Oleh : Spek_Puteh
Hanya sebahagian kecil mereka yang lahir sekitar tahun 1990-an sahaja yang mungkin menerima bahasa inggeris masuk menyerap ke dalam jiwa masing-masing. Namun sedar atau tidak, sebenarnya sebilangan besar generasi malaysia kini sebati dengan bahasa ibunda yang telah diterapkan semenjak dari rahim ibu lagi. Tatkala kita belum puas mendalami bahasa ibunda yang disanjungi, timbul pula suatu keadaan di mana kita terpaksa setuju dalam diam untuk menguasai bahasa penjajah, yang mana tanpa kita sedar ianya sedikit sebanyak akan menghakis cinta kita kepada bahasa ibunda. Dari sudut pandangan mata kasar, kita mungkin nampak beruntung apabila mampu untuk menguasai kedua bahasa ini, namun hakikatnya, kita menderita akibat penggunaan bahasa kita yang semakin terbatas dalam urusan seharian. Bak kata pepatah, ’kera di hutan kita susukan, anak di rumah mati kelaparan’.
Sebagai rakyat malaysia yang menghayati bahasa ibunda, sewajarnya kita mempertahankan kedaulatan bahasa ini sepertimana yang telah diperjuangkan oleh pemimpin kita terdahulu. Cuba kita imbas kembali sejarah perjuangan pemimpin dahulu mengharungi jerih perih untuk memartabatkan bahasa melayu kita sehingga berada di tahap sekarang. Bagaimana akhirnya bahasa melayu diterima sebagai bahasa global yang masih relevan diguna pakai sehingga kini. Tidakkah kita sebagai generasi bangsa Melayu merasa terpanggil untuk memperjuangkan hak bahasa kita? Kita lihat sekarang fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan tanah air di mana bahasa inggeris menjadi bahasa utama dalam mengaplikasikan sistem pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, tidak kira di peringkat sekolah rendah, menengah, mahupun universiti.
Tahun 2003 adalah tahun keramat di mana pelaksanaan pengajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa inggeris (PPSMI) dimestikan bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 yang menjadikan Murid Tahun 1 sebagai perintis di sekolah rendah dan Pelajar Tingkatan 1 di sekolah menengah. Pelaksanaan ini tidak nampak fungsinya sebagai agen perkembangan minda yang menyeluruh tetapi sebagai salah satu medium yang meruntuhkan semangat integriti di kalangan masyarakat melayu khususnya dan Malaysia amnya. Hal ini dikaitkan dengan asal usul sejarah pelaksanaan PPMSI ini di mana ianya tidak dibincangkan secara menyeluruh pro dan kontranya bersama suara rakyat. Keadaan inilah yang menyebabkan timbul pelbagai spekulasi yang menentang pelaksanaan ini lebih-lebih lagi ianya mencabuli peruntukan 152 dalam Perlembagaan, Akta Pendidikan 1996, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, dan Rukun Negara.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar, yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70%
penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kepada mereka. Selain itu juga, perancangan PPSMI ini sebenarnya tidak berlandaskan kajian yang terperinci seolah-olah melepaskan batuk di tangga semata-mata. Seperti yang semua sedia maklum, matlamat utama pelaksanaan PPSMI ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris, namun sehingga sekarang belum ada kajian yang membuktikan bahawa penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris dapat ditingkatkan melalui subjek sains dan matematik. Ini kerana pelajar hanya belajar tentang istilah dan formula sahaja dalam kedua-dua subjek tersebut.
Jadi, sejauh mana kebenarannya? Adakah kita telah mampu melahirkan generasi yang boleh bertutur selancarnya dalam bahasa inggeris melalui sains dan matematik? Jaminan seorang profesor berbangsa Melayu bahawa pelajar Malaysia mampu menguasai 80% soalan peperiksaan bagi subjek sains dan matematik setelah bahasa inggeris digunakan teryata meleset apabila statistik membuktikan hanya 50% pelajar sahaja yang benar-benar memahami soalan yang diajukan. Kononnya dahulu, apabila diingeriskan, pelajar akan lebih mudah faham istilah-istilah sains dan formula matematik, namun adakah matlamat ini tercapai? Jadi, di mana relevannya pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris?
Jika kita lihat pada pengalaman lepas di mana tulisan jawi ditukarkan kepada tulisan rumi yang bermula di sekolah, kesannya masih tercalit di hati setiap rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu. Seingat saya, sebelum persetujuan terhadap pertukaran sistem tulisan ini dahulu, banyak janji yang ditaburkan bahawa tulisan jawi tidak akan terpinggir, namun lihatlah ke dalam senario sekarang yang mana tiada lagi akhbar tulisan jawi yang diterbitkan.
Tidakkah kita sebagai bangsa Melayu sedar akan hakikat yang mana sebenarnya nilai bahasa kita semakin lama semakin terhakis? Merujuk kepada isu pelaksanaan PPSMI ini, di sinilah kerisauan yang melanda rakyat Malaysia kini, terutamanya ibu bapa apabila menyedari akan anak-anak mereka yang merupakan generasi pembela tidak lagi mengagungkan bahasa ibunda yang mereka terapkan sedari kecil. Tambah menyedihkan lagi apabila generasi-generasi ini sudah mula melupakan adat, budaya, tatasusila, dan resmi bangsa Melayu. Tiada lagi pepatah, ”Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.” Kesannya mungkin tidak akan nampak sekarang, tetapi bagaimana dengan 10 tahun atau 20 tahun kemudian?
Kita tidak boleh mengukur keberkesanan perlaksanaan PPSMI ini berdasarkan peratusan kejayaan masyarakat bandar semata-mata kerana rata-rata masyarakat bandar memang sudah didedahkan dengan penggunaan bahasa inggeris secara tidak langsung. Saya ingin bawa anda melihat fenomena ini di kalangan pelajar khususnya golongan Melayu luar bandar terhadap peratus keberkesanannya. Sehingga ke hari ini, peratus penguasaan bahasa inggeris yang ditunjukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mencatatkan kenaikan kepada masyarakat pedalaman. Secara zahirnya, pelaksanaan PPMSI ini sememangnya meningkatkan peratus penguasaan bahasa, tetapi itu hanya kepada majoriti masyarakat bandar sahaja. Sedar atau tidak sebenarnya kita semua telah melupakan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama dahulu di mana kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT adalah lebih relevan sehinggakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pun seolah-olah sudah tiada fungsinya lagi malah semakin merudum kredibilitinya.
Kita perlu sedar bahawa Bahasa Melayu ini adalah bahasa warisan yang telah kita sematkan sejak turun temurun dalam sanubari masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Keputusan UPSR yang dijadikan medium untuk mengukur penentu kejayaan terhadap pelaksanaan PPSMI ini adalah sangat tidak relevan malah ianya membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Sebagai langkah bijak dan prihatin, kita boleh mengubah sistem penilaian bahasa inggeris ini kepada suatu sistem yang lebih mengukur penguasaan perbendaharaan kata yang kaya di samping latihan untuk menyampaikan idea ini, bukan sekadar mengaplikasikannya ke dalam subjek sains dan matematik. Cubalah memahami dan mendalami psikologi perkembangan dan pertumbahan manusia supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam membuat sesuatu pelaksanaan yang melibatkan rakyat Malaysia. Akhir kata, pelaksanaan PPSMI ini perlulah dikaji semula untuk menghasilkan suatu natijah yang dapat diterima dan memuaskan hati masyarakat terutamanya golongan bangsa Melayu.
Hakikatnya, negara kita telah memiliki kemudahan dan kemajuan kelas pertama. Apa yang perlu diusahakan sekarang adalah agar mentaliti rakyat juga berada di tahap kelas pertama. Kita perlu menghapuskan label yang mengatakan sekarang ini rakyat Malaysia tidak lagi menghargai kepentingan bahasa Melayu secara keseluruhannya, dari segi mental, fizikal, dan juga tindakan. Jadilah bangsa Melayu yang benar-benar telus dalam memperjuangkan hak Melayu. Bersedia untuk berkorban apa sahaja demi memartabatkan semula bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu.
Wassalam.. - AK
Thursday, April 2, 2009
ICC VS SUDAN
ICC VS SUDAN
Disunting dari : Akhbar Akhir Lahzhah, keluaran ke-933, Khamis, 12 Mac 2009.
Tarjemahan : Ahmad Sabiq bin Abd Rahman.( ASAR )
Umar Hasan Ahmad el-Basyir, Presiden Sudan telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan dalam kemelut di Darfur. Apakah pendirian kita sebagai seorang muslim? Jika anda bukan seorang muslim, apakah anda boleh menerima sesuatu berita tanpa bukti yang kukuh? Seandainya el-Basyir benar-benar telah melakukan sebagaimana dakwaan tersebut, dimanakah kubur 300 ribu mangsa kekejaman itu?
Ocampo menyatakan bahawa el-Basyir perlu segera ditangkap sebelum jenayah ini dilupakan dan dikhuatiri beliau akan merancang jenayah yang lain pula.
Namun disebalik tuduhan itu, Sudan dan rakyat jelatanya bukanlah menjadi lemah dan lembik melainkan bertambahnya kekuatan dan ketahanan mereka. Kata el-Basyir, keputusan penangkapan tersebut dibuat hanyalah kerana dendam musuh Islam keatas pendirian Sudan yang tidak sesekali tunduk kepada barat dan konco-konconya.
Rakyat Sudan bangkit bersatu dan menyokong pemimpin mereka, el-Basyir, dalam menentang keputusan penangkapan tersebut, el-Basyir tidak bersendirian dalam kemelut ini.
Turut menyatakan sokongan dan pendirian, Jemaah Ansar Sunnah di Sudan, yang menolak keputusan ICC yang sangat tertonjol ketidakadilannya, mereka menyatakan bahawa mereka akan sentiasa berada di saf yang satu, dibelakang kepimpinan Negara.
Dalam pada itu, el-Basyir menegaskan pendirian kepimpinannya yang sesekali tidak akan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, beliau juga menyatakan sokongan dan sumbangan keatas masyarakat Palestin, Iraq dan Afghanistan. Disamping kesungguhannya untuk berkhidmat dengan lebih baik untuk rakyat Sudan serta memastikan pembangunan dan perkembangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Beliau menyatakan, “Sesungguhnya kami tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah, barat ingin menegakkan pendirian mereka yang tidak selari dengan pendirian kami(Islam)”.
Suara sokongan keatas Sudan dan el-Basyir kedengaran dari banyak tempat, individu dan jemaah. Antaranya al-Qharadawi, beliau menyatakan, “Kami tidak perlu kepada barat untuk menghukum kesalahan pemimpin kami seandainyalah jika el-Basyir benar-benar bersalah,” beliau menambah lagi, mengapa hanya el-Basyir sahaja yang disabitkan kesalahan? Kenapa tidak dihukum George Bush yang menggila di Iraq dan Afganistan, bagaimana dengan Ehut Olmert yang kerasukan syaitan ketika meratah Ghaza.
Sementara itu, Jemaah Islamiyyah Pakistan melalui pemimpinnya, al-Qhadi Husain Ahmad turut menyatakan penentangan terhadap keputusan ICC. Katanya keputusan yang dibuat oleh ICC adalah sebahagian perang politik dunia ke atas dunia Islam, mereka cuba menguasai dan menjajah dunia Islam dengan pelbagai alasan dan helah yang sengaja ditimbulkan. Satu persatu negara Islam cuba dijajah, bermula dengan Afghanistan, kemudian Iraq, dan kini giliran Sudan. Beliau menambah lagi, kemungkinan sebab utama mereka cuba untuk menangkap el-Basyir adalah kerana sumber material dan kekayaan yang dimiliki oleh bumi Sudan, jika mereka berjaya mengkucar-kacirkan Sudan, maka mudah untuk mereka masuk campur urusan pentadbiran Sudan dan mencuri kekayaan bumi Sudan. Antara sebab lain adalah kerana kedudukan geografi Sudan yang strategik yang menjadi pintu dunia Islam dan arab ke benua Afrika.
ULASAN
Isu ini perlu kita ambil I’tibar yang sangat berguna daripadanya, sejauhmana sensitifnya kita terhadap masalah yang melanda dunia Islam, namun apakah kita sekadar ingin menjadi orang yang mencemuh tindakan ICC tersebut, atau tunduk di hadapan Tuhan sekalian alam, muhasabah merenung sejauh mana sayang kita kepada Islam.
Adakah kita marah dengan musuh Islam kerana benci kepada mereka atau kerana kecintaan kita kepada agama? Jika marah kita tercetus kerana benci terhadap tindakan musuh semata-mata, maka jika tiada isu, kita akan kembali lalai dan alpa untuk mempertahankan dan mengamalkan islam didalam diri kita, kita sekadar mempertahankan islam secara berkala.. Lihat sahaja mereka yang turun melaksanakan demonstrasi jalanan ketika Denmark menghina Nabi Muhammad s.a.w menerusi karikaturnya, diikuti dengan Fitna oleh Gert Wilders, ada antara mereka yang berseluar pendek, jeans koyak rabak, tidak bertudung, ada antaranya ketika ditanya, sembahyang pun ‘celup’.. Ini yang saya maksudkan, marah orang menyakiti kita, tetapi kita sendiri tidak pernah menyayangi diri kita sendiri..
Namun jika kemarahan yang kita zahirkan lahir dari perasaan cinta kepada agama, kita aka sentiasa mempertahankan islam didalam diri,keluarga dan masyarakat, walaupn tiada isu dan provokasi dari pihak musuh,, Wallahua’lam. - AK
Keistimewaan Sirah Rasullah
Keistimewaan Sirah
Rasulullah.
Oleh : ARAS
Pertama: Sirah Nabi s.a.w istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah Nabi utusan Allah. Sirah Rasullah s.a.w telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti. Susur galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan Rasullah s.a.w pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirahnya melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah yang sahih.
Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas, sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w. wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran zaman kanak-kanak, zaman remaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannya ke luar Makkah sehinggalah Allah mengutusnya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga mengetahui secara lebih teliti, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan tersebut daripada tahun ke tahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terang seumpama matahari.
Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yang terdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zaman remaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanya mengetahui sedikit sahaja berkenaan kehidupan Baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaran sempurna berkenaan keperibadiannya kepada kita
Sumber-sumber sirah yang sahih ini menyebutkan secara teliti kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya, percakapan, komunikasi bersama keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para sahabatnya. Bahkan penelitian dalam meriwayat sirah Baginda sehingga ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w..
Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan dongengan, juga tidak ditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila kita bandingkan hal ini dengan cerita-cerita yang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang perjalanan hidup Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembahan berhala tentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan nyata antara sirah Baginda s.a.w. dan sirah mereka.
Lantaran perbezaan ini, ia memberi kesan jangka panjang kepada tingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan pengikut-pengikut mereka. Dakwaan ketuhanan kepada Isa a.s. dan Gauthama Buddha menyebabkan mereka tidak boleh menjadi contoh teladan kepada manusia dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya. Sebaliknya, Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia yang sempurna kepada sesiapa yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana persekitarannya.
Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat kelak. (Al-Ahzab: 21)
Maulid & Berzanji
Oleh : Ibnu Rubat
Rabi`ul Awal tiba lagi, bulan istimewa yang dimuliakan dengan zahirnya rahmat bagi sekalian alam. Rahmat yang mesti diingati setiap saat dan ketika. Rahmat yang mesti disyukuri, rahmat terbesar anugerah Ilahi. Alam dan segala isinya turut bergembira ketika tibanya cahaya Sang Nabi, cahaya yang ditunggu-tunggu yang menerangi seluruh alam maya. Wajar bagi kita untuk bersyukur dan berbangga kerana menjadi umat Baginda, tetapi alangkah bahagianya bila Baginda juga berbangga dengan kita sebagai umatnya. Bagaimana bisa kita menggembirakan Junjungan kita?
Perhatikanlah kalam Habib Ali al-Habsyi :-
بيضوا وجه نبيكم بصالح أعمالكم
Ceriakanlah wajah Nabimu dengan amalan soleh
Jadikanlah sambutan Maulid Junjungan Nabi s.a.w. sebagai wadah untuk menyemarakkan lagi kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda. Teramat penting bagi kita selaku umat Baginda untuk mengikuti, menuruti dan mentaati segala perintah junjungan Nabi s.a.w. dengan penuh mahabbah. Mahabbah kepada Junjungan akan menaikkan taraf darjat kita di sisi Baginda. Marilah kita tingkatkan amalan-amalan soleh kita. Lidah kita lazimkanlah dengan ucapan zikir dan selawat. Anggota-anggota kita dijaga dari segala maksiat. Nescaya Junjungan pasti akan berbangga mengaku kita sebagai umat Baginda. Percayalah bahawa selagi nafas masih ada, jalan untuk membaiki diri masih terbuka. Maka jangan sia-siakan, kerana detik terakhir tidak kita ketahui bila ianya.
Rindu kami padamu ya Rasul,Rindu tiada terperi,
Berabad jarak darimu ya Rasul,Seakan dikau di sini,
Cinta ikhlasmu pada manusia,Bagai cahaya syurga,
Dapatkah kami membalas cintamu,Secara bersahaja.
Maulid Barzanji telah masyhur di rantau sebelah kita. Amalan membacanya telah menjadi tradisi masyarakat kita di tanah Melayu ini. Ketibaan bulan kelahiran junjungan Nabi s.a.w.memeriahkan lagi majlis-majlis pembacaan kitab Maulid Barzanji dan alhamdulillah ianya masih berkekalan sehingga ke saat ini. Sungguh menghairankan apabila membaca kitab sirah yang sarat dengan mahabbatur rasul, tiba-tiba hendak diharamkan kerana kononnya itu bid`ah dan ada unsur pengagungan yang berlebihan, sedangkan apa yang didakwa syirik dan berlebihan itu hanyalah kesalahan mereka dalam memahami kata-kata Imam al-Barzanji, akibat kail mereka yang hanya sejengkal untuk menduga lautan yang dalam. Syukurlah, amalan bermaulid, bermarhaban dan berzanji telah mendapat sokongan dan dokongan para ulama kita. Antaranya seperti di Sarawak oleh almarhum Shohibus Samahah Datuk Hj Abd Kadir Hassan. Datuk Kadir Hassan dalam fatwanya menyatakan:-
Soalan:-
Apa pandangan Islam terhadap zikir marhaban seperti diamalkan masyarakat Islam pada hari ini ?
Jawapan:-
Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap selawat dan salam kepada Junjungan s.a.w.
Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini", "Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna.
Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafie di Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal yang baik.
Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama yang terbesar dalam Mazhab asy-Syafie (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.
Tidaklah diragu-ragukan bahawa mengadakan Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita, tidaklah sekali-kali ditegah dalam syarak malah ianya adalah termasuk di dalam pekerjaan yang baik.
Selain almarhum Mufti Sarawak tersebut, Shohibus Samahah Datuk Hj Mohd. Yunus bin Mohd Yatim, mufti ke-3 Negeri Melaka, turut mendokong amalan berzanji. Beliau menyatakan:-
Soalan:
Apakah hukumnya berzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah, juga memuliakan Rasulullah.
Jawapan:
Adalah dimaklumkan bahawa berzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan ia dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain daripada puji-pujian bagi Rasul junjungan alam. Membacanya mendapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang berzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan.
Oleh itu, berzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah s.a.w dan memuliakan Rasul utusan Allah itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucap selawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah berselawat ke atas Baginda.” .
AL_KHATTAB.
Kajian TIMSS Bukti Kemerosotan Pelajar
Kajian TIMSS Bukti Kemerosotan Pelajar
Oleh : Nur Khalida Osman
Temubual Bersama Asmaa’ Mohd Arshad (Pensyarah UIAM)
Pada petang yang terik ini, saya berkesempatan menemu ramah seorang pensyarah universiti tempatan kita yang berada di bumi gersang Sudan. Sungguh Mengenali ramai manusia membuatkan kita belajar lebih banyak tentang kehidupan. Jadi, dikesempatan ini, marilah kita berkenalan dan mencuri sedikit pandangan dari salah seorang tenaga pendidik tanah air kita.
Al Khattab : بسم الله الرحمن الحيم, bagi memulakan temu ramah kita pada petang ini, saya rasa lebih manis kiranya Puan terlebih dahulu memperkenalkan biografi diri Puan secara ringkas.
Puan Asmaa’ : Saya Asmaa’ Mohd Arshad. Saya telah berkeluarga dan mempunyai lima orang anak perempuan. Saya bekerja sebagai seorang pensyarah di Institut Pendidikan UIAM. Sedikit tentang latar belakang pendidikkan saya, saya mendapat pendidikkan awal di Methodist Girls School (MGS). Kemudian saya menyambung pengajian saya di Ma’had Hamidiah Kajang, seterusnya saya meneruskan pembelajaran saya di Kolej Islam Klang. Selepas itu, saya melanjutkan pengajian saya ke Sarjana Muda di UIAM dan meneruskan pengajian saya ke peringkat Sarjana di ISTAC. Sekarang saya sedang membuat kajian dalam bidang perkembangan kurikulum di Fakulti Pendidikan UM untuk PhD saya.
Al Khattab : Jika melihat kepada tahap pencapaian akademik Puan dan status Puan sekarang sebagai seorang ibu kepada lima orang anak, rasanya puan sudah cukup pakej untuk dikategorikan sebagai seorang wanita yang berjaya Jadi, boleh Puan berkongsi sedikit tentang dorongan kejayaan yang membawa Puan sampai keperingkat ini?
Puan Asmaa’ : (Tersenyum) Bagi saya dorongan kejayaan yang paling kuat semestinya dari suami saya sendiri. Selain itu, keluarga saya juga turut memberi galakkan yang berterusan kerana mereka sendiri adalah dikalangan pendidik. Manakala pendirian saya sendiri, ilmu itu harus berterusan bukan sekadar mengejar Sarjana dan PhD sahaja tetapi saya perlu terus mendalami ilmu tanpa menggadaikan kepentingan keluarga saya sendiri.
Al Khattab : Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk Puan terus menggapai cita-cita Puan, Insyaallah. Seterusnya, mungkin kita boleh berbincang serba sedikit tentang isu PPSMI yang sedang hangat diperkatakan di tanah air kita sekarang. Menurut sedikit maklumat yang saya ketahui, isu ini mendapat bantahan majoriti rakyat tanah air kita, dan yang terbaru ini, PIBG juga turut menyuarakan bantahan mereka. Boleh Puan berkongsi sedikit pandangan Puan mengenai isu ini?
Puan Asmaa’ : Saya secara peribadi tartarik dengan rasional Tun Dr. Mahathir berhubung dasar PPSMI ini. Dalam hal ini menunjukkan beliau prihatin dengan sumber tenaga manusia dalam mencapai era globalisasi. Jika negara kita mahu bersaing dengan tamadun yang menguasai dunia sekarang (barat), maka mahu atau tidak rakyat perlu menguasai bahasa Inggeris. Contohnya, apabila kita kembali melihat kurun ke 13 hingga 15 yang lampau, yang mana pada waktu itu tamadun dunia dikuasai oleh umat islam. Sehinggakan salah satu rujukkan utama ilmu perubatan pada waktu itu adalah kitab “al-Qanun Fit Tib” karangan Ibnu Sina. Justeru itu, orang-orang eropah bersungguh-sungguh mempelajari bahasa arab untuk mendalami ilmu-ilmu yang dikuasai oleh tamadun islam pada kurun itu.Walaubagaimanapun, apa yang saya perkatakan tadi, itu merupakan pandangan saya tentang rasionalnya Tun terhadap dasar ini.
Tetapi mengikut sudut penilaian saya, perlaksanaan dasar PPSMI yang telah ditubuhkan pada Julai 2002 tersebut dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa kajian yang menyeluruh. Akibatnya kita dapati pelbagai reaksi negetif yang disuarakan, sehingga Prof. Diraja Ungku Aziz mengibaratkan ianya seperti “tikus menebuk labu”. Pelaksanaan polisi ini juga, membawa masalah yang besar terutamanya dari segi persediaan dikalangan para guru untuk mengajar di dalam bahasa inggeris. Sebagai ahli akademik, saya lebih suka menilai isu ini secara fakta bukan sentimen. Di sini saya dapatkan satu kajian antarabangsa (Trends in International Mathematics and Science Study) TIMSS 2007 berkaitan prestasi pelajar 8th grade (tingkatan 2) dalam ujian matematik dan sains. Malaysia adalah antara 59 buah negara yang mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan oleh TIMSS ini. Kajian ini dilakukan Empat tahun sekali dengan persetujuan negara itu sendiri. Menurut kajian yang telah dibuat, skor purata pencapaian pelajar Malaysia 2007 untuk Matematik dan Sains menurun secara signifikan berbanding dengan skor prestasi pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003.
[Menurut kajian itu: Skor Matematik untuk tiga tahun pelajar Malaysia adalah sebagai berikut:
1999 = 519
2003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)
2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)
Skor Sains untuk tiga tahun pula adalah seperti berikut:
1999 = 492
2003 = 510 (naik 18)
2007 = 471 (turun 40)
Dalam kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS ini, ada Negara yang skor purata pencapaian sampel pelajarnya meningkat sedikit dan menurun sedikit. Tetapi penurunan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata untuk Matematik dan 40 mata untuk Sains adalah signifikan dan terbesar sekali dalam kalangan 59 Negara itu. Ulasan dari salah satu laporan mengenai faktor yang boleh dihubungkait dengan pencapaian Matematik dan Sains ada menyebut: “Dalam kebanyakkan negara, pelajar yang menyatakan yang mereka belajar mata pelajaran ini dalam bahasa ibunda adalah secara puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding dengan pelajar yang menyatakan mereka belajar Matematik dan Sains dalam bahasa asing diperingkat rendah dan menengah.”
Semua negara dalam kajian TIMSS ini yang pelajarnya menggunakan bahasa ibunda dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Korea, Jepun, Chinese Taipei, Singapura,
England, US, Romania, dan sebagainya mencapai skor Matematik dan Sains yang tinggi. Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang dibuat, UNESCO mengesyorkan bahasa keluarga digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi memudahkan dan mengukuhkan kefahaman konsep-konsep Matematik dan Sains Pelajar.]
Daripada kajian yang dibuat oleh TIMSS menunjukkan bahawa pelajar di negara kita terkesan teruk dengan dasar PPSMI yang dilaksanakan semenjak tahun 2002 yang lalu. Hujah lain yang boleh saya utarakan di sini ialah pelaksanaan dasar ini meluaskan jurang sosio-ekonomi negara ataupun boleh dikaitkan dasar ini sebagai berat sebelah. Saya gemar merujuk kepada sejarah, cuba kita imbas kembali ketika zaman Abasiah, pada waktu itu negara islam menjadi pusat ilmu dan pembelajaran serta pembinaan tamadun. Ilmu-ilmu aqliah diterjemahkan dari bahasa Latin-Greek ke dalam bahasa arab Mereka menjalankan dua aktiviti serentak iaitu menguasai bahasa asing dan menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa mereka. Ini satu gerakan intensif yang menyebabkan tamadun islam dikenali sebagai tamadun ilmu ketika itu. Seandainya kedua-dua proses tersebut tidak berlaku secara serentak, maka usaha untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ilmu akan terbantut. Walaupun begitu, dalam hal ini saya tidak menafikan kepentingan menguasai bahasa inggeris pada era globalisasi kini. Waallahualam.
Al Khattab : Terima kasih atas pandangan dan maklumat yang telah Puan kongsikan sebentar tadi, rasanya terlalu banyak input yang boleh diambil. Jadi sebagai mengakhiri temu bual kita pada petang ini, saya harap Puan boleh memberi sedikit saranan atau nasihat kepada para pembaca ruangan ini.
Puan Asmaa’ : Pepatah arab ada menyebut al-lughatu miftahul ‘ilm. Jadi bilamana seseorang itu menguasai banyak bahasa maka pastinya lebih banyak perbendaharaan ilmu yang akan diperolehi. Kita juga perlu ingat, bahawa bahasa itu merupakan satu wasilah bukan matlamat akhir. Oleh itu, jangan kita hadkan penguasaan ilmu kita. Walaubagaimanapun kita sebagai bangsa melayu perlu kita ingat pepatah melayu kita yang menyebut, “bahasa jiwa bangsa”. Sesungguhnya melalui bahasa itulah terserlahnya identiti sesuatu bangsa.
Al Khattab : Terima kasih sekali lagi kepada Puan yang sudi meluangkan masa dan berkongsi pandangan dengan saya pada petang ini. Semoga kita dapat bertukar-tukar pandangan lagi di lain hari.
Puan Asmaa’ : Sama-sama.Insyaallah, jika diizinkan Allah. - AK.

HAMAS Akar Umbi Yang Kemas Tunggak Harapan Ummah
HAMAS Akar Umbi Yang Kemas Tunggak Harapan Ummah.
Oleh : Siddiq Osman.
Dipetik dan disunting dari www.palestine-info.com/arabic
Walaupun HAMAS secara rasminya ditubuhkan pada 15 Disember 1987 tetapi akar kewujudan HAMAS telah menular sejak 1948 lagi. Sejak bermulanya Nukbah yang pertama iaitu kecelakaan besar yang dicetuskan Israel di timur tengah. HAMAS adalah hasil dari cantuman jiwa-jiwa yang percaya bahawa jalan keluar bagi bangsa Palestina dari cengkaman Israel hanyalah dengan jihad Islamiyah. Syeikh Ahmad Yassin telah mengasuh pengikutnya dalam gerak kerja dakwah yang diwarisi dari Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dua faktor utama yang mendorong kepada tertubuhnya HAMAS adalah :
1.Kesedaran Politik Dalam Membela Nasib bangsa Palestina.
2.Kebangkitan Kesedaran Islam.
Bagi membela masa depan Negara Palestin, HAMAS bergerak bagi menyedarkan rakyat Palestin permasalahan mereka yang sebenarnya, yang sedang dihadapi ketika rakyat masih terpinga-pinga ditindas gerakan Zionis sewenang-wenangnya. Bagaimanapun pada peringkat awal HAMAS tidak ditubuhkan sebagai satu organisasi memandangkan kewujudan MTF dan juga PLO mampu berperanan sebagai wadah perjuangan rakyat Palestin. Individu-individu HAMAS lebih menumpukan perhatian mereka untuk membangkitkan kesedaran di peringkat umum kepada perlunya perjuangan Bangsa Palestina sendiri.
HAMAS secara umum, mula membina akarnya sejak 1948 lagi, tetapi pembentukan lebih khusus selepas kekalahan Arab pada tahun 1967. Bagaimanapun proses pembentukan satu ikatan penentangan yang kukuh menghadapi masalah perselisihan dalaman dan luaran antara jemaah-jemaah kecil Islam pada era 80-an telah membantutkan usaha pembinaan revolusi Palestin.
Apa yang diperjuangkan antara HAMAS dan Zionis adalah 2 masalah pokok:
1.Pengiktirafan kewujudan Negara Israel dan hak-haknya di Tanah Orang Palestin.
2. Pengunduran Yahudi dari sebahagian tanah Palestin yang dirampasnya, bahkan sebahagian besar daripadanya.
Pada era 70-an satu pengkhianatan atau pakatan jahat MTF dan yahudi telah dimeterai melalui perjanjian jahat Camp David sehingga membawa kepada pengepungan Selatan Lubnan pada tahun 1982. Pengepungan ini adalah penghinaan terbesar selepas kekalahan Arab pada Yahudi tahun 1967. Ini kerana telah berlaku pengepungan selama 3 bulan tanpa sebarang tindak balas dari satupun kuasa Arab.
Pada awal 80-an memperlihatkan banyak kebangkitan kumpulan Islam seperti Usrah al-Jihad 1981 dan juga Majmu’ah Syeikh Ahmad Yaasin 1983 dan lain-lain lagi. Kebangkitan kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih jelas kerana ia lebih bersifat alami iaitu melibatkan peperangan Islam dan Zionis.
HAMAS menyimpulkan dua agenda utama perjuangan ketika ini iaitu:
1. Menjadikan Isu Palestin sebagai Isu paling utama dalam perbincangan Antarabangsa.
2. Menjadikan Proses revolusi Palestin menentang Israel dan program penjajahannya sebagai pendekatan untuk perdamaian di rantau itu.
Kemunculan HAMAS adalah tindak balas tabi’ie dari rentetan peristiwa pada tahun 1967. Pada 6 Disember 1987 berlaku pembunuhan 6 rakyat Palestin, ini telah menyebabkan penentangan era baru bermula dalam jihad mengembalikan kedaulatan negara Palestin. Maka pada 15 Disember 1987 tertubuhlah HAMAS sebagai wadah perjuangan mengembalikan Palestin kepada rakyatnya.
Kewujudan HAMAS amat menjadi kegalauan dalam hati pemimpin penjajahan Zionis lantas mereka menggerakkan jentera perisik bagi melumpuhkan HAMAS dengan memburu pemimpin dan kader-kader HAMAS. Sehinggalah pada tahun 1989 menyaksikan penangkapan besar-besaran sehingga pengasas HAMAS Syeikh Ahmad Yaasin turut ditangkap. Rentetan peristiwa ini tercetuslah perang Sakakin dalam musim sejuk 1989. Pada 1990, empat orang pembesar HAMAS telah dibuang negara dan sesiapa yang menyertai HAMAS telah menjadi satu jenayah besar.
Pada 1991, HAMAS melangkah setapak lagi kehadapan setelah tertubuh secara rasmi sayap tenteranya yang dinamakan Kataib Izzuddin al-Qassam. Pada Disember 1992, Sayap tentera HAMAS telah berjaya menawan Naseem Toledano tentera Israel menyebabkan Yitzhak Rabin menghukum 415 orang HAMAS dibuang negara. Turut sama dihukum ketika itu sekutu rapat HAMAS Jihad Islamiy.
Inilah sejarah bagaimana HAMAS boleh terbentuk dan pesatnya HAMAS menunaskan pucuk sehingga mereka memenangi pilihanraya anjuran PBB pada tahun 2006 bagaimanapun
dinafikan kemenangan mereka dengan alasan HAMAS adalah gerakan pengganas oleh negara-negara Eropah, Amerika, Kanada, Jepun dan Israel. Bagaimanapun Febuari lalu telah membuktikan bahawa HAMASlah gerakan yang mendahului pembelaan nasib rakyat Palestin secara ketenteraan dan kemanusiaan. Ini dibantu oleh gerakan-gerakan pejuang lain seperti Jihad Islamiy. - AK
Jom Dakwah
Oleh : Dalila
Sering kita dengar atau terbaca tentang dakwah,tak kurang pula ada yang belajar dalam bidang dakwah. Tetapi untuk melaksanakannya terasa sukar. Ada yang merasakan dirinya tidak layak untuk berdakwah dan bermacam-macam lagi alasan yang diciptakan. Mari kita rujuk kembali sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat". Kita boleh berbuat kebajikan hanya dengan ayat. Betapa indahnya Islam. Inilah diantara bukti yang menunjukkan islam itu mudah, ia tidak membebankan umatnya tetapi umatnyalah yang menyulitkan dirinya.
Banyak kaedah-kaedah untuk break away, antaranya adalah melalui hiburan. Saya teringat lirik nasyid era 90-an:
Berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah,
tapi pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah.
Dewasa ini dunia hiburan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.Banyak, tetapi terpulang kepada kita untuk memilih yang mana baik dan buruk, seperti pepatah melayu "buang yang keruh,ambil yang jernih".
Pasti ramai yang pernah dengar atau terbaca pepatah ini,
"perbaikilah diri kamu dan ajaklah orang lain".
Sama-samalah kita memperbaiki diri kita dan disamping itu ajaklah orang lain supaya berbuat kebaikan.jangan memberi alasan seperti:"aku bukanlah orang yang layak untuk berdakwah,ramai lagi yang layak".ingatlah kalau bukan kita yang akan berdakwah siapa lagi?!jangan tunggu diri sempurna baru nak berdakwah.kita manusia biasa,tidak boleh lari dari kesilapan.Jadi marilah ramai-ramai kita suburkan dakwah.Di luar sana ramai yang menanti kehadiran kita.Jadi persiapkanlah diri kita untuk terjun ke gerbang masyarakat.
Akhir kalam,marilah kita tanamkan slogan 'jom dakwah" dalam diri kita.Ingatlah dakwah adalah mas’uliyah bukan satu bebanan.
Waallahualam. ~ AK
SAYA TAHU TAPI TAK MAHU
Oleh : Ahmad Sabiq Abd Rahman ( ASAR )
Tahukah anda bahaya rokok? Andai soalan ini ditanya kepada perokok tegar, hal ini pasti lebih diketahui oleh mereka berbanding orang lain, tidak pelikkah anda? kenapa pengetahuan mereka tentang bahaya rokok tidak membantu mereka untuk berhenti daripada terus memuja batang-batang rokok itu?
Pernahkan anda mendengar bahawa negara tercinta kita Malaysia, memiliki rakyat yang paling tidak mahu dan malas membaca buku melainkan sebuah buku setahun secara puratanya. Adakah majoriti rakyat Malaysia tidak tahu membaca menyebabkan mereka tidak mahu membaca? Kalau itu alasannya, hal ini tidak mungkin berlaku di kalangan penuntut di universiti-universiti dan juga pensyarah-pensyarahnya, namun apa yang menyedihkan, kajian menunjukkan nagara kita tidak memiliki barisan intelektual melainkan yang malas dan tidak mahu membaca jika dibuat perbandingan dengan negara-negara asean yang lain.
Adakah insan sekadar perlu kepada pengetahuan untuk membolehkannya melakukan sesuatu pekerjaan dan tindakan mahupun perubahan atau dia turut memerlukan kemahuan untuk melakukannya? Pengetahuan itu akal, kemahuan itu hati. Berapa ramai yang tahu bahaya rokok tetapi tidak mahu berhenti merokok. Berapa ramai yang tahu membaca tetapi benci melihat buku apatah lagi membacanya, melainkan terhimpit dengan peperiksaan demi sijil. Berapa ramai pemegang ijazah dalam bidang agama yang tahu agama tapi tidak mahu mengamalkan agama? Dan berapa ramai pula jurutera, doktor dan mereka-mereka yang tidak mendalami ilmu agama secara formal yang lebih baik penghayatan agamanya berbanding si pemegang ijazah syariah, usuluddin dan yang sewaktu dengannya. Ini menunjukkan bukanlah syarat yang disebut Nabi s.a.w tentang perihal memilih pasangan hidup ialah orang yang memiliki ijazah dalam bidang agama, tetapi pilihan itu adalah pada orang yang beragama iaitu orang yang mengamalkan dan menghayati agama dalam kehidupannya.
Dosa itu neraka, pahala itu syurga, semua umat islam tahu, tapi kenapa tidak mahu tinggalkan dosa dan tingkatkan pahala?
Segala contoh dan hujah akal yang dikemukakan dan ditonjolkan demi mengajak kita merenung hal yang sering kita terlupa mahupun buat-buat lupa. Kita berlumba-lumba menjadi orang yang tahu, tetapi tidak mahu melakukan sesuatu berlandaskan pengetahuan yang ada didalam diri.
Pengetahuan tanpa kemahuan maka untuk mengamalkan pengetahuan itu adalah suatu yang merugikan.
Gesaan melaksanakan amalan kebaikan dan meninggalkan amalan kejahatan tidak dibiarkan begitu sahaja oleh Allah dan rasulNya melainkan turut diceritakan ganjaran dan hukuman ke atas pelakunya sebagai galakan untuk melakukan kebaikan dan ancaman agar menjauhi kejahatan. Solat diajar dan diberitahu cara pelaksanaannya, kemudian turut diceritakan tentang ganjaran ke atas mereka yang memeliharanya. Al-Quran dan sunnah menyebut zina itu haram dan keji, juga tidak dibiarkan begitu sahaja melainkan diceritakan ancaman ke atas pelakunya demi menimbulkan kegerunan.
Namun bagi mereka yang ingin bercerita demi melahirkan keinginan melaksanakan amal soleh didalam diri dan masyarakat, hendaklah juga berhati-hati agar tidak tergelincir daripada menyebut sesuatu yang tidak sahih dan tsabit daripada al-Quran dan al-Sunnah, mereka-reka diatas nama nabi, jangan pula kelak kita bercerita tentang kehebatan dan kenikmatan syurga diatas jalan neraka kerana melakukan pendustaan atas nama agama.
Akal dibajai dengan pengetahuan, hati dipupuk dengan belaian dan kasih sayang agar tersemai kemahuan untuk mempraktikkan pengetahuan, jangan kita sekadar mahu menjadi orang yang tahu, tetapi tak mahu mempraktikkan apa yang kita tahu.
Tulisan ini mungkin sedikit pening kerana tidak disusun dengan baik, namun ianya dihasilkan dan ditulis secara santai setelah melihat fenomena pembangunan yang tidak seimbang dan tidak adil antara fizikal dan rohani. Pengetahuan manusia kian bertambah dan advance, namun hati manusia terus layu tanpa suntikan untuk menyuburkannya. Baik dikalangan pelajar agama atau yang telah selesai pengajiannya di universiti mahupun doktor, jurutera, peniaga atau apa jua profesion.
Lihatlah dunia yang kian maju diiringi bersamanya kehancuran sistem kemanusian bertamadun, akhlak yng tunggang-langgang, zina, curi, rogol, rompak dan samun. Bukanlah kita memusuhi pembangunan fizikal, namun biarlah ianya dihiasi dan diseimbangi dengan rohani yang sejahtera. Internet adalah pembangunan teknologi yang dicipta dan diperkenalkan untuk membantu manusia mencari maklumat secara cepat, namun akibat ketidakseimbangan pembangunan, maka pembangunan fizikal membawa kemunduran dan kehancuran rohani akibat penyalahgunaan keatasnya. Ini sekadar contoh.
Saban tahun, ribuan graduan pengajian islam dihasilkan dan dilahirkan, namun berapa ramai yang lahir itu memiliki keinginan dan kemahuan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari kedalam diri dan masyarakat.
Sabda nabi s.a.w, “Didalam jasad insan itu ada seketul daging, jika ianya baik, maka baiklah seluruh jasad, jika buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah daging itu ialah hati” (riwayat Bukhari dan Muslim). Kemahuan terletak pada hati, semailah kemahuan kita dengan kebaikan berlandaskan akal yang sejahtera.
Saya tahu Syurga itu indah tapi saya tak mahu masuk.. saya tahu tapi tak mahu . ~ AK

RISALAH BULANAN BIRO DAKWAH & PENDIDIKAN (BDP)
Oleh : Ibnu Rubat
(Syarahan daripada kitab Bahrul Mazi-Sohih At-Tarmizi)
﴿ أبْوَابُ الطَّهَارَةْ ﴾
﴿ بسم الله الرحمن الرحيم. اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَِيْنَ ؛ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سَيِّدِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ ؛ وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ هُمْ قُدْوَةُ الْعَارِفِيْنَ ؛ وَعَلى تَابِعِيْهِمْ وَتَابِعِى التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانِ إِلى يَوْمِ الدِّيْنِ. وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ ؛ ﴾
﴿ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: مُرْنَ أَزْوَاجَكُنَّ أَنْ يَسْتَطِيبُوا بِالْمَاءِ، فَإِنِي أَسْتَحْيِيهِمْ، وَ إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَفْعَلُهُ ﴾ حسن صحيح.
Maksudnya:
Daripada 'Aisyah, katanya:
"Suruh olehmu akan suami kamu sekelian bahawasanya membersih diri mereka itu dengan air, maka bahawasanya aku malu akan mereka itu, dan bahawasanya Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) adalah ia memperbuatnya." – Hasan Shahih.
*******************************************
Saudara/i sekalian, matan di atas adalah berdasarkan matan yang ditulis di dalam kitab Bahrul Mazi Juzu' 01, muka surat yang ke 40. Perhatikan bahawa terdapat perbezaan matan yang ditulis di dalam Kitab Sunan Tirmizi, Juzu' Awwal, iaitu pada muka surat ke-16, Bab yang ke-15, dan hadits ke 19, di mana kalimah (...، وَإِنَّ رَسُولَ اللهِ...) adalah (...، فَإِنَّ رَسُولَ الله..ِ.). Dengan demikian, maksud untuk kalimah yang berkaitan di atas adalah
"…, maka bahawasanya Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) …"
sekiranya kita mengikut matan yang diberikan di dalam Kitab Arab Sunan Tirmizi berbanding dengan
"…, dan bahawasanya Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)…"
jika kita mengikut matan yang diberikan di dalam Kitab Bahrul Mazi Juzu' 01 seperti yang diberikan di atas. Matan lengkap untuk hadits yang dipetik di atas di dalam Sunan Tarmidzi diberikan di bawah::
بَابُ مَا جَاءَ في الاسْتِنْجَاءِ بِالمَاءِ
-
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَمُحَمَّدُ بنُ عَبْدِ المَلِك بنِ أَبِي الشَّوَارِبِ البَصْرِيُّ قَالاَ: حَدَّثَنَا أَبو عَوَانَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ مُعَاذَةَ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ:
"مُرْنَ أَزْوَاجَكُنَّ أَنْ يَسْتَطِيبُوا بِالْمَاءِ، فَإِنِي أَسْتَحْيِيهِمْ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَفْعَلُهُ.
َفي البَابِ: عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ البَجَلِيِّ، وَأَنَسٍ، وَأَبي هُرَيْرَةَ.
قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
وَعَلَيْهِ الْعَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ: يَخْتَارُونَ الاسْتِنْجَاءَ بِالمَاءِ، وَإِنْ كَانَ الاسْتِنْجَاءُ بِالْحِجَارَةِ يُجْزِئُ عِنْدَهُمْ، فَإِنَّهُمُ اسْتَحبُّوا الاسْتِنْجَاءَ بِالْمَاءِ وَرَأَوْهُ أَفْضَلَ، وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، وَابْنُ المُبَارَكِ، وَالشَّافِعِيُّ، وَأَحْمَدُ، وَإِسْحَقُ.
Demikianlah matan untuk bab ini yang terdapat di dalam Sunan Tarmidzi.
﴿ باب الاستنجاء بالماء ﴾
1. ١٠٦ – BAB: PADA MENYATAKAN ISTINJA' DENGAN AIR.
( Ketahuilah kiranya ya saudaraku, ) bermula (hukum) istinja' dengan air itu harus, sebagaimana harus (hukum) beristinja' dengan batu dan dengan yang menempati tempatnya. ( Akan ) tetapi antara keduanya itu air yang lebih afdhal, jika hendak diringkaskan memakai satu-satu sahaja. Dan kata setengahSalaf (ya'ni menurut sesetengah ulama' Salaf, iaitu ulama' golongan Mutaqaddimin yang hidup/berada dalam/sebelum kurun 300H (atau menurut sesetengah pendapat sebelum 500H) selepas kewafatan Nabi (صلى الله عليه وسلم) ) bahawasanya ringkaskannya atas batu (adalah) lebih afdhal.
2. ١٠٧ – MASALAH: Istinja' dengan air dan batu.
Sanya telah berkata jumhur daripada Salaf dan Khalaf (iaitu ulama' golongan Mutaakhirin yang hidup/berada selepas kurun 300H (atau menurut sesetengah pendapat, selepas 500H) selepas kewafatan Nabi (صلى الله عليه وسلم) ) – dan telah ijma' ahli Al-Fatwa daripada (أئمة الأمصار) bahawasanya yang afdhal istinja' ituialah menghimpunkan antara air dan batu (ya'ni menggunakan air dan juga batu sekali). Maka (dalam hal ini, kaifiatnya ialah)
1) pakailah batu dahulu daripada air supaya berkurangan najis dan sedikit kena di tangan waktu membasuhnya dengan air.
2) Kemudian pakailah air.
Maka jika hendak meringkaskannya, ya'ni menggunakan salah satunya, haruslah pilih mana mana yang suka di hati. Dan jikalau ada keduanya sekalipun (ya'ni meskipun ada tersedia air dan juga batu sekali), ya'ni harus memakai batu dengan (ya'ni walaupun) ada air. Dan harus pula memakai air sahaja dengan (ya'ni walaupun) ada batu.
Maka jika tiada hendak pilih, ya'ni berkehendak yang afdhal memakai daripada keduanya, maka airlah yang lebih afdhalnya daripada batu; kerana air itu menyuci ia akan tempat najis itu akan sebagai cuci yang haqiqi. Dan adapun batu itu tiada menyucikan seperti air, hanya meringankan dan mengurangkan najis. Dan diharuskan sembahyang serta najis yang dimaafkan daripadanya (ya'ni setelah beristinja' dengan batu itu, ada sedikit-sedikit najis (yang amat sedikit sangat) yang tidak dapat dibuangkan setelah beristinja' dengan batu sebagaimana yang diterangkan dengan panjang lebar dalam Syarh-Syarh sebelum ini).
3.١٠٨ –MASALAH: Istinja' dengan air dan haditsnya.
Adalah Abu 'Isa At-Tirmidzi telah mengeluarkan satu hadits (yang menerangkan soal) istinja' dengan air itu, bahawa menunjukkan Rasulullah memperbuat dan ber'amal istinja' dengannya (ya'ni beristinja' dengan air). Katanya::
١٦ - ﴿ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: "مُرْنَ أَزْوَاجَكُنَّ أَنْ يَسْتَطِيبُوا بِالْمَاءِ، فَإِنِي أَسْتَحْيِيهِمْ، وَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَفْعَلُهُ." ﴾
( Ertinya - dengan penjelasan - :: )
Diriwayatkan daripada Siti 'Aisyah Ummul Mukminin (رضى الله عنها) katanya::
"Suruhkan olehmu sekelian akan suami kamu bahawa membersih(kan) diri mereka itu daripada kencing berak dengan (menggunakan) air. Maka bahawasanya aku malu akan mereka itu bercakapkan dan menyampaikan perbuatan Nabi yang demikian kepada mereka itu. Dan katakan bahawasanya Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) adalah ia (ya'ni Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)) memperbuat (ya'ni melakukan) akan istinja' dengan air."
Kata Abu Isa At-Tirmidzi, dan hadits pada bab istinja' dengan air itu ada datang riwayat daripada Jarir bin 'Abdullah
Al-Bajaly, dan Anas, dan Abu Hurairah, (رضى الله عنهم). Dan bermula ini hadits Hasan lagi Shahih.
4.١٠٩ – MASALAH: Istinja' dengan air dan hukumnya.
Kata Abu 'Isa – dan atas hadits 'Aisyah yang di dalam Masalah ١٠٨ itulah 'amal Ahlil 'Ilmi, iaitu memilihi mereka itu akan (bahawa lebih) baik beristinja' dengan air dan jika istinja' dengan batu itu memadakan sekalipun pada sisi mereka itu (maksudnya, lebih baik beristinja' dengan air meskipun beristinja' dengan batu itu sudah memadai). Dan bahawasanya sunat (bagi) mereka itu akan istinja' dengan air, dan memikir mereka itu akan dia (ya'ni akan istinja' dengan air itu) lebih afdhal di'amalkan. Dan dengan dialah berkata Sufyan (Ats-Tsauri) dan ('Abdullah) Ibnu Al-Mubarak, dan Asy-Syafi'e, dan Ahmad(bin Hanbal), dan Ishaq (bin Rawahaih).
( Ya saudaraku ) dengan hadits yang di dalam Masalah ١٠٨ itu (perenggan 3 di atas), tahulah kita akan isteri Rasulullah itu ada mempunyai (sifat) malu dan(amat ber)adab. Dengan dalil tiada Siti 'Aisyah itu melakukan tiada sopan kepada laki-laki dan jikalau mereka itu (isteri-isteri Nabi) itu bersifat ibu
5. ١١٠ –MASALAH: Malu dan adab pada isteri Nabi.
sekalipun kepada sekelian orang mukminin. Maka (jelaslah kepada kita pengajarannya bahawa) tempat yang patut beradab itu lebih baik beradab jua. Maka jadilahseolah-olah makna perkataan haditsnya di dalam Masalah ١٠٨ itu begini:
"Hai sekelian kaum perempuan (katanya kepada murid-muridnya yang perempuan), suruh olehmu sekelian akan suami kamu bahawa beristinja' ia dengan air. Adapun sebab aku suruh kamu sekelian menyuruh suami kamu yang demikian bukannya aku t(id)ak boleh berkhabar dan menyampaikan kepada mereka itu akan segala perangai Rasullullah, tetapi dengan kerana kamu semua boleh menyampaikan, dan pula perkara ini bersangkutan dengan kemaluan. Maka malulah perempuan hendak menyebutkan kemaluan laki-laki. Khususa (ya'ni perkara yang khusus kepada) orang-orang perempuan tiada sayogianya (ya'ni tidak sepatutnya atau tidak sebaiknya) membuat tiada canggung dan tiada maruah itu. Maka dengan kerana sayogia (ya'ni sebaiknya atau semoleknya) bagi perempuan (itu) biar banyak (ber)sifat malu dan (ber)maruah. Inilah (sebab) aku suruh kamu semua menyampaikan kepada suami kamu sekelian bahawasanya Rasulullah itu beristinja' ia dengan air."
~ AK
"
Subscribe to:
Posts (Atom)