang dia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang
mara. Dia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan
memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada
mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin.

Salahuddin diberitahu bahawa dia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang
bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini dia segera mengarahkan
supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk
dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk
menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumlah sehingga 600,000
orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit.
Berkat pertolongan Allah dia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai
tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera
musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.

Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu
peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran
dari
musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam-kabut. Tentera musuh telah merempuh
khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan
mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya
mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi
kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang
7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari
Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beritahu padamu apa yang ada
dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah
kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku,
ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku
akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak
akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi
atau jika ajalku sampai.

Salahuddin Al-Ayubi Sebagai Ulama

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap
suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda
Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Dia sangat gemar mengumpulkan
pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa
berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an dia juga
banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan
gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad
dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.


Saturday, July 17, 2010

Uthman bin Affan

Khalifah Uthman bin Affan ra

Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya
Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan
Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang
ramai.

Sirah Khalifah Uthman bin Affan

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan
ketika Baginda Nabi Muhammad s.a.w. berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang
bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau
merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau
digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau banyak
mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam
peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya sebanyak 950 ekor unta, 50 ekor
kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam
menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah
membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham untuk
digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara'. Tengah
malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji al-
Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari
matanya mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan
dan kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah
melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke
Madinah.

Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi
dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah
meninggal dunia, Rasulullah s.a.w telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda s.a.w. iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak 7 kali lagi selepas kematian Ummi
Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah
Nailah binti Furaifisha.

Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra yang ditikam. Beliau
dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Khalifah Umar al-Khattab ra.

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12
tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan
keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-
Kubra” iaitu zaman huru hara.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam
menyebar dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara
dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam
yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada
zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah
Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah
negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut
Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa.
Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

2. Melakukan Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila
ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara
sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa
yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari al-Quran. Banyak
terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu
tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham
dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul
pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru yang
mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah
menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah
dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali
dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian
al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Beliau Telah Membesarkan Masjid Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin
ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli
tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada
tahun 29 Hijrah.

4. Usaha Khalifah Uthman Dalam Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai
banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai
pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau
juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang
membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan as-
Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.



Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah)

Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut
adalah Saidina Uthman ra hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun
berikutnya.

Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh
orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rejab.

Saidina Ali bin Abi Thalib ra bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal
tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera
dijawab oleh mereka, "Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar
sewaktu di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan
mengangkat pejabat dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala
fasilitas untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain."

Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya
berkata, "Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas
perbuatanku."

Saidina Ali ra menjawab, "Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi
perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah yang disepakati bersama
keshahihannya. Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Makkah, adalah kerana
dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu
shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak
sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternak unta dan domba miliknya sendiri.
Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pejabat dari
generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan
dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang
demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah
sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya
kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga."

Setelah mendengar penjelasan Ali ra, umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para
peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di
antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu dari pada
sababat termuka yang menjelek-jelekkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman
dibunuh.

Fitnah kejipun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah
tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung
selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan "Al-Fitnah al-
Kubra" yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.

Saidina Uthman ra telah mati dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung
rumahnya pada tahun 35 Hijrah, bersamaan dengan tahun 656 Masihi.
Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan
pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Sunday, June 20, 2010

Almurabbbi Al imam Al Ghazali

Salah satu kaedah motivasi untuk memajukan diri atau merubah sikap yang tidak baik ialah dengan mendengar kata musuh.Biasanya musuh(orang yang tidak senang kepada kita) tidak akan yang baik-baik tentang lawannya.Daripada kata-kata itu bolehlah kita menilai dan menyemak ke dalam diri,lalu membuang tabiat buruk yang disebutkan oleh musuh itu.Diri sendiri mungkin tidak Nampak kecacatan itu tetapi perhatian musuh sentiasa meneliti.

Demikianlah yang dibuat oleh Syeikh Abu Hamid Muhammad bin Muhammad atau yang masyhurnya dengan gelaran Imam Al-Ghazali.Kata-kata sinis seorang ketua perompak padang pasir membuatkan Imam Al-Ghazali berasa tercabar lalu mengubah dirinya dengan menyahut cabaran si perompak tersebut.

Suatu masa ketika pulang dari Jarjan selepas menuntut ilmu di sana daripada seorang alim yang bernama Imam Abu Nashir al-Ismail,rombongan yang disertai Abu Hamid Muhammad telah diserang sekumpulan perompak padang pasir.Semua barangan dirampas termasuklah beberapa buah buku catatan.Abu Hamid sangat menyayangi buku catatan itu,lalu diberanikan dirinya meminta kembali buku itu.Namun jawapan ketua perompak membuatkan Abu Hamid Muhammad terkedu,”untuk apa buku catatan ini,wahai anak muda.Bukankah enkau telah memahami dan menghafal seluruh isi kandungannya?”

Selepas peristiwa itu.Imam al-Ghazali yang ketika itu masih remaja mula melipatgandakan usahanya dalam menuntut ilmu.Beliau menghafal seluruh isi buku catatannya.Setiap kali menghadiri majlis ilmu,Imam al-Ghazali tidak lagi member tumpuan pada mencatit.Sebaliknya menunpukan pada pemahaman yang bersungguh-sungguh.Berlalu tempoh sebagai seorang penuntut ilmu,menadah ilmu daripada ramai guru dan dari banyak tempat,nyata Imam al-Ghazali ialah seorang murig yang pintar dan gigih.Tidak mengambil waktu yang panjang seperti kebanyakan penuntut seusia,beliau telah dapat menguasai ilmu tauhid,feqah,tawasuf,falsafah serta banyak lagi cabang ilmu yang berkaitan.

Resam orang-orang soleh zaman silam gemar berpindan-randah.Imam al-Ghazali yang sudah lama berada di Naisabur berhijrah pula ke Baghdad.Baghdad pada ketika itu di bawah pemerintahan Nizam al-Mulk,Perdana Menteri kerajaan Saljuk.Kedatangan orang alim diri Naisabur ini diraikan dengan menganugerahinya jawatan sebagai tenaga pengajardi Universiti Nizamiah,Baghdad.

Imam al-Ghazali melalui perkembangan pemikiran yang pesat.Malangnya perkembangan ini tidak menguntungkan umat,tetapi tumbuh pelbagai fahaman dan aliran yang mengelirukan.Lebih rumit lagi apabila falsafah Yunani dan Syiah turut ‘menonjolkan diri’ di tengah-tengah kemelut krisis pemikiran yang saling bertelagah.Ada juga golongan yang berasa puas dan selesa dengfan al-Quran dan hadis dan tidak ambil kisah lagi pada puak lainnya.Namun berlaku juga salah-menyalahkan di antara ahli feqah,ahli tasawuf dan tauhid.Ada golongan yang mengikut pelbagai fahaman mazhab falsafah dan rasionalisme.Ada juga penganut fahaman Muktazilah yang menjadikan fahaman Yunani dan logic Aristotle sebagai pegangan dan golongan ahli falsafah tang mengikuti falsafah Plato moden.

Barangkali bagus juga mereka yang cenderung kepada aliran sufi.Namun,malangnya aliran yang dianuti itu melampai batas sepatutnya.Golongan sufi ini percaya bahawa makrifat Allah boleh dicapai oleh pencari hakikat memalui cahaya dalaman,bukan dengan akal atau mengikut sunnah.Semua fahaman dan aliran yang wujud itu saling menarik serta mempengaruhi pemikiran umat Islam.Imam al-Ghazali melihat perkembangan itu daripada kacamata seorang alim besar yang dianugerahkan Allah ketajaman mata hati serta pandangan yang jauh,Nampak olehnya ketidaktentuan dalam pembangunan umat Isalam dan tamadun ilmu yang tidak membawa mendekatkan diri kepada Sang Pencipta dalam pengertian sebenar.

Selepas melalui proses yang cukup panjangdan amat sukar,Imam al-Ghazali bertindak memberanikan diri melakukan perubahan dan pembetulan terhadap segala kekusutan dan kecelaruan.Bagaimana caranya? Terlebih dahulu belian memahami dan mengambil pengetahuan tentang seluruh aliran yang saling bercanggah itu.Dengarlah pengakuan jujurnya sendiri,”sejak muda sehingga usiaku menjelang 50 tahun,aku harungi ombak lautan yang dalam ini.Aku tempuhi pelbagai temui pelbagai rahsia aliran semua golongan.Aku tidak meninggalkan golangan zahiri kecuali aku telah kuasai kezahiriannya.Aku tidak tinggalkan golongan batiniah kecuali aku telah kuasai kebatinannya.Aku tidak tinggalkan golongan falsafah kecuali aku telah menguasai hakikat falsafahnya.Tidak aku tinggalkan golongan teologi kecuali aku benar-benar mengkaji puncak teologinya dan perdebatannya.Tidak pula golongan sufi kecuali aku telah menelusuri rahsia kesufiannya.Tidak juga golongan zindik kecuali aku telah meneliti sebab-sebab di sebalik keberanian dan kezindikannya.

Rasa ingin untuk mengetahui semua hakikat persoalan di atas sering menghantuiku sejak aku masih muda.Hal itu merupakan fitrah daripada Allah S.W.T yang disimpan dalam fikiranku bukan kerana kemahuan dan keinginanku.”Dengan penguasaan ilmu yang sangat luar biasa dan luas kefahaman dalam pelbagai aliran yang berkembang di tengah masyarakay,dibantu dengan kelebihan serta kebolehan lain yang ada,Imam al-Ghazali akhirnya Berjaya meletakkan as-Sunnah(ilmu agama),falsafah,sufisme menjadi satu peraturan hidup yang seimbang,harmoni dan teratur.

Tokoh murabbi ulung ini amay tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.Antaranya mereka mempercayai teori penjelmaan kembali orang yang sudah mati dan penyatuan dengan diri dengan-Nya.Sebab itu beliau berusaha keras mengembalikan pengikut yang fanatic pada aliran sufi semata-mata kepada syariat lahir.Juga mengembalikan para ahli falsafah hanya bersandar kepada akal ke jalan yang benar.Sepanjang kerja membetulkan struktur masyarakat,Imam al-Ghazali tekun mengakrabkan diri dengan kehidupan yang tidak lagi seperti sebelum menjalani hidup sebagai ahli tasawuf dengan memperuntukkan lebih waktu untuk beribadah.Melepaskan segala jawatan yang disandang serta membebaskan diri dari kemewahan dan kesenangan hidup yang dimiliki.Namun beliau tetap tidak meningkalkan tugasan mendekati masyarakat bagi menyelesaikan masalah mereka.

Dalam uzlah ini Imam al-Ghazali mempertingkatkan lagi kreativiti sebagai seorang penulis yang produktif.Salah satu karangan tersohor beliau ialah Ihya’ Ulumuddin,kitab yang menyatukan kembali ilmu tauhid,tasawuf, dan feqah yang pada waktu itu dipisah-pisahkan oleh pelbagai aliran dan kefahaman yang wujud.Karangan agung ini juga disifatkan oleh para fuqaha hampir mendekati al-Quran.Maksudnya ,jika seluruh kitab yang dikarang mengenai agama Islam serta hukum-hakamnya dimusnahkan dan yang tinggalnya hanya Ihya,maka manusia mendapat ganti daripada kitab yang musnah dan hilang itu.

Di dalam kitabnya yang lain pula.Imam al-Ghazali menjelaskan pemahaman terhadap agama.Agama bukan hanya melakukan ibadah formal dan upacara keagamaan,sebaliknya adalah kehidupan rohani dan amal soleh. Imam al-Ghazali ialah seorang yang sederhana,zuhud,berakhlak.toleran dan pemaaf.Terlalu banyak kebaikan dan jasa besarnya kepada umat hingga melayakkan beliau menduduki tempat terhormat dalam sejarah manusia.Sebagai seorang hamba Allah yang soleh,Imam al-Ghazali bolehlah disifatkan tidak berahsiadalam menzahirkan ketulusan dan keikhlasannya.

Jika tidak,masakan terungkap ungkapan di mulutnya keluhan munajat yang cukup ‘menakutkan’ sesetengah orang untuk berkata begitu…”Tuhanku,jika aku menyembahMu kerana takut neraka jahannam,maka masukkanlah aku ke dalam neraka jahannam.Dan jika aku menyembahMu kerana inginkan SyurgaMu,maka jauhkanlah Syurga itu dariku.Akan tetapi,jika aku menyembahMu kerana memang ibadat itu adalah hak-Mu,maka janganlah Kau cegah aku daripada menikmati keindahanMu yang sangat agung.”

Juru Bicara Wanita

Beliau adalah Asma` binti Yazid bin Sakan bin Rafi` bin Imri`il Qais bin Abdul Asyhal bin Haris al-Anshariyysh, al-Ausiyyah al-Asyhaliyah.


Beliau adalah seorang ahli hadis yang mulia, seorang mujahidah yang agung, memiliki kecerdasan, ingatan yang baik, beliau dikenali sebagai “juru bicara wanita”.

Diantara keistimewaan yang dimiliki oleh Asma` adalah kepekaan panca inderanya dan kejelitaan perasaannya serta kehalusan hatinya. Bahkan beliau adalah seorang wanita yang berani.Beliau menjadi contoh yang baik di dalam banyak medan peperangan.

Asma` mendatangi Rasulullah shallallâhu 'alaihi wa sallam pada tahun pertama hijrah dan beliau belum kepadanya dengan ajaran Islam. Rasulullah shallallâhu 'alaihi wa sallam para wanita dengan ayat yang tersebut dalam surat al-Mumtahanah.

Yaitu firman Allah :
“Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akn membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q,.s. al-Mumtahanah:12).

Bai`at dari Asma` binti Yazid adalah untuk jujur dan ikhlas, sebagaimana
yang disebutkan riwayatnya dalam kitab-kitab sirah bahwa Asma` mengenakan dua gelang emas yang besar, maka Nabi SAW bersabda :
“Tanggalkanlah kedua gelangmu wahai Asma`, tidakkah kamu takut jika Allah mengenakan gelang kepadamu dengan gelang dari api neraka?”

Maka segerahlah beliau tanpa ragu-ragu dan tanpa komentar untuk mengikuti perintah Rasululah shallallâhu 'alaihi wa sallam, maka beliau melepaskannya dan meletakkannya di depan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam.

Setelah itu Asma` aktif untuk mendengar hadist Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam yang mulia dan beliau bertanya tentang persoalan-persoalan yang menjadikan ia faham dalam urusan dien. Beliau pulalah yang bertanya kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam tentang tata cara thaharah bagi wanita yang selesai haidh. Beliau memiliki kepribadian yang kuat dan tidak malu menanyakan sesuatu yang haq. Oleh karena itulah Ibnu Abdil Barr berkata: “Beliau adalah seorang wanita yang cerdas dan bagus diennya”.

Beliau dipercaya oleh kaum muslimah sebagai wakil mereka untuk berbicara dengan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam tentang persoalan –persoalan yang mereka hadapi. Pada suatu ketika Asma` mendatangi Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam dan bertanya : “Wahai Rasulullah , sesungguhnya saya adalah utusan bagi seluruh wanita muslmah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah Ta`ala mengutusmu bagi seluruh laki-laki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai`atmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penyangga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah tempat melampiaskan syahwat mereka, kamilah yang mengandung anak-anak mereka, akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan shalat jum`at, mengantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar untuk berjihad kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?

Mendengar pertanyaan tersebut, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam menoleh kepada para sahabat dan bersabda : “Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang dien yang lebih baik dari apa yang dia tanyakan?”.

Para sahabat menjawab, “Benar, kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah!”
Kemudian Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Kembalilah wahai Asma` dan beritahukanlah kepada para wanita yang berada di belakangmu bahwa perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, dan meminta keridhaan suaminya, mengikuti (patuh terhadap) apa yang ia disetujuinya, itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki”.

Maka kembalilah Asma` sambil bertahlil dan bertakbir merasa gembira dengan apa disabdakan Rasuslullah shallallâhu 'alaihi wa sallam.

Dalam dada Asma` terbetik keinginan yang kuat untuk ikut andil dalam berjihad, hanya saja kondisi ketika itu tidak memungkinkan untuk merealisasikannya. Akan tetapi setelah tahun 13 Hijriyah setelah wafatnya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam hingga perang Yarmuk beliau menyertainya dengan gagah berani.

Pada perang Yarmuk ini, para wanita muslimah banyak yang ikut andil dengan bagian yang banyak untuk berjihad sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hafizh Ibnu Katsir dalam al-Bidâyah wa an-Nihâyah, beliau membicarakan tentang perjuangan mujahidin mukminin. Beliau berkata: “Mereka berperang dengan perang besar-besaran hingga para wanita turut berperang di belakang mereka dengan gagah berani”.

Dalam bagian lain beliau berkata: “Para wanita menghadang mujahidin yang lari dari berkecamuknya perang dan memukul mereka dengan kayu dan melempari mereka dengan batu. Adapun Khaulah binti Tsa`labah berkata:
Wahai kalian yang lari dari wanita yang bertakwa
Tidak akan kalian lihat tawanan
Tidak pula perlindungan
Tidak juga keridhaan
Beliau juga berkata dalam bagian lain: “Pada hari itu kaum muslimah berperang dan berhasil membunuh banyak tentara Romawi, akan tetapi mereka memukul kaum muslimin yang lari dari kancah peperangan hingga mereka kembali untuk berperang”.

Dalam perang yang besar ini, Asma binti Yazid menyertai kaum muslumin bersama wanita mukminat yang lain berada di belakang para Mujahidin mencurahkan segala kemampuan dengan membantu mempersiapkan senjata, memberikan minum bagi para mujahidin dan mengobati yang terluka diantara mereka serta memompa semangat juang kaum muslimin.
Akan tetapi manakala berkecamuknya perang, manakala suasana panas membara dan mata menjadi merah, ketika itu Asma` lupa bahwa dirinya adalah seorang wanita. Beliau hanya ingat bahwa dirinya adalah muslimah, mukminah dan mampu berjihad dengan mencurahkan dengan segenap kemampuan dan kesungguhannya. Hanya beliau tidak mendapatkan apa-apa yang di depannya melainkan sebatang tiang kemah, maka beliau membawanya dan berbaur dengan barisan kaum muslimin. Beliau memukul musuh-musuh Allah ke kanan ke kiri hingga dapat membunuh sembilan orang tentara Romawi, sebagaimana yang dikisahkan oleh Imam Ibnu Hajar tentang beliau: “Dialah Asma` binti Yazid bin Sakan yang menyertai perang Yarmuk, ketika itu beliau membunuh sembilan tentara Romawi dengan tiang kemah, kemudian beliau masih hidup selama beberapa tahun setelah peperangan tersebut.

Asma` keluar dari peperangan dengan membawa luka di punggungnya dan Allah menghendaki beliau masih hidup setelah itu selama 17 tahun karena beliau wafat pada akhir tahun 30 Hijriyah setelah menyuguhkan kebaikan kepada umat.

Semoga Allah merahmati Asma` binti Yazid bin Sakan dan memuliakan dengan hadis yang telah beliau riwayatkan bagi kita, dan dengan pengorbanan yang telah beliau usahakn, dan telah beramal dengan sesuatu yang dapat dijadikan pelajaran bagi yang lain dalam mencurahkan segala kemampuan dan susah demi memperjuangkan al-Haq dan mengibarkan bendera hingga dien ini hanya bagi Allah.

Thursday, May 13, 2010

Umar Alkhattab Pembela Islam

Umar al-Khattab

Umar Al-Khattab dilahirkan 42 tahun sebelum Hijrah. Usianya 12 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Pada awalnya, beliau antara orang Quraisy yang paling keras menentang Islam serta memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi ketika berusia 35 tahun beliau mendapat hidayah lalu terus memeluk Islam.

Nama sebenar dan jurai keturunannya, Umar Al-Khattab bin Nufail bin Abd Al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab.

Nama ibunya, Hantamah binti Hisyam bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Abu Jahal adalah bapa saudara kepada Umar Al-Khattab. Semasa jahiliah mereka sama-sama memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi sesudah memeluk Islam Umar Al-Khattab memusuhi Abu Jahal.

Umar Al-Khattab daripada keluarga Bani Adi. Sebelum memeluk Islam beliau menjadi duta bagi kaum Quraisy. Sekiranya berlaku peperangan, beliau dihantar sebagai duta ataupun perunding bagi pihak kaum Quraisy.

Semasa jahiliah juga Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang keras hati dan kejam sehingga sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup. Beliau bukan sahaja pernah menyakiti Rasulullah SAW, malah suatu ketika berniat hendak membunuh baginda.

Namun,setelah terdengar bacaan ayat suci Al-Quran yg dibaca oleh adiknya,hatinya yang keras itu umpama ditusuk sesuatu yang belum pernah dirasainya sebelum ini.Dengan izin Allah,Umar Al-Khattab mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Selepas memeluk Islam, hatinya yang keras itu digunakan bagi membela Rasulullah SAW dan Islam. Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang mereka yang memusuhi baginda dan Islam.Misalnya,beliau berani menyatakan keislamannya kepada orang ramai dan dalam peristiwa hijrah pula beliau bukan sahaja berani berhijrah secara terang-terangan, malahan mencabar sesiapa sahaja yang berani menghalangnya dengan berkata “sesiapa yang mahu anaknya menjadi yatim dan isterinya menjadi janda,maka halanglah aku daripada berhijrah ke Yathrib(Madinah)”. Ekoran daripada peristiwa itu, Umar Al-Khattab mendapat gelaran al-Faruq daripada Rasulullah SAW yang bermaksud orang yang berani menyatakan kebenaran. Beliau merupakan antara sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW.

Apabila Saidina Abu Bakar As-Siddiq sakit, beliau mencadangkan Umar Al-Khattab sebagai penggantinya selepas mendapat persetujuan daripada sahabat-sahabatnya.

Selepas dilantik menjadi khalifah, beliau meneruskan usaha yang dilakukan Saidina Abu Bakar bagi membebaskan umat Islam daripada ancaman kuasa Rom dan Parsi. Beliau juga berjaya membebaskan semenanjung tanah Arab daripada kekuasaaan Rom dan Parsi,manakala Syria, Iraq, Jordan dan Mesir berjaya ditaklukinya. Kemuncak kejayaannya ialah apabila berjaya menakluk Jurusalem daripada kekuasaan Rom.

Beliau memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Selama pemerintahannya Khalifah Umar Al-Khattab bukan sahaja berjaya menundukkan kuasa Rom dan Parsi malah berjaya membuat pembaharuan pada pemerintahan Islam.

Umar Al-Khattab bukan sahaja terkenal sebagai penakluk malah sebagai pentadbir yang berjaya memberi kemajuan kepada rakyatnya. Beliau pengasas kepada sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam Negara.

Beliau memperkenalkan pasukan polis bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta memberi bantuan kepada rakyat yang miskin termasuk mereka yang bukan Islam. Beliau membina markas tentera serta membangunkan pelabuhan bagi menguatkan angkatan tenteranya. Beliau membina Bandar-bandar baru bagi mengembangkan budaya Islam. Beliau memajukan system pertanian serta menyusun ekonomi Islam. Beliau juga mengasaskan system pelajaran Islam.

Sejarah Jeruselam

Juruselam adalah kota suci bagi ketiga-tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Didalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman AS dan menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah.

Ketika berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, baginda singgah dan bersembahyang di masjid ini sebelum Mikraj ke langit. Bagi penganut agama Kristian, mereka menganggap ini tempat suci mereka kerana Nabi Isa AS dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerusalem.

Beratus tahun lamanya kerajaan Rom memerintah di Jerusalem dan mereka juga mengusai tanah-tanah Arab di sekitarnya. Apabila Islam tersebar dari Makkah, pemerintah Rom merasakan itu suatu ancaman lalu mereka menyerang orang Islam. Mereka juga menghasut kabilah-kabilah Arab untuk menentang pemerintahan Islam.

Namun semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab (13-23H/634-644M), Jeruselam berjaya direbut secara damai oleh tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-Jarrah. Semasa penyerahan kota suci itu, Khalifah Umar Al-Khattab datang sendiri ke Jeruselam dengan hanya bertemankan seorang pegawainya bagi menerima penyerahan kota suci itu.Dalam perjalanannya pula,beliau hanya menggunakan seekor unta dan bergilir-gilir menunggang unta tersebut.Apabila khalifah Umar menunggang unta,pegawainya akan berjalan kaki dan begitulah sebaliknya apabila pegawainya yang menunggang unta.

Sikap umar yang bersederhana dalam kehidupannya walaupun bergelar khalifah menarik perhatian pemerintah Rom sehingga beliau seolah-olah tidak percaya bahawa Umar al-khattab merupakan khalifah kerana Khalifah Umar hanya memakai jubah yang mempunyai banyak kesan tampalan ketika tiba di Jurusalem. Berbeza dengan sangkaanya bahawa Khalifah Umar akan datang dengan memakai pakaian yang cantik dan mempunyai perhiasan-perhiasan yang mahal serta para pegawai yang ramai.Sikap yang ditunjukkan Khalifah Umar membuatkan ramai daripada rakyat Rom tertarik dengan Islam dan akhirnya memeluk agama Islam.